Assalamualaikum and hai !
harini nak share entry makanan sedap pulak. I memang selalu pergi Cameron Highland ni tapi tak pernah lagi tido sana selalu balik hari je sebab jalan nak pergi Cameron tu dekat je dengan rumah. kalau pergi Cameron selalu jugak google steamboat apa yang best tapi selalu pergi siang-siang cafe ke restoran jarang betul nak buat steamboat ni siang. tunggu malam baru ada heh so makan street food Cameron Highland jela tu pun sedap !
tapi disebabkan dah tau nak honeymoon Cameron Highland nanti gigih google 'steamboat sedap di cameron highland'. haa kemain.. nasib laa I ada baca entry kat blog mana entah dah lama so dah lupa. Taman Abang Buffet Steamboat and Grill. bila baca entry blog dia memang semua nampak sedap dan pujian melambung so apa lagi memang plan nak try laa.
Taman Abang Buffet Steamboat and Grill
bahagian hadapan Taman Abang Buffet Steamboat and Grill
dekorasi yang menarik.
serius jatuh cinta dengan dekorasi Taman Abang Steamboat ni. pandai gila deko lawa-lawa macam ni. dengan payung, lampu-lampu meriah, pokok-pokok hidup pun dijadikan dekorasi atap ! menarik sungguh. memang bertemakan makan dalam taman. kalau tak silap I waktu operasi pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam. kalau malas nak waze (waze pun malas sila campak telefon acah pintar anda), boleh cari alamat ni, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata. bersebelahan dengan Cool Point Hotel, Tanah Rata.
makanan untuk di grill/steamboat.
pokok hidup as hiasan gantung kat atap.
scary jugak kalau jatuh atas kepala ni hehe. mesti susah nak siram kan tinggi sangat.
tengok la tahap apa lawa dia Steamboat and Grill Taman Abang ni T.T makan sambil menangis sebab lawa sangat.
ni kawasan larangan merokok ye.
Taman Abang Steamboat and Grill ni bagi I luas dan senang kalau nak bawak family ramai-ramai makan sini. ada family siap buat sambutan hari jadi lagi kat sini. memang meriah laa tengok sebab kawasan luas, senang bawak bebudak tak risau sangat. pelanggan pun boleh pilih sama ada nak duduk di meja biasa dengan kerusi atau duduk meja bersila. pilihan sup untuk steamboat tak sure ada berapa tapi I pilih tomyam.
kat sini pun ada jual packing sambal strawberry. I pernah rasa Nasi Lemak Sambal Strawberry ni di kedai lagi satu. tak silap nama Taman Abang jugak kot. dah lupa sebab tahun lepas punya cerita. nanti kena pergi lagi lepastu update entry tempat makan best di Cameron Highland kannn...
hiasan dekorasi yang cantik. suka sangat !
buah betul okay. makan steamboat di bawah atap buah tomato?
pintu kecil selepas pintu hadapan untuk ke Steamboat and Grill Taman Abang.
pelanggan pun ramai. tengok la suasana dia. memang selesa.
macam biasa konsep steamboat and grill ni layan diri. ambil la pinggan mangkuk sendiri dan pilih makanan kat meja buffet. nak ambil, makan banyak mana pun tak apa asalkan tak membazir. memang berselera la makan time ni sebab hujan, sejuk dan kelaparan.
pilihan makanan pun banyak.
seafood segar.
sos pencicah pun ada pelbagai pilihan. air pun sama tapi lupa pulak nak tangkap gambar. lebih dari 4 jenis air rasanya.
sayur-sayuran pun ada. lagi la fresh sebab kat cameron ni kan banyak tanaman sayuran. makanan yang sudah siap dimasak seperti nasi goreng, bihun dan mee goreng pun ada di meja buffet tapi pilihan agak terhad.
ice cream pun termasuk dalam harga makanan. boleh ulang sepuluh kali makan ice cream.
kalau pergi Cameron Highland jangan lupa singgah Taman Abang Steamboat and Grill di Tanah Rata ni tau. harga pun boleh tahan berbaloi RM30-35 untuk seorang kalau tak silap I. bayar dulu dan terima bil. lepas tu baru makan. pilihan makanan pun menarik dan banyak. tempat makan yang selesa dan luas. korang ada cadangan tempat makan yang sedap dan menarik yang lain di Cameron Highland tak??
Waaaaaaa tempat cantik, makanan pun sedap. Tengok gambar pun dah boleh buat lapar niii.
ReplyDeletetu la taip entry pun smbil teringat2 makanan
DeleteKejap lagi kami pun nak cuba makan kat sini. Cukupla dh baca 2 blog sahabat yg share kesedapan mkn kat sini ..
DeleteKejap lagi kami pun nak cuba makan kat sini. Cukupla dh baca 2 blog sahabat yg share kesedapan mkn kat sini ..
DeletePastikan makan kenyang kenyang hehe
Deletealahaiii sedapnyaaaa. busyra nampak udang dgn kepah tuuuu. terliur betol. hehe
ReplyDeletenanti try laa okay memang sedap :)
Deletedah lama sngt tak pergi cameron. hai. dtg follow sini dri www.aswaleyla.com
ReplyDeleteairah slalu sgt pegi hihi. hai nanti airah singgah
DeleteSedapnyaaa steamboat. Nani dah lama tak Cameron. Next time kalau ke sana boleh lah makan steamboat :)
ReplyDeletesedap. nanti tapaukan sekali strawberry tau hihi
Deleteaduh time pergi bulan 12 aritu xjumpa plk tempat ni. ni kena pergi lagi ni
ReplyDeletebtw, jemput singgah n komen :) http://nikainaa.blogspot.com/2017/02/untung-lebih-dengan-menjana-pendapatan.html
tu laa tmpat ni baru lagi. hehe okay nanti airah singgah
Deleteala menggodanya steamboat, fuhhh dugaan diet ni, hahaha
ReplyDeletehahah mkn seafood jela ok jugak untk diet
DeleteNice entry. Sedap je tengok gambar makanan ^^
ReplyDeletegambar makanan mesti sedap2
Deletetergoda dengan gambar makanan kat atas :((
ReplyDeletenanti boleh pergi ,airah pun plan nak pergi lagi haha
Deleteassalamualaikum sis,,1 kepala berapa yee steamboat ni
ReplyDeletewaalaikummuslm I tak ingat dah berapa tak tak mahal langsung pun boleh call no yang I ada letak dalam entry untuk tanya harga dia
DeleteWow...nampak cam best betul...nak kene pergi juga ni..
ReplyDeletekena pergi sis sebab makanan dia sedap. kawasan pun selesa
Deletewahhh.. hujung minggu ni nak terjah tempat ni...
ReplyDeletehttps://vitaminnursyifa.blogspot.my/2018/01/cara-pemakanan-yang-sihat-ibu-hamil.html
waa nak pergi cameron ke sis. kena singgah sini sebab sedappp
DeleteWow. Menarik sangat ni. Wajib kena g kalau p Cameron. 😙😍
ReplyDelete6 Sept 2018, masih nak ulang pergi mlm ni, bawa family ngan students practical 4 org..
ReplyDeleteBagi saya biasa biasa aje.. mungkin saya pernah makan steamboat yg lebih sedap .. sayuran bukan jenis chinese steamboat yg sebenar .. sos juga biasa biasa aje .. namun suasana kedai memang menarik ..
ReplyDelete