honeymoon : Cameron Highland day 2 | BOH Sungai Palas, cactus dan Last Stop

Assalamualaikum and hai,


sambungan untuk entry Cameron Highland Day 1, ini day 2 pulak. nak gabung jadi satu entry je tak boleh sebab banyak gila gambar nak share ! ada la dalam 80 keping haa so bahagi la jadi dua entry. okay day two bangun awal pagi jugak sebab ada sarapan free yeay ! sarapan biasa je pilihan makanan tak banyak sangat pun kat Smurf Inn Homestay tu tapi view sumpah lawa. lepas dah siap sarapan dan kemas beg terus check out. check out awal sebab banyak tempat lagi nak pergi. 


first tempat untuk day two, Boh Sungai Palas Tea Centre ! ni kali kedua ke ketiga I naik atas ni. seronok gila. jalan nak pergi Boh Sungai Palas ni agak mencabar ye. jalan kecik dan berliku onak duri haa.. kena naik atas laluan ladang teh, jalan sempit, lubang sana sini, hujan lagi la mencabar. memang naik tu time hujan dan sangat sejuk ! risau je kalau selisih dengan kereta lain memang kena bertolak ansur. so kalau nak pergi Boh Sungai Palas Tea Centre ni bawak kereta hati-hati okay.



dah sampai.


tea time.



apa yang special sangat ni.




time dah sampai atas tu ramai sangat orang. tengok la gambar ni ramai sangat yang beratur nak beli makanan. kat sini cafe ni jela yang ada. apa yang famous sangat ni kan. kalau nak tahu view kat atas ni cantik sangat-sangat. boleh minum teh cameron highland sambil sembang relax chill tengok pemandangan hijau ladang teh, angin sepoi sepoi. kalau hujan lagi best sejuk-sejuk dapat minum teh dengan cake. rindunya ! memang kena pegi lagi. harga makanan boleh tahan mahal jugak tapi sedap ! teh strawberry yang I minum pun sedap. mungkin sedap sebab minum kat cameron highland. kalau minum kat rumah biasa je kot hahaha


pilihan kek yang banyak !



kek semua nampak sedap. Aiman lagi la memang suka makan kek. so pilih dua jenis kek atas ni. tak silap I strawberry and chocolate. so yummy ! kalau dah beratur kat kaunter tu mata kena melilau cari tempat duduk. nanti makanan dah ada tempat duduk tak ada haha. disebabkan ramai, I dengan Aiman bergilir la sorang cari tempat sorang beratur. kat sini layan diri tau kena angkat makanan minuman sendiri dari kaunter.

lepas dah minum tea, makan kek, boleh cuci mata beli barang-barang dari Boh Tea Centre ni. banyak sangat pilihan.




rambang mata pilih tea.


bekas pun cantik-cantik buat hiasan kat dapur T.T


cantik buat cenderamata untuk family ke kawan2 ke.


yeay dah beli !

harga teh kat atas ni boleh tahan mahal jugak ye. kalau nak yang lebih murah boleh beli kat pasar malam, kedai tepi jalan, situ boleh dapat murah tapi jenama lain hahaha. I pun ni first time beli kat sini. selalu beli teh strawberry yang murah tu je. selain cafe dan kedai teh ni, kat atas ni boleh tengok kilang buat teh tak silap I. haritu tak masuk sebab dah pernah masuk dan tak tahan sangat bau dalam kilang tu. so tengok dari luar je. dah habis pusing jum turun semula.


Boh Sungai Palas.


bila I yang snap gambar Aiman. hahaha gelap 


bila Aiman snapkan. wuuu.. konvo tak payah upah photographer


kalau nak naik atas ni kena naik bukit dulu. parking kat bawah. ada je kereta dan motor yang boleh naik tapi kalau pak guard lepaskan laa. maybe untuk certain kes bawak orang tua ke apa. boleh mengah jugak la nak naik atas ni jalan kaki kalau sejenis yang tak fit langsung ! -,- boleh pilih nak naik guna tangga yang laluan kiri kanan daun teh atas naik laluan bukit berjalankan tar. I turun naik ikot jalan tar sebab macam bahaya je ikot bahagian tangga tu dah la hujan mesti licin. tangga tu bukan tangga batu tauuu. tangga tanah. hahaha macam pelik pulak 'tangga tanah'.





next jalan-jalan biasa je kalau rasa nak berhenti baru singgah. hahaha. I singgah nak cari pokok cactus ! selama ni naik Cameron tak pernah peduli pun pasal cactus. ni tetibe je nak beli. beli la yang 4 pasu cenonet ni RM10. satu pokok dah mati. rip. 


ubi fav ! makan panas-panas so yummy.


cactus lagi.



salad fav tapi tak beli pun.


gambar cendawan ni sumpah dah berpuluh dalam laptop I sebab setiap kali pegi Cameron I memang akan tangkap gambar sebab lawa.


ladang teh yang hijau tenang cantik.

Last Stop.

yang ni kedai paling last kalau turun ikot Simpang Pulai dan kedai First kalau naik ikot Simpang Pulai jugak. nanti jangan lupa singgah try makanan kat sini sebab sedap !


menu.


ayam goreng madu tak silap. order sebab dah lapar. serius sedap.



ice cream ni pun sedap. strawberry banyak.


itu sahaja second day I. tak ada singgah tempat specific pun. bila lalu jalan nak balik tu rasa nak singgah baru singgah. beli teh strawberry, strawberry besar-besar untuk bawak balik. kalau cakap pasal Cameron Highand ni I tak pernah bosan pun nak pergi. cuma tak ada dah la nak pergi setiap bulan hehe. nanti dah pindah jb mesti busy cari masa untuk Cameron Highland sobsob.




baca entry honeymoon lain di sini

12 comments

  1. Rindu nak breakfast dekat boh sg palas tu 😍😍

    ReplyDelete
  2. rindunya nak pergi cameron.. Q_Q
    Pernah try minum teh boh tu, my sis order ice lemon tea kat situ, sebab nak compare the taste with the boxed one, since kitorang baru je minum ice lemon tea kotak masa otw.. And memang beza gila rasa dia..

    ReplyDelete
  3. memang kena pegi lagi la lepas ni. hahaha kannn rasa beza mungkin sbb suasana jugak kot.lgpun atas tu teh sedap jugak

    ReplyDelete
  4. Selalu tengok gambar aiskrim stroberi tu kat Cameron huaaaaa nak rasa juga 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pergi wajib try ! aiskrim kat mardi cameron pun sedap

      Delete
  5. Perghhh! Best ! Mek pun ingat nk pegi. Last mek pegi 2016 time cuti pantang :)

    ReplyDelete
  6. yang ada chicken wing & ice cream last tu kedai apa nama die ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai tak silap memang nama kedai dia LAST STOP. ada banner tulis last stop dekat kedai tu

      Delete