Malead Tshirt | Leading comfort & style



Assalamualaikum & hai :)

yey bungkusan yang ditunggu-tunggu dah sampai. Excited betul tunggu bungkusan ni sebab I ambil masa yang lama sangat nak pilih. Sebenarnya ini merupakan bungkusan untuk #ProjekHadiahAiman. hahaha rasa macam tak ada kerja pulak buat hashtag macam tu. Majlis Tamat Latihan Aiman lagi beberapa hari je. dalam 12 hari lagi kot jadi I ingat nak hadiahkan dia something. Nak hadiah kan apa tu yang lama sangat nak buat pilihan. 

Macam-macam ig baju dah I follow. cuci mata tengok design, warna semua. Last-last Malead Tshirt jadi pilihan. I tau Malead Tshirt ni dari instagram Hairul Azreen. susah sebenarnya nak buat pilihan nak bagi hadiah apa kat lelaki. I dah la tak selalu bagi hadiah. Kalau bagi hadiah kat perempuan banyak jugak la pilihan. Nak beli kat Aiman bukan senang nak cari cita rasa yang dia bebetul suka. Ini pun I tak tau lagi Aiman berkenan ke tak.




I beli dua helai Tshirt Malead ni. satu warna hitam dan satu warna forest green. Yang hitam adalah dari Malead23 punya series dan yang hijau tu Malead Gold series. Malead Gold ni ada lagi dua pilihan warna, maroon dan black. sesungguhnya nak pilih warna pun buat I stress. Aiman dah banyak baju warna hitam ! Ni tambah lagi baju warna hitam hahaha.


 Tapi I suka warna hitam ni nampak maskulin kennn. Warna hijau ni pun cantik jugak. Disebabkan Aiman dah ada baju maroon jadi maroon tak payah, hitam berlambak pun tak payah tapi pilih warna hitam dari Malead23 ni sebab design cantik dan nampak ekslusif. Kalau nak buat sebagai hadiah pun okay sebab cantik dan harga berbaloi. Kain tshirt juga agak berkualiti, tak terlalu tebal atau terlalu nipis. Sesuai dengan cuaca Malaysia.





Untuk kedua-dua series baju ni ada saiz S hingga XL. memang sesuai untuk semua jenis bentuk badan hahaha. I pilih saiz S untuk Aiman. tapi bila I bandingkan saiz S ni dengan baju jenama lain saiz S jugak, agak besar sikit. Baju ni RM45 tidak termasuk postage. Untuk postage pula RM 10 semenanjung dan RM15 Sabah/Serawak.


Banyak lagi design lain dari Malead Tshirt ni bukan sahaja baju, cap, baby romper, hoodie dan macam-macam lagi. boleh singgah Instagram @ma.lead atau @Malead.catalog atau Whatsapp 0129007015. 




















Follow

12 comments

  1. Wahhhhh cantik la ada gold macamtu! baju yg hitam + gold. nampak macam eksklusif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada gold yang buat nampak menarik sikit tu haha

      Delete
  2. serius baju tu cantik. nampak simple tapi cantikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab corak gold dia menaikkan sikit kan haha

      Delete
  3. Nampak cantik bajunya. Kain pun nampak dalam gambar cam tebal je. Padanlah dengan harganya kan.

    ReplyDelete
  4. Yup. Cantik tshirtnyeee. Pandai pilih ^^

    ReplyDelete
  5. cantik dan simple. warna hitam menawan hehe

    ReplyDelete