Menu Hot dari Amy's Kitchen

Assalamualaikum and hai :)



Haritu I ada order homemade food delivery. I order dari Amy's Kitchen. Dah lama sebernarnya nak order makanan dari Amy's Kitchen, sebelum owner Amy's Kitchen pindah Batu Gajah lagi hahaha nampak tak tahap tidak sabarnya tu. Macam mana nak sabar kalau follow Instagram Amyhamid_official ni banyak sangat gambar makanan memang terliur jela. Gambar makanan semua nampak sedap tu yang tak sabar nak rasa. Sabar jugak la menunggu Amy ni pindah Batu Gajah. Dari yang I baca sebelum ni Amy's Kitchen berada di Parit Buntar. 

Banyak juga pilihan menu makanan dari Amy's Kitchen. Antaranya lasagna, macaroni cheesebaked, spaghetti bolognese dan macam-macam lagi. Apa yang I pilih mestilah yang paling famous yang menjadi best seller dari Amy's Kitchen, sweedish meatball dan bread butter pudding. Nama pun dah sedap hahaha dasar suka menternak lemak.


Menu pertama adalah Sweedish Meatball.

Dalam ni ada meatball dan cheese , kentang goreng, dan brown sauce. Meatball untuk menu ni pun bukan yang dijual di kedai punya tau. Homemade dari  owner sendiri. Boleh tengok Instagram owner memang ada banyak gambar makanan yang best-best dari masa mula penyediaan sehingga la dah sampai di tangan pelanggan.



Harga untuk sebekas sweedish meatball adalah RM10. Bagi I memang sedap sweedish meatball ni dan mengenyangkan. Sesuai kalau nak cari makanan barat yang murah dan kenyang boleh pilih menu ni. I ada rasa sesetengah homemade meatball yang ada rasa pelik bila makan tapi yang dari Amy's Kitchen ni tak ada pun. Sedap dengan gabungan meatball, cheese, brown sause cukup rasa. Sauce dia pun tak pedas jadi tak payah risau kalau tak makan pedas. 



Lebih banyak gambar sweedish meatball untuk tatapan hahahah biar lapar -,- Dah la hujan kat luar ni kalau dapat makan memang best.



Korang boleh singgah Instagram Amy's Kitchen kalau nak tahu menu, harga, perkhidmatan lain semua ada kat sana. Nanti I bagi Instagram kat bawah entry. 


zoom lagi kalau nak tengok tekstur meatball, cheese dan sos dia,


Menu seterusnya ialah bread butter pudding. Tak silap I yang ni paling famous di Amy's Kitchen. Kebanyakkan yang order mesti wajib ambil bread butter pudding ni. Harga untuk bread butter pudding RM6. Taburan atas bread butter pudding ni ada dua pilihan, badam dan kismis. Jadi nanti boleh request kat Amy's Kitchen nak yang mana satu okay.


bread butter pudding dengan kismis.



Nanti akan dapat vanilla sos sekali jadi tuang je bila nak makan. Bila dah makan serius sedap patut la jadi best seller untuk Amy's Kitchen. Tak muak pun kalau makan banyak. I order yang ni dua bekas tau tak ! Boleh makan begitu sahaja ataupun nak lagi sedap boleh letak dalam peti. Nikmat letak dalam peti makan sejuk-sejuk.


Bagi I menu yang I order dari Amy's Kitchen semua sedap. Nanti memang nak order menu lain jugak. Dah sedap mesti la kena rasa semua menu kan. Harga pun boleh tahan murah dan berbaloi. Lagipun Amy's Kitchen buat free delivery je. Tak ada caj apa- apa bayar harga makanan je. Kalau duduk area Batu Gajah, Ipoh, Station 18 boleh la try order makanan dari Amy's Kitchen ni. Sure tak menyesal. Menyesal sebab order sikit jela, tak order banyak.


Selain itu kalau korang nak pek kecik ke, bungkusan lagi besar ke semua boleh bincang dengan Amy's Kitchen. Untuk jamuan atau kenduri kan. Apa-apa boleh bincang mesti Amy's Kitchen layan je sebab owner dia friendly. Jangan lupa order makanan anda di Amy's Kitchen, Instagram owner @amyhamid_official , ataupun Instagram business @amyskitchen_byamyhamid. Amy's Kitchen : 0174882943. Dengar cerita owner nak bukak cafe tak sabar nak serbu hahaha. Orang-orang Perak jangan lupa whatsapp Amy's Kitchen tanya diaorang ada buat delivery ke tempat anda ke tak. Rugi tak cuba makanan sedap, penghantaran percuma, menu banyak, murah dan berbaloi dari Amy's Kitchen.







8 comments