weekend update | Birthday Boy and bertunang?!

HAPPY BIRTHDAY ALIF IRSYAD :)


4 Mac 2017. 
birthday party Irsyad. Selamat Hari Lahir Irsyad yang ke 2 tahun yeay dah besar dan aktif ! semoga membesar jadi anak yang soleh okay. ceh macam Irsyad boleh baca je hahah. Birthday Irsyad sebenarnya bulan feb haritu tapi mac baru sambut. so pukul 2 dah siap semua nak gerak konvoi dengan Kak Dayah pergi rumah Nyah Edy sebab I memang tak tau rumahnya dekat mana. boleh pulak dah siap, kunci kereta hilang. berpeluh jugak la cari kunci kereta -,- kunci ori tinggal dalam kancil yang ayah bawak pergi keje. kunci spare ni yang jenuh nak mencari ! last-last mama yang jumpa.



kak Eda, Irsyad comel dan Nyah Edy.





tetamu I rasa semua family belah Kak Eda and Nyah Edy je. ramai jugak laa penuh satu rumah. lepas dah tiup lilin nyanyi lagu birthday, makan pulak !




makanan semua superrrr yummy. ni baru table kat luar. meja kat dalam lagi penuh dengan makanan. spaghetti, bihun goreng, karipap, bubur anak lebah, ayam, popcorn, dan banyak lagi. tak sempat nak rasa semua makanan. karipap ni sedap gilos.


suka pergi majlis makanan sedap ni hahaha


birthday boy aktif sangat tak sempat nak snap  proper gambar.


my baby Ali pun dah makin besar lagi la hyper nak membuli je keje.



acara bukak hadiah.


seronok sangat pergi majlis macam ni sebab ramai kanak-kanak comel. birthday party nya tak ada aktiviti pun cuma potong kek and main-main belon je.


tiga-tiga umur sama.

balik tu memang kenyang sampai malam sebab majlis petang, makan banyak, kenyang ! so tunggu event esok pulak. malam tu tolong mama buat nasi impit kuah kacang.



foooood. ni baru 1/4 meja

5 Mac 2017. Hari Merisik dan Bertunang Kak Nur. yeayy congrats Kak nur. plan mulanya pihak lelaki datang pukul 10. tapi disebabkan diaorang dari Cameron Highland. bayangkan naik Cameron weekend macam ni confirm jem tahap apa atas tu. jadi lepas zohor dah nak ke asar baru sampai. nasib makanan tak habis je kiteorang duk ulang alik makan.


ayah sebagai jurucakap pihak perempuan. ehem dah ada pengalaman sebelum ni kan ayah haha


hantaran sederhana yang tak plan pun. 


Congrats Kak Nur.


tak sabar tunggu majlis kahwin ni sebab seronok kan kumpul ramai-ramai. makan makanan sedap-sedap rumah orang kawin haha. jadi weekend I so good dengan good food, good people and good memory ! babai ;p


10 comments

  1. Seronok dapat meraikan majlis yang dijemputkan..
    Tamabahn pula dapat berkumpul dan makan sedap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes rasa seronok dpt hadir bila orang dah jemput :) makanan sedp tu bonus hehe

      Delete
  2. Bestnya ! Mek yg tgk pun rse sronok :) Yela sbb dpt kumpul ramai ramaikan :)

    ReplyDelete
  3. Comelnya birthday boy 😘

    Bestnya airah nak buat kenduri kahwin nanti. Kenduri memang penatlah tambah lagi kenduri kahwin tapi seronok sebab kumpul keluarga. Happy bersama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha seronok bila ada kenduri ni.rasa rapat je

      Delete