Planner Cantik Dari FCC Malaysia.

Assalamualaikum and hai.





yes ! Apa yang ditunggu dah sampai. Planner dari FCCMalaysia. I memang follow Instagram @fccmalaysia lama dah. Antara sebab I follow, I minat gila dengan CC Cream dari fcc. I dah guna dalam 3 tube jugak la time study dulu. Tapi sekarang tak beli-beli lagi yang baru. Haritu I ternampak post dari fcc, diaorang bagi percuma je Planner 2017 untuk sesiapa yang subscribe newsletter dari fcc. I pun apa lagi subscribe laa kot ada rezeki dapat planner. Lagipun tak rugi subscribe nanti dapat email promosi, produk baru dan macam-macam lagi. Memang patut subscribe fcc bagi peminat fcc macam I.

Kalau nak tahu fcc ni singkatan bagi Farmasi Colour Cosmetics. FCC adalah produk kosmetik halal dari Istanbul.  Tapi fcc ni bukan sahaja ada kosmetik/ barang makeup tapi ada skincare jugak. Kalau singgah Instagram atau laman web fcc confirm rambang mata sebab banyak pilihan. Sebelum ni pun I ada beli tiga kali eye pencil dari fcc ni dan lipbalm yang warna merah. Suka sangat dengan fcc. Next yang I nak cuba foundation, mascara dan time locker spray. Dah siap-siap masuk wishlist.

Sebelum ni I beli produk Fcc di Seberang Perai. Banyak tau agen Fcc ni kat Malaysia. Boleh check page Fcc kalau nak tau mana nak beli barang Fcc. Bila dah ada kat Perak ni mestila I beli di Ipoh Parade. Kat Ipoh Parade pun ada kaunter Fcc. Patut tak buat review produk Fcc yang I suka?





Sebenarnya I ingat I tak dapat planner fcc ni T.T sebab lama sangat tunggu. Lepastu I baca di Instagram fcc yang ramai tanya planner ni kan. Ada yang dah dapat ada yang tak. Jadi pihak fcc minta tarikh subscribe dan beberapa maklumat untuk diaorang semak. Fcc ambil masa jugak nak siapkan sampul untuk pos kepada subscriber, disebabkan guna pos biasa nak tampal setem lagi banyak kerja tu yang ambil masa. Tapi apa-apa pun thankyou fcc :) Jum tengok gambar planner.


First time tengok dah jatuh hati sebab cantik ! Boleh simpan dalam koleksi note book haha.




First page boleh tulis nama.



Kalendar 2017.



Kalendar bulanan dan quote best-best dari fcc. Kalendar 2018 pun ada tau.


wuuuu gambar dan sign Janna Nick pun ada ! Tengok tak Janna Nick berlakon cerita Trauma? Menakutkan. Tak berani tengok sesorang haha. Kalau nak tau Janna Nick ni FCC punya brand ambassador. Memang sesuai sangat sebab Janna Nick cantik !



Page kosong untuk tulis notes. 




I dah banyak noted book sebenarnya jadi apa yang I guna untuk planner ni, I tulis benda-benda yang I nak update di blog. yes tajuk-tajuk untuk next post, gambar yang I kena tangkap nanti. Semua benda berkaitan blog laa. Lepastu I tulis jugak next article yang I akan update di Zcoop Malaysia. Korang jangan lupa singgah baca cerita best-best di Zcoop Malaysia okay.









16 comments

  1. suka quotes yg kat dalam planner tu, hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya planner tu, nampak ekslusif je. belum pernah lagi cuba produk fcc nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha hhaha tu laa fcc ni baru jgk kt malaysia kena cuba produk dia best

      Delete
  3. Cantik planner tu sis. Alhamdulillaj ada rezeki sis dpt planner free.

    Ni first time sy dgr pasal FCC ni. Boleh lah ushar IG Fcc lepas ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.nanti try la cc cream dia best sgt

      Delete
  4. I am a person using a proper planner, but I think it is about time to use it T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha do ur own way to fill in you planner :D

      Delete
  5. wow, bestnya dapat planner :D

    ReplyDelete
  6. aduiii cantik nyaa. jealous wehhh hahaha. tahniah btw :D

    ReplyDelete
  7. Cantiknya planner dia. Rasa rugi pulak tak subscribe .

    ReplyDelete
  8. Baru tahu pasal FCC.
    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  9. Congrats! Cover dia cantik. Tak pernah dengar pon FCC so thanks for the info !

    ReplyDelete
  10. cantiknya planner tu hahaha nak kena follow ig fcc jugak ni :p

    ReplyDelete