Baywatch Movie Review

Assalamualaikum and hai,




Semalam (idk bila post ni up on blog hehe) berkesempatan menonton movie Baywatch setelah sekian lama tak tengok movie. Lama gila tak jejak kaki kat wayang haha. Ikutkan nak tengok movie King Arthur tapi movie tu dah tak ditayangkan.....


Baywatch ni dibintangi oleh Dwayne Johnson sebagai Mitch Buchannon, Zac efron sebagai Matt Brody, Priyanka Chopra sebagai Victoria Leeds dan lain-lain pelakon lagi. Cerita dia tetang lifeguard yang sangat aktif menyelamatkan mangsa di pantai. Memang semua kes berkaitan pantai semua team lifeguard ni dapat atasi. Ketua kepada team lifeguard ni si Dwayne Johnson tu laa. Dia dah selamatkan banyak mangsa lemas, semua penduduk yang datang kat pantai tu suka dia.


Dalam team lifeguard tu ada Mitch sebagai ketua, Kelly Rochbach sebagai CJ dan Ilfenesh Hadera sebagai Stephanie. Jadi diaorang bertiga ni nak ambil orang baru untuk training sebagai lifeguard. Pemilihan lifeguard baru tu pun best jugak. Masa ni la Matt Brody yang dah menang dua pingat emas dalam acara renang, datang untuk jadi lifeguard. Matt Brody ni macam atlet bermasalah yang pentingkan diri sendiri.


Tapi last-last Matt Brody terpilih jugak join team lifeguard tu termasuk Alexandra Daddario sebagai Summer dan lagi sorang Jon Bass sebagai Ronnie. Ronnie ni macam bongok sikit hahahah tapi sebab dia kental tak putus tu yang dia terpilih. Jadi diaorang bertiga ni la join team baru lifeguard dan belajar macam-macam nak jadi lifeguard.


Krisis bermula bila Mitch terjumpa dadah jenis flakka kat area pantai. Jadi diaorang nak cari la siapa dalang disebalik dadah tersebut dan dalang yang menyebabkan beberapa kes mayat ditemui di laut. Kalau nak tau apa watak Priyanka Chopra kena tengok la jengjengjeng hahaha dia cantik sangat dalam cerita ni. Tapi bibir dia nampak pelik.... Lepastu akhir cerita dia meletup hahaha


Banyak jugak movie ni terima kritikan sebab 18 tahun keatas dan banyak scene lucah asdfghjjkl. Jadi adik adik yang tak cukup umur tu tak payah la tengok memang tak sesuai langsung. Cerita ni memang agak menghiburkan dan bergenre komedi aksi tapi tak sesuai untuk budak-budak. Tapi moral of the story pun banyak jugak. Nilai persahabatan, kepercayaan, kebaikan. Yang mana baik tu ambil je yang buruk dah tengok sila lupakan hahahaa. 


I suka je lakonan Dwayne Johnson dengan Zac Efron. Bila diaorang berdua je bercakap confirm banyak benda kelakar keluar. Yang si Dwayne Johnson ni macam-macam nama samaran dia bagi kat Zac Efron. Jalan cerita pun boleh tahan la. Tak ada terlalu cliche dan tak ada la gempak sangat. Boleh la untuk hiburan semata-mata hahahah.


Siapa yang dah tengok tolong share sikit review. I bagi  love. Tengok trailer kat bawah ni.












0 comments