Despicable Me 3 Movie Review

Assalamualaikum and hai



Siapa minat cerita kartun? Me too. Tapi I tak fanatik macam adik I sampai semua barang minion dia nak collect ! Dua hari lepas I baru belikan dia gula-gula yang berbekas bentuk minions -.- Kalau kumpul semua barang minions dia entah berapa dah habis hahaah. Hari ni I nak review cerita minions comel ni. Walaupun comel masih ada haters. I banyak jumpa orang kutuk minions/tak suka minions kat twitter hahaha.


Sinopsis
Despicable Me 3 kali ini mengisahkan tentang Gru yang baru tahu dia ada adik kembar iaitu Dru. Adik kembar dia kaya gila. Diaorang terpisah sebab mak ayah bercerai jadi ambil kembar sorang satu. Kalau nak tau macam mana Gru boleh jadi seorang yang jahat dalam episod sebelum ni, ada dalam Despicable Me 3 ni. I taknak spoil ! Walaupun kadang-kadang taip movie review rasa macam nak cerita je semua benda. Nanti kalau next series keluar so boleh recap semula cerita sebelum ni mengenai apa. Dilema betul.


Jadi masa Gru dan Dru ni jumpa la diaorang nak curi semula diamond yang dicuri oleh orang jahat. Minions pulak buat protest sebab Gru dah jadi baik. Diaorang nak Gru yang jahat semula. hahahha comel je minions ni. Siap merajuk tak nak duduk dengan Gru lagi. Last-last cari Gru balik sebab diaorang sayang Gru.





My Review
Untuk jalan cerita I bagi 2.5 bintang je  Jalan cerita biasa. Tak ada yang menarik. Kisah Gru dan Dru nak curi diamond dari orang jahat. Lepastu si comel Agnes dapat jumpa unicorn ! Sangat comel hahahahhaha. Yang lain semua biasa je. Tapi biasa la minions confirm la kelakar. Scene kelakar/lucu/gelak memang banyak. Enjoy je tengok cuma untuk jalan cerita terlalu biasa.


Dalam cerita ni jugak tunjuk macam mana  Lucy nak biasakan diri dia jadi ibu. Scene ni pun adorable sangat. Macam mana dia lindungi Margo dari budak lelaki yang suka dia dan selamatkan Mrago, Edith dan Agnes dari belon gula-gula getah. Itu je kot review I. Kalau bawak budak-budak seronok la diaorang tengok cerita ni. Kalau korang suka tengok cerita kartun memang kena tengok movie ni. Enjoy je walaupun jalan cerita kureng.










6 comments

  1. ok, boleh plan tgk dengan anak lepas ni, tak sabar!

    ReplyDelete
  2. nak tengok movie nie, antara kartun fav nie sebab minion yg lucu dan comel sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak minat minions ni kan haha nanti buat review okays

      Delete