Mamak hijau?

Assalamualaikum and hai.



Kalau datang Ipoh, Perak tak lengkap la kalau tak cuba nasi vangge ataupun orang panggil nasi ganja. Yang paling terkenal mesti lah nasi vangge Yong Suan atau nama panjang nya Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan. Tapi kalau I nak pergi makan nasi vangge memang kat situ jela tak ada tempat lain. Walaupun kena beratur panjang, parking pun susah nak dapat, gigih jugak nak makan kat situ.


Tapi dalam entry kali ni I bukan nak cerita nasi vangge Yong Suan tapi di Gerai Makanan dan Minuman Rahamath ataupun lebih dikenali sebagai mamak hijau. hahaha bukan mak kau hijau okay. Aiman la yang tanya 'nak cuba makan kat mamak hijau tak? '. I memang tak pernah tahu pun kewujudan kedai ni. Nampak sangat pergi Ipoh pergi shopping mall je haha. Jadi untuk pertama kalinya I cuba makan di kedai ni. 


Lauk.


Separuh dari harga makanan dan minuman.


Kedai ni terletak di Jalan Dato' Sagor Ipoh jadi boleh je waze nanti okay. Kalau I tak silap jalan tu one way, jadi bila lalu pandang sebelah kanan. Kedai ni agak tersorok ke belakang sikit tapi dia sebijik je kat situ, bukan dalam bangunan kedai banyak-banyak. Nak parking pulak kalau datang waktu makan tengah hari memang susah sikit. Masa I datang pun nasib baik dah nak habis waktu lunch. Itu pun dua kali pusing jugak mencari parking. 


Memang kena datang seawal yang mungkin la. Awal pukul berapa tu I tak tau sebab waktu operasi dia I tak tau haha. Yang penting masa I datang tu dalam pukul 1 lebih masih bukak lagi dan orang boleh tahan ramai. Cara penyediakan makanan kepada pelanggan pulak pilih la nasi apa nak nanti orang tu letakkan. Lauk je bubuh sendiri banyak mana nak. Bawah ni lauk yang I pilih sebijik macam Aiman punya hahaha. Tapi masa tu pun pilihan lauk dah tak banyak. Sebelum tu orang dah datang makan kan.







Adoi lapar pulak I tengok gambar nasi ni. Bagi I memang sedap. Tapi confirm la Yong Suan tu lagi sedap tapi yang ini pun boleh tahan sedap. Berapa banyak sedap dah haa. Suasana dalam kedai pulak okay je masa I pergi tu. Disebabkan tak ramai sangat orang, ramai yang dah nak balik, tak terasa panas sangat atau rimas. Pengaliran udara pun okay je hahaha. Susunan kerusi dan meja pulak macam kat kantin sekolah tu tau. Meja memanjang macam tu, jadi duduk la sekali dengan orang lain. Kalau tak ramai sangat selesa la. Suasana pun bersih.


Aiman cakap kedai mamak hijau ni boleh tahan famous jugak. I selalu tanya Aiman, kalau famous kenapa I tak tauuuu.. hahaha padahal mana makan luar sangat kan macam mana nak tau -,- Apa yang I paling suka mengenai kedai ni, Aiman cakap setiap hari jumaat diaorang akan bagi derma makanan pada pengemis. Baiknya semoga murah rezeki. Dan kedai ni pun ada masuk majalah 3. Okay dah terbukti famous !

16 comments

  1. Liez pernah makan dekat sini sekali. Sebab nak pergi nasi ganjaramai orang sangat.
    Liez tak gemar sangat nasi kandar ni sebab kari tu terlalu pekat... tapi Liez boleh makan nasi kandar Rahamathni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah rasa yang ni okay je masih boleh telan hehe tapi nasi ganja memang famous betul selalu mesti ramai jee. rahmathni tak pernah dengar pulak

      Delete
  2. Replies
    1. kena try nasi ganja yong suan dulu baru sini hehe

      Delete
  3. macam menarik jer kedai ni, next time nak try lah :)

    ReplyDelete
  4. Siqah tak pernah dengar kedai ni. Nampak menarik makanan tu. buat lapar lah Airah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun baru sekali pergi. suami cakap memang famous haha. lapar kena cari makanan

      Delete
  5. Ini memang sejak azali tahu, yang sebelah masjid negeri tu. Tapi kenapa entah tak pernah pergi makan. Hahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  6. Ingatkan mak kau hijau tadi.. hehehe.. nape tak tahu je.. selalu gak gi Ipoh..

    ReplyDelete
  7. Nadi pernah makan nasi vanggey tapi bukan kdai hijau nie . Tak ingat apa kedai . Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang famous selain mamak ni yong suan la tu kot. Kedai tepi jalan besar ea?

      Delete