My Current Face Wash and Cleanser

Assalamualaikum and hai,



Harini I nak kongsi pencuci muka yang I sedang pakai sekarang. Tapi sebelum tu I pelik jugak apa beza sebenarnya antara face wash dan cleanser. Tengok dalam gambar kat atas ni I punya Himalaya Neem dan Clear Complexion dia tulis as face wash tapi Laneige Multi Cleaser_Ex as cleanser. Kalau dalam bahasa panggil je pencuci muka kan.



Kalau nak tau dari apa yang I baca di google, face wash dan cleanser ni mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membersihkan kulit muka dari kotoran tapi cleanser lebih mendalam fungsi dia. Cleanser lebih banyak fungsi contohnya boleh terus membantu menanggalkan makeup, lebihan minyak di muka dan lain-lain mengikut fungsi sesuatu cleanser tersebut. Face wash pulak boleh jugak buat semua benda seperti menanggalkan makeup atau membersihkan muka tapi tak 100% bersih la kalau bab nak tanggalkan makeup.






Fave I sekarang ialah Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash. I pernah cerita sikit pasal pencuci muka ni di entry skincare routine I. Kalau pakai pencuci muka ni boleh membantu menyah kan jerawat dari kulit. Fungsi pencuci muka ni pun membantu menghalang jerawat. I pakai Neem Face Wash ni masa breakout nak period. Membantu sangat.


Neem Face Wash ni tak ada paraben, SLS/SLES, dan phthalates. Mengandungi 100% herbal actives. Sesuai untuk mereka yang nak kulit bersih dari masalah. Yang penting ada dermatological tested. Himalaya memang dah famous dengan Neem Face Wash ni. Tapi ramai jugak yang I baca tak sesuai guna pencuci muka ni jadi sebelum beli yang besar, beli yang kecil dulu nak cuba tengok kesan dia pada kulit.


Masa pertama kali I pakai, kulit I okay je tak ada tunjukkan kesan buruk atau naik jerawat. Tapi bila Aiman dan adik I pakai memula tu naik jerawat yang tak teruk sangat. Kejap je dah surut dalam seminggu jugak macam tu lepastu kulit dah okay. Dekat next entry baru I cerita bahan dan lebih mendalam mengenai pencuci muka ni okay.


Seterusnya Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash. I pakai pencuci muka ni lepas setengah tahun jugak la guna Neem Face Wash. I suka yang ni jugak ! Mengandungi saffron membantu meningkat kan complexion. Clear Complexion ni pun sama seperti Neem, tak ada paraben, SLS/SLES, dan phthalates. Mampu mencerahkan kulit, kulit bersih dan glowing.


Kesan bila I memula pakai memang nampak cerah dan glowing. Tapi tak ada la over glowing macam pakai produk. Nampak la kulit bersih dan sihat. Ini tube ke 4 ke 5. I memang tak cari pencuci muka lain dah, beli yang ni je. Neem Face Wash tu pun dah berapa tube I pakai. Yang penting lambat habis !







Laneige Multi Cleaser_Ex pula I beli kat Sephora sebab nak dapat free makeup. Kalau ikutkan tak beli pun sebab mahal ya rabbi tak sanggup nak beli untuk pencuci muka sahaja...... Tapi apa yang pencuci muka Laneige ni boleh buat pada kulit memang best. Dan yang penting sesuai untuk semua jenis kulit. Setakat ni I kulit combination skin + oily sikit + sensitif sikit, okay je pakai. Aiman kulit oily pun sesuai.


Empat fungsi best yang Laneige Multi Cleanser_Ex ni boleh lakukan ialah menaggalkan makeup, menanggalkan sunscreen, scrub/ exfoliating dan cleansing. Kalau I malas sangat nak guna mekeup remover untuk tanggal bedak I guna pencuci muka ni je. Biasa la kalau dah malas tau nak cepat je. Serius sangat membantu masa mood malas datang hahaha.


Kesan kebersihan bila I tanggalkan bb cushion menggunakan cleanser ni memang bersih. Tak ada kesan cushion ke apa selepas cuci muka. Muka pun memang terasa bersih. Lepastu pencuci muka ni ada macam biji halus yang membantu exfoliate kulit. Biji halus sangat tapi masih terasa di kulit. Jadi sesuai la untuk daily exfoliate. Tak kasar pun. Laneige ni pun ada dermatologist tested.


Buat masa ni tiga pencuci muka ni saja I pakai. Bukan pakai terus semua sekali. tapi ikut keadaan kulit masa tu. Ikutkan nak je cuba pencuci muka lain tapi buat masa sekarang I pergi watson ambil pencuci muka ni je hahaha. Tunggu next entry I untuk lebih maklumat mengenai pencuci muka di atas ni okay. Babai.


p/s : Thankyou berus gigi as prop bidan terjun. Rumah baru tak ada bunga lagi nak jadikan prop T.T











12 comments

  1. Waahh,, sy pun skrg guna produk Himalaya saja

    ReplyDelete
  2. Baru nak try himalaya ni harap ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah okay.kalau nak try beli yang kecil dulu sebab ada yang tak suka dengan tekstur dia

      Delete
  3. label tarikh atas produk himalaya 2 apa yer? tarikh exp ker / tarikh pengeluaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mfg tarikh pengeluaran, kalau exp tarikh expired

      Delete
  4. Kalau rase nak beli himalaya murah boleh pm saye..kebetulan kakak saye belajar kat india..nom wtsap 01158509167

    ReplyDelete
  5. Hi nak tanya, saya pun tengah google perbezaan antara cleanser dengan face wash. Kalau pencuci muka, kita basahkan dengan air dulu kan, buat buih, sapu kat muka dan baru bilas. Kan? Soalan saya, face wash ni pun macam tu ke cara penggunaanya? Atau sekadar sapu dekat muka tanpa air then bilas?? Harap awak faham soalan saya dan sudu balas. Thank you

    ReplyDelete
  6. hai sis , boleh listkan macam mana cara awak pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sis , boleh listkan mcm mna cara awak pakai

      Delete
  7. Hi nk tnye awk pakai purifying neem dgn whitening tu mcm mne ye?

    ReplyDelete