Road To Passing Out : Day 2

Assalamualaikum and hai



Sambungan hari kedua. Plan bangun awal pagi nak terus mandi laut. Tapi bangun pagi mandi dulu la kat rumah sebelum mandi laut. Sebelum ni memang selalu buat bangun pagi tak payah mandi terus terjun laut je hehe. Sarapan dulu di restoran tepi jalan on the way nak pergi pantai. Serius I dah lupa apa nama restoran ni. Susah betul kalau entry lama peram semua benda tak ingat ! Tapi restoran ni dekat dengan homestay yang kiteorang duduk masa kat pd. Boleh baca entry homestay di SINI


Makanan boleh tahan sedap dan harga pun okay. Walaupun badan penat rasa nak tidur je tapi terbukak jugak la selera makan kat sini. 






I order mee rebus dan teh o ais limau. Family yang lain order makanan lain-lain jugak I dah tak ingat tapi memang sedap. Suasana restoran pun bersih dan cantik macam restoran mahal. Risau jugak kalau mahal tapi harga okay je tak cekik darah. Pagi tu rasa kiteorang pelanggan pertama kot sebab memang lengang sangat, pekerja pun tengah lap-lap meja lagi hahaha Nampak tak betapa awalnya siap nak mandi laut.








Kat pd ni memang banyak pilihan pantai untuk mandi. Tapi family mertua I pergi Pantai Telok Kemang sebab diaorang dah pernah pergi pantai ni sebelum ni. Banyaknya ni....... Pantai Telok Kemang agak tersorok sikit sebab kena lalu kawasan rumah flat, kawasan rumah orang. Tapi I tak pasti ada jalan lain ke tak. Pantai ni dekat dengan Teluk Kemang Observatory yang untuk tengok anak bulan tu tak silap I. Haha boleh tengok dalam gambar kat atas ni yang bangunan putih tu la Teluk Kemang Observatory.


Masa naik sofa boat tu pun I dengan mil, adik ipar ada tangkap gambar berlatar belakangkan Teluk Kemang Observatory ni. Selain tu ada jugak resort ke hotel kat kawasan sebelah Teluk Kemang Observatory, senang la kalau pilih nak pergi pantai yang dekat dengan hotel atau resort. Homestay di kawasan ni pun banyak masa I lalu kawasan perumahan dan rumah flat.





Gambar atas ni masa naik sofa boat tapi yang ni bukan background Teluk Kemang Observatory la. Malas pulak nak edit yang baru sebab I ambil gambar ni di instagram je haha. Parking pengunjung pun banyak memang patut la ramai yang datang. Tapi masa kiteorang datang agak awal parking masih banyak. Masa nak balik memang park dah penuh jadi datang laa awal. 


Kawasan pantai memang agak luas. Sangat luas jadi tak ada la rasa serabut sangat kalau ramai orang. Boleh pilih port sendiri. Perkhidmatan untuk naik banana boat, sofa boat dan lain- lain pun ada. Memang meriah walaupun pagi lagi. Yang I naik ni harga RM50 untuk tiga orang. Boleh je naik empat orang jugak tapi FIL I nak berehat dalam kereta jadi kiteorang bertiga je. Abang yang bawakkan sofa boat ni pun boleh tahan baik tolong tangkap kan gambar banyak. Bukan sekeping dua je so boleh pilih mana yang cantik. Nak pilih port sendiri tangkap gambar pun dia layankan je.






Lepas dah berendam dalam 30 minit, kiteorang jalan-jalan pulak sekitar pantai. Dapat la merasa tengok pakcik dan anak dia tengah naikkan perangkap untuk tangkap ketam, sotong naik darat. Excited tengok boleh tahan banyak jugak perangkap yang dia buat. I tak tau nama perangkap ni pelik nau pangil perangkap je hahahah nanti tertypo pengangkap ehhh....




Tapi kebanyakkan hasil yang ada siput dan umang-umang je. Ketam dalam 5,6 ekor dan sotong sekor. Tengok sotong bergerak atas pasir tu best betul hahahha haritu penuh insta story I dengan sotong je -,-
Ketam pun dalam usaha nak lepaskan diri dari perangkap tu tapi disebabkan badan keras tak flexible duduk situ diam-diam.




Dah puas mandi laut (walaupun sebenarnya tak puas lagi) dan tengok sotong, ketam,siput, siap-siap nak balik. Sebenarnya dah lambat nak ambil Aiman di akademi. Toilet untuk mandi ada disediakan dan macam biasa kena bayar. Kedai jual pakaian dan barang mandian pun ada. 


Seronok la dapat mandi laut sebab I memang suka laut dan pantai. Tak puas kalau tak habiskan satu hari kat laut. Kena plan next trip pulak. Korang kalau ada suggestion tempat best di PD tinggalkan di bahagian komen tau sebab rasa tak puas pergi PD lagi ni.








2 comments