SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum and hai



Klik banner kalau nak join :)


  • Apakah servis yang SGshop tawarkan?
SGShop adalah agent Taobao yang membantu pelanggan untuk membeli belah dari Taobao.com dan dihantar terus ke Malaysia. Jadi SGShop menawarkan servis membeli belah dengan pilihan barangan yang banyak serta memudahkan pelanggan untuk membeli belah di laman web berbahasa cina. Jadi senang la nak shopping barangan murah di SGShop sebab dalam bahasa inggeris, senang faham, dan senang jugak nak membeli. Harga pun dah siap convert dah. Tak perlu risau nak beli barang di laman web bahasa cina, SGShop boleh bantu !


SGShop juga menyediakan dua option untuk membeli belah iaitu buy for me and ship for me. Buy for me bila pelanggan pilih barang di laman web SGShop dan checkout dengan pembelian biasa, SGShop akan bantu ship barang from China to Malaysia. Ship for me pula pelanggan boleh pergi ke mana-mana laman web online shop China dan SGShop akan bantu ship barang from China to Malaysia. Senang kan nak shopping !






Item pertama ialah set pinggan mangkuk ni. Cantik sangat ! Warna putih dan ada corak gold. I suka sangat dengan warna corak tu. Set dalam ni pun banyak. Disebabkan I baru pindah rumah, pinggan mangkuk serius tak cukup. Tak sempat nak kumpul lagi hahaha kekadang nak letak lauk dalam mangkuk pun kena fikir dulu nak letak lauk mana sebab mangkuk tak cukup ! Sedih betul hahaha. Bila tengok set ni kat link SINI serius jatuh hati. Ini ialah item di SGShop bahagian dinner ware. Banyak lagi pilihan !





Ini ialah item kedua yang I dah lama nak. Meja study ataupun meja yang I nak buat as tempat untuk mencurahkan idea berblogging hahahha. I dah lama teringin nak ada port yang selesa untuk menaip entry blog. Selalu taip entry atas lantai je hehhh sakit pinggang duduk je. Meja ni memang cantik sesuai dengan tema barang rumah I macam kayu-kayu. Harga pun boleh tahan murah. Kalau nak tengok meja ni boleh ke link SINI. Meja ni ada di SGShop bahagian furniture and table.





Dan item terakhir adalah luggage di atas ni. Tengok la betapa sweet nya luggage ni dengan corak bunga alahai so sweet geram je tengok. Dah la warna fav I. Rasa nak tiga-tiga je. Ikutkan I memang tak ada luggage untuk travel dan balik kampung. Memang perlukan luggage la. Bila cuci mata di SGShop bahagian suitcase confirm rambang mata tengok pilihan luggage dia. Banyak ! Dan semestinya cantik-cantik. I seriously nak luggage ni huarghhh. Boleh tengok di link SINI.



Kalau ikutkan bukan setakat tiga item je I nak kat SGShop ni. Seratus pun I boleh senaraikan sebab banyak gila barang nak beli dan boleh beli di sini. Harga pun murah-murah dari tempat lain. Yang penting pilihan banyak. Lepas ni memang shopping di SGShop jela.

2 comments

  1. Cantiknyaaa set pinggan mangkuk tu. Good luck ����

    Shad
    https://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/sgshop-jom-shopping-contest.html

    ReplyDelete