Starbuck Buy 1 Free 1

 Assalamualaikum and hai



Berkesempatan jugak nak cuba Starbuck Buy 1 Free 1 ni. I macam biasa terpengaruh bila tengok kat twitter. Bukan selalu dapat minum starbuck. Ajak Aiman dia pun okay nak cuba. Promosi ni ada waktu dia iaitu setiap hari selasa dari 5 petang sehingga 9 malam. Buat masa ni masih ada lagi promosi ni tapi I tak tahu sampai bila.


Untuk promosi ni ada tiga jenis minuman yang available. Irish Cream Coffee Pudding, Matcha Earl Grey Jelly dan Pop'zel Coffee Frappuccino. I ambil yang popping popcorn tu dan Aiman punya Coffee Pudding. Dua dua sedap. Saiz pulak saiz macam biasa yang ada. Kiteorang ambil yang tall punya. Ramai jugak I tengok yang grab buy 1 free 1 ni. Kalau korang nak cuba starbuck ini lah masanya.

2 comments

  1. sedapnyaaa, BV belum ada kesempatan lagi nak merasa starbucks nie :D

    btw, selamat hari raya, maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  2. CAntiknya tulisan staf Starbucks =)

    ReplyDelete