Product Empties

Assalamualaikum and hai.



Yeay akhirnya berkesempatan jugak nak buat slot product empties kat blog sendiri hahaha Itu pun berapa produk je cehhh. Cukup la dari tak ada. Gigih jugak I tunggu balik raya haritu nak bawak semua benda ni ke jb. Jadi ini jela produk yang berjaya I habiskan buat masa sekarang walaupun sebenarnya ada lagi produk lain tapi next entry la baru cerita.


1. Nivea Skin Delight 

I ada buat review mengenai losyen ni masa awal-awal kemunculan dia. Memang excited nak cuba sebab tengok botol lawa dan bahan utama dia best. Ada dua jenis ke tiga jenis tak silap I tapi I beli dua bau je iaitu lavender dan rose. I rasa ada dua jenis bau jelaaa.. hahaha. I guna yang glowing rose dan relaxing lavender tu I bagi Aiman tapi sampai sekarang dia punya tak habis-habis. I yang gigih tolong habiskan sekarang. Kalau I beli losyen confirm kejap je habis sebab memang suka lepas mandi, keringkan badan dan sapu losyen. Bangun tidur mesti kulit rasa lembut.


Lagi-lagi kalau guna losyen Nivea sebab confirm kulit rasa lembut dan bau wangi. Sebelum kahwin ritu I memang rajin la sapu losyen, berus badan semua ni sebab nak kahwin kannnn.. Lepas kawin tettt kurang sikit tahap kerajinan tu. Bila dah start kerja lagi la busy dan penat nak layan badan pun malas dah. Kalau nak baca review Nivea Skin Delight I di entry lepas boleh singgah SINI okay.


2. Vaseline Healthy White Perfect 10

Lagi sekali lotion. Sampai dua botol I letak dalam gambar haha Nampak tak betapa I suka pakai losyen. Ada lagi tiga botol losyen I nak kena habiskan kat rumah ni. I beli losyen ni dengan harapan nampak cerah sikit di kawasan-kawasan yang gelap. Boleh la nampak jugak la cerah bila dah pakai losyen. Kulit pun nampak lebih sihat. I suka losyen Vaseline jugak. Memang fav I jenama Nivea dan Vaseline. Dedua ni boleh buat kulit lembut dan nampak sihat.


Vaseline Healthy White Perfect 10 ni membantu banyak masalah kulit seperti tona tidak sekata, kulit kusam, kedutan pada kulit dan macam-macam lagi. Yang paling penting ada anti aging. Nak beli pun senang sebab semua tempat ada haha. Losyen ni tak melekit sangat tapi bagi I, I tak kisah losyen tu melekit ke tak yang penting bagi kesan best kat kulit I. Kalau over melekit boleh pakai sebelum tidur jadi tak ada la rasa terseksa ke rimas ke. Untuk losyen ni I tak ada buat review lagi tapi nak keee....?


3. Biore Perfect Cleasing Water

Makeup remover pertama I. Baru sekarang nak habis padahal dah lama beli hahaha. Disebabkan jarang makeup jadi jimat la makeup remover ni guna sekali sekala itupun siap kongsi dengan adik-adik I. Bagi I makeup remover ni okay la membantu tanggalkan waterproof maskara, eyeliner. Tapi perlukan lebih tenaga sikit nak cuci dia. Kalau nak tanggalkan makeup bahagian mata pulak serius pedih mata iols. Azab sikit nak tanggalkan makeup bahagian mata sebab cecair dia pedihkan mata I.


Itu jela yang buat I taknak beli lagi dah. Cuba yang lain pulak. Tapi cleansing water ni membantu melembapkan dan mencerahkan kulit. Alcohol free, oil free fragrance free which is good for skin but not for me. I tak berapa suka dengan produk ni. Nak I buat review penuh mengenai produk ni boleh tinggalkan komen kat bawah okay.


4. Dr Morita HA Essence Watery Cream

Current fav moisturizer I. Sekarang dah bekas kedua haha. Ikutkan nak cuba moisturizer lain tapi ada makcik ni nak jual moisturizer ni sebab tak sesuai dengan kulit. Kalau nak beli apa-apa produk lebih baik pilih yang trial pek kecil tu ataupun cuba orang lain punya. Nak tau kesan dia pada kulit sendiri sebab mungkin bagus untuk kulit orang lain tapi tak semestinya bagus untuk kulit awak. Kalau I pun produk tu tak tahan untuk kulit I, I bagi orang lain je hahaha sebab sesetengah produk tak ada pek kecil kan susah jugak. I ada buat review mengenai moisturizer ni di SINI. Boleh baca untuk maklumat lebih lanjut.

Kenapa I suka moisturizer ni? Pertama sebab kesan kelembapan moisturizer ni beri kepada kulit I, kulit nampak sihat dan ada kesan dewy dan glowing. Kalau pakai moisturizer ni sebelum pakai any foundation atau bb cream, confirm makeup nampak lebih cantik dan smooth. Itu pada I, pada orang lain tak tau pulak. I je kot yang suka tengok kulit sendiri hahaha. Harga dia pun tak mahal sangat untuk kuantiti yang banyak. I bertahan dalam 2 bulan++ kot. I memang kalau boleh taknak skip moisturizer langsung. Sejak duduk dalam aircond ni dry patch pada kulit sering menghantuii....



5. Palmer's Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil

I ingat I ada buat review oil ni di entry lain tapi rupanya tak. I pakai oil ni sebelum nak kahwin haritu dengan harapan semua kesan buruk pada kulit lenyap terus dari muka bumi. Yes berjaya. Kesan dia memang best. I try pakai sebotol je dan setiap hari sapu. Nampak la kesan dia pada kulit. I ada selulit sebab gemok, selulit pun berkurang. Kulit nampak lebih okay dan nampak lebih sedap mata memandang lol. Lagi sekali lepas kahwin terus malas nak sapu oil losyen benda ni semua haih. Patut lepas kahwin lagi la rajin !


I sapu pada kulit badan je. Muka tak pernah cuba pulak tapi bila baca review ada jugak yang sapu pada kulit muka dan okay, bagi kesan jugak. Apa-apa pun kena test pada kulit sendiri dulu baru tau kesan dia. Oil ni ada vitamin E, membantu kulit berparut, stretch mark, kulit kering, tona kulit dan anti aging. Memang bermanfaat untuk kulit. Harga dia pun tak silap I boleh tahan la tak murah sangat.


6. Soap & Glory Breakfast Scrub.

I nak buat full review produk ni tapi tak sempat dah habis hahahaha. I beli ni pun sebelum kahwin haritu. Nampak tak betapa menjaga kulit sebelum kahwin huhuhu. Lepas dah scrub, sapu pulak Palmer's therapy oil confirm kulit lembut asdfghjkl geram dengan kulit sendiri. Lepas scrub seeloknya sapu la apa-apa yang boleh memberi kelembapan pada kulit. Sebab dah tanggalkan kulit mati dengan bersungguh-sungguh jadi belai la pulak dengan losyen dan oil.


Bau scrub ni wangi dan biji-biji dia tak terlalu kasar sampai rosakkan kulit. Just nice. Memang lepas scrub kulit rasa lembut je. Bahan dalam scrub ni pun ada oat, shea butter, gula. Bau dia pun macam manis maple pernah tak makan pankek, bau dia macam sos pankek ala-ala madu semua tu hahaha. Packaging dia pun comel sebab warna pink tu yang I cuba kalau bukan warna pink lambat sikit I nak cuba. Patut beli lagi sebekas.


7. Bio Essence Hydra Tri Action

Toner yang I paling suka kesan kelembapan pada kulit I. Boleh nampak tau lepas pakai toner ni kulit nampak sihat dan lembap. I suka produk yang boleh nampak kesan dia serta merta bila pakai hahaha. Nama toner ni pun hydra tri action aqua refreshing toner memang nama pun hydra patut melembapkan. Nanti I update review penuh toner ni okay.


Itu je produk yang I sempat masukkan dalam product empties kali ini. Ceh kali ini entah ada ke tak kali kedua, ketiga hahaha. Kalau ada apa-apa soalan boleh la tanya di komen box sebab I suka jawab soalan pasal produk ni walaupun bukan tau sangat hahaah. Okay bye.

4 comments

  1. You may want to have long locks whilst flowing hair flowing if your bridal dress is strapless or has thin straps.

    This is the easy part, simply find the colors that are going to have you feeling your very best.
    You have to fight the need being 100% virtual and obtain out there and also talk to people in person.

    ReplyDelete
  2. Heya i'm for the first time here. I found this board and I find It really useful &
    it helped me out much. I hope to give something back and aid others like you helped
    me.

    ReplyDelete
  3. Mana nak cari Cocoa butter oil tu yek? berkenan pulak nak menghapus noda di badan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat drugstore ada dear. I selalu beli dekat Guardian.Caring pun ada

      Delete