Dr Morita and The Face Shop Sheet Mask Review




Stok mask I untuk dua minggu lepas. I suka pakai sheet mask sebab kesan dia yang lebih cepat pada kulit. Kelembapan pun nampak ketara jadi kalau pakai makeup kulit nampak lebih cantik dan sihat. Untuk kali ini I nak review beberapa mask dari The Face Shop dan Dr Morita yang famous ni. Dedua jenama ni memang famous dengan mask diaorang kan. Tapi sebelum up review kat blog, I biasa buat mini review di twitter dan instastory dulu. Jangan lupa follow ig dan twitter I okay haha.


Untuk mask pertama ialah Dr Morita Hyaluronic Acid Moisture Essence Facial Mask. Bagi yang tak tahu, hyaluronic acid ni memang baik untuk kulit, memberi kesan kelembapan pada kulit, kulit nampak plump dan lembut, hydrate dan nampak muda remaja a.k.a kulit nampak sihat. Nama mask pun moisture essence facial mask dah nampak apa yang mask ni mampu berikan pada kulit muka kita.


Mask Dr Morita ni memang famous jadi rugi kalau tak pernah cuba. Kesan dia pada kulit, cepat. Dr Morita adalah jenama dari Taiwan dan memang dah terkenal kat sana. Antara bahan di dalam mask ni ialah Q10 (Ubiquinone) yang memberi kesan antioksidan, memberikan skin's vitality, mengurangkan kedutan dan kulit kusam. Mask ni jugak senang serap pada kulit kerana adanya hydrolyzed hyaluronic acid. Algin pula memberi kesan kelembapan, pembaikan cell kulit, melembutkan kulit jugak. Bagi I kesan mask ni pada kulit memang daboomm. I dah berapa ratus kali repeat beli mask ni buat stok kat rumah.


The Face Shop Avocado Mask. Sheet mask yang kaya dengan essence avocado berfungsi untuk melembap. Mask ni tak ada paraben jadi mana yang anti paraben dalam skincare tu boleh la cuba hahaha. Fungsi mask ni untuk moisturizing dan nourishing skin dengan essence avocado yang kaya dengan amino acid dan vitamin. Avocado memang tak boleh disangkal lagi kebaikan dia pada kecantikan dan kesihatan kulit.


I suka gila mask ni jugak. Ada series mask dari The Face Shop yang tak tunjuk kesan ketara tapi mask ni kesan dia best. Kulit rasa lembap sebab cukup minum essence hahahha. I biasa pakai mask sebelum tidur nanti terjaga baru bukak mask dan pakai moisturizer. Kulit serius rasa lembut, lembap, tak ada kusam dah. Avocado sheet mask ni memang patut cuba. Bau wangi tapi tak over macam bau perfume ke pewangi tambahan ke. Essence pun banyak lebih dalam pack dia.


Seterusnya The Face Shop Cucumber Mask. Timun memang tak asing lagi dalam bahan untuk skincare. Fungsi mask ni pun hydrate kulit. Mask ni berfungsi untuk memberikan rasa lembap dan dingin untuk kulit kusan dan kulit kering. Kulit kering sesuai la pakai mask ni sebab extract timun memberikan kelembapan kepada kulit kering yang kurang kelembapan yang sepatutnya. Untuk kulit kering sesuai bahan yang memberikan kedingingan dan kelembapan seperti timun, tomato, aloevera dan lain-lain.


Bau mask macam bau timun yang wangi tapi yang tak best sheet mask susah nak letak kat muka. Kepingan kertas mask tu lain macam dan tak best. Sheet mask pun agak kasar pada kulit mungkin sebab I selalu pilih sheet mask yang kepingan kertas dia tu lembut gila macam gel. Sheet mask pun tak fit muka dengan elok pada bahagian mata dan leher. Sebab essence adalah dari extract timun jadi essence agak cair dan banyak tertinggal dalam packet. Kesan dia masih okay pada I kulit rasa sejuk dan selesa. Sesuai untuk waktu relax dan nak rehatkan kulit muka.


The Face Shop Real Nature Lotus. Face mask dengan extract bunga teratai. Teringat makan teratai kat depan rumah opah masa kekecik dulu so yummy dah lama tak makan mana dah nak dapat teratai sekarang pun tak tauuu... Okay kembali semula kepada mask. Mask ni berfungsi sebagai serum dengan bahan semulajadi bunga teratai memberikan rangsangan kulit glowing dan sihat kepada kulit yang kelihatan penat dan kusam serta kasar. Jadi mask ni membantu kulit yang penat kepada kulit yang lebih sihat dan glowing.


Mask lotus mempunyai bau wangi yang tak terlalu kuat. Kalau bau kat hidung baru boleh bau. Kalau tak, tak ada bau apa apa pun. Essence tak melekit sangat dan tak terlalu cair. Yang penting kertas mask dia fit muka jadi selesa la nak pakai mask. Kalau tak fit rasa ada je tak kena, nak kena usik sana sini jadi tak best pakai mask. Mask lotus ni pun I suka sebab kesan glowing, kulit sihat dan hydrate dia tu.  The face shop mask memang best la.


Mask yang kelima ialah The Face Shop Real Nature Peony. With vibrant life energy of peony provides skin with illuminating radiance. Bau mask peony sangat lembut. Suka bau lembut dia. Essence tak banyak lekat kat mask tapi banyak tertinggal dalam packet. kena rajin pulak sapu yang dalam packet tu kat kulit. Bagi I peony ni biasa je. Kesan okay la untuk radiance skin.


Yang terakhir ialah Real Nature Red Ginseng. I suka bau ginseng dia ! Bau tak kuat sangat tapi kalau siapa yang tak suka bau macam herba semua mungkin tak suka. Ginseng dalam mask ni berfungsi untuk memberikan tenaga pada kulit dan buat kulit nampak bermaya serta sihat. Kepingan kertas mask fit muka tapi bahagian mata kecik sikit. I pelik la kenapa sheet mask dia berbeza kepingan dan saiz.... Ke muka I yang berubah hahahhaha. Mungkin sebab kadang I pakai tak betul kot tak fit kan bebetul. Ginseng ni memang best buat kulit rasa sihat dan pori pun nampak cukup air ahahaha.Yang penting tak ada dry patch dan kulit cukup moisture.


Overall I memang suka kedua dua jenama mask ni. Lepas ni nak cuba flavor lain pulak hahaha banyak tau fungsi dan pelbagai bahan serta extract dalam mask yang berlainan jadi kena cuba semua. Lagipun sheet mask patut pakai at least dua kali seminggu agar kulit dapat lembapan yang mencukupi. Pakai sheet mask jugak dapat relaxkan kulit muka dan badan pun relax jugak. Pakai mask sambil baring dan berehat.


Sebelum pakai sheet mask biasa I cuci muka elok-elok dulu, pakai toner, essence, serum dan kemudian baru sheet mask. Dah 20-30 minit baru bukak sheet mask dan pakai moisturizer. Bangun pagi perghh kulit best lembut lembap semua nak pergi kerja pakai makeup pun rasa best sebab kulit sihat. Kena ambil perhatian jangan lebih masa pakai sheet mask dari tempoh masa yang disarankan sebab risau nanti buat kulit kering.

4 comments

  1. Banyaknya mask! Siqah mask yang ada pun malas pakai 😅 beli kat drugstore ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah pun paksa jugak pakai mask ni sebab gigih nak kulit cantikkk. dr morita tu drugstore. The face shop dekat oulet dia

      Delete
  2. Moi pernah try yang cucumber punya. Memang best ! Dulu2 kalau pakai masker mesti pakai overnight konon nak effect lagi best but lepas baca artikel kata tak elok, sekarang 20 min dah cukup hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan mask the face shop. tu laa airah pun sama dulu selalu pakai semalaman mask ni.then baca boleh sbb kan kulit kering, pakai ikut masa yang disyorkan je

      Delete