Makanan Menarik Yang Boleh Anda Cuba Bila Di Melaka





Entry yang I tunggu tunggu hahahah Bukan reader yang tunggu, tuan blog yang tunggu. Yang paling I teringin nak cuba bila datang Melaka ialah Klebang Original Coconut Shake ! I dah banyak tengok review, dengan masuk tv sini sana coconut shake ni. Memang siapa je tak teringin nak cuba bila datang melaka. I dah la suka minum coconut shake. 


Klebang Original Coconut Shake
Klebang Melaka
Waze je.


Coconut shake ni terletak berdekatan petrolpam. Lepas waze dan perasan banyak kereta parking tepi kiri kanan jalan lepastu dah start jem tu memang dah dekat la tu. Jem bukan main. Tapi yang tak seronoknya jalan nak masuk tu kecik lepastu dengan kereta park laluan masuk kiri kanan bertambah sesak. Kalau nak minum situ boleh teruskan masuk laluan coconut shake sampai hujung nanti disediakan tempat letak kereta bagi pengunjung yang datang nak minum dan makan kat situ.


Kalau nak bungkus je pulak tepi jalan raya besar tu dah boleh start parking. Untuk bungkus tak payah masuk lorong kecil sampai hujung. Nak beratur untuk tapau pun sama azab panjang gila nak beratur. Nampak slow je service diaorang dan tak sistematik. Disebab kan Aiman yang beratur Aiman cerita bahagian nak membayar lain, nak ambil air lain. Lepastu nak ambil air orang tu tanya lagi nak air berapa.... Bagi I sangat tak sistematik dan slow. Dah la ramai orang lepastu panas memang banyak masa habis menunggu giliran. Park pun jauh haha. 


Tapi sebab nak rasa untuk pertama kali boleh la. Lepas ni tak payah dah ! Aiman cakap coconut shake yang kiteorang minum masa honeymoon morib lagi sedap. Pakcik tu banyak gila letak ice cream memang puas hati. Bagi I Klebang Original Coconut Shake ni okay je.... Okay jela. Kalau rela nak beratur boleh pergi lagi.




Minuman kedua yang kawan Aiman suggest ialah Mango Float Royale Melaka. Sumpah sedap ! Terliur I taip entry ni. 


Mango Float Royale Melaka
Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka.


I bagi lima bintang. Float sedap, buah tak kedekut, service cepat. Yang tukang buat air nya ramai gila. Ini yang kita mahukan ! Kalau beratur panjang pun tak kisah sebab tukang buat air ramai dan mesti la cepat. I beratur lama tapi line bergerak. Bukan line statik berjam buat apetah kat kaunter tu. Harga tak ingat tapi masih berbaloi ramai datang terus beli enam tujuh cup letak dalam box besar haha. 


Rasa pun sedap dengan buah dia banyak ada ice cream lagi. Memang beli dua la tak boleh kongsi dengan sesiapa. Cup besar dan harga murah. Kaunter untuk bayar dan ambil air kaunter sama tapi tak payah risau sebab diaorang buat kerja cepat senang je tak susahkan orang tunggu lama. Selain itu ada jugak kedai jual makanan lain macam goreng pisang, dan makanan lain yang I tak pasti sebab tak makan pun.


Tempat park ada disediakan kira kawasan tu luas jugak untuk orang parking dan terletak ditepi jalan senang orang nak cari. Yang ni memang kalau datang Melaka wajib beli. Kedai pun nampak meriah dengan lagu nya ada, banting kemain banyak hahaha.





EE Ji Ban 
275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia


Service bagus. Kalau beratur pun cepat dapat meja. Kalau bungkus pun dikira cepat jugak dalam lima belas minit macam tu. Makanan mahal ! I ingatkan mahal tu portion banyak laa. Padahal sikit nyaa tak berbaloi langsung dengan harga. I tak pasti portion kalau makan sana macam bungkus jugak ke sebab dah tak ada mood nak makan kali kedua kat sini. Sekali cukup la. Harga makanan tak berbaloi dengan portion yang dapat.


Rasa makanan pulak biasa je. Tak ada yang sedap-nya-ya-amat ke apa bagi I dengan Aiman biasa je hahaha. Jadi kalau teringin boleh la cuba sekali. Kalau tak teringin tu tak payah cuba la nanti geram je. Sambal udang yang I order tu pun tak ada la best sangat biasa je tapi harga mahal. Banyak kali I mention mahal kan jadi memang tak berkenan dengan kedai ni... Entry sebelum ni pun I ada cerita gosip pasal kedai ni kalau nak tau check entry hari pertama di Melaka okay. Entry lepas pun I bagi rate 2 bintang sebab service okay dan pekerja peramah tak ada la buat tak nampak je pelanggan panggil.




Cendol Bakar 
7800 Alor Gajah Melaka.


Cendol Bakar ni dekat je dengan AFamosa Waterpark. Dalam lima minit macam tu dah boleh sampai. I singgah lepas mandi manda di AFamosa waterpark. Nama cendol bakar ni tak silap I gula merah yang digunakan dalam cendol ni dibakar dulu. Bukan cendol terus bakar ke apa macam orang selalu tersilap over sangat sampai cendol pun nak bakar nanti cair la ais dia.... Pemilik ni pun nama Bakar jadi sebab tu jugak la nama cendol bakar. 


Harga murah je dalam RM5 tak silap I tapi dapat mangkuk penuh macam ni so puas hati. Rasa pun sedap bila makan tengah hari buta cuaca panas tekak pun lega. Cendol bakar ni terletak di tepi jalan je banting banyak tepi jalan jadi orang senang nak nampak. Kalau tak nak makan sini pun drive thru turut disediakan jadi senang la untuk orang yang kejar masa nak pergi tempat lain boleh terus bungkus je tak payah keluar kereta.


Suasana dia pun best sebab bukan ada cendol je makanan lain pun ada seperti pisang goreng, goreng gorengan yang lain, nasi, mee, kuih muih pun ada jadi memang sesuai kalau nak minum petang kat sini. Waktu operasi I tak pasti. Meja dan kerusi dia pun ala ala macam kantin yang meja kerusi panjang tu jadi kalau datang ramai-ramai memang muat satu meja. 





Tak lengkap la kalau datang Melaka tapi tak cari asam pedas hahaha. Ini pun gigih call semua kedai bukak ke tak. Google asam pedas mana yang sedap dekat Melaka ni memang banyak tapi kebanyakkannya bukak petang sikit. Last jumpa jugak Asam Pedas Melaka Pak Man yang boleh dikatakan famous jugak sebab I google banyak review cakap sedap.


Asam Pedas Melaka Pak Man
202, Ujong Pasir, 75050 Melaka, Malaysia


Lokasi kedai terletak ditepi jalan. I nak datang sini pun waze je. Nak parking pun kena park tepi tepi jalan. Bila dah sampai memang penuh gila kedai tu tak ada tempat duduk. Kena tunggu orang bangun baru ada tempat duduk kosong. Memang ramai la orang makan tengah hari kat situ. Menu yang famous antaranya asam pedas tetel tak silap I tapi masa tu dah habis ! Nampak sangat famous. Beli asam pedas ikan apa entah I tak ingat sekali dengan nasi putih, telur masin dan timun. Itu je menu lauk kiteorang dan ternyata sedap. Kuah dia sedap, ikan sedap tak ada hanyir. Rekomen kalau pergi Melaka nak rasa asam pedas boleh pergi sini.


Waktu operasi tak pasti tapi I pergi masa lunch hour. Bukan sahaja ada asam pedas, kuih muih banyak gila. Pelbagai jenis dan pilihan kuih muih boleh jumpa kat situ. Ada yang baru siap masak/bakar lagi. I sempat rasa beberapa jenis kuih dia sedap jugak. Tengah hari dah jual kuih muih karipap semua kalau taknak makan nasi atau nak bungkus untuk minum petang memang sesuai la beli kat sini. Kuih keria gula melaka tu pun baru je dia hidang sebab baru lepas siap. Panas lagi dan sedap ! Lembut, manis dan rasa tak cukup je beli sikit.


Okay la kalau nak rasa kuih keria gula melaka sebab nak beratur kuih keria gula melaka antarabangsa yang famous tu tak cukup masa pulak. 




Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung
Jalan Padang Temu


Kalau tak silap I kedai makan ikan bakar kat sini la I makan sebab dah lupa nama dia hahahhaha. Ikutkan nak makan Ikan Bakar Parameswara yang famous teruk tu. Memang famous teruk wehhh parking jauh sangat tapi jangan risau parking banyak dan luas cuma peluang nak dapat parking dekat tu tipis kalau datang lambat. Lepastu kena tunggu kerusi kosong pulak ! I datang untuk makan malam lebih kurang pukul 9 malam. memang penuh gila. Ada meja yang siap direserved jadi meja tu tak boleh duduk. Meja yang tak ditempah memang penuh gila.


Kedai Ikan Bakar Parameswara ni memang luas dan besar tapi disebabkan terlalu ramai orang memang tak cukup. I nasihatkan kalau nak datang makan sini buat tempahan awal. Senang dah datang meja dah sedia. I pergi haritu dekat 30 minit melilau cari meja makan je weh, lama dah la lapar I rasa nak telan semua orang dekat situ. Dah tak tahan sangat dengan orang sesak kiteorang makan tempat lain je.


Kat Kedai Ikan bakar I makan ni berdekatan jugak dengan ikan bakar parameswara. Sini pun ramai orang jugak tapi ada je meja kosong dua tiga jadi dah smpai boleh terus duduk tak payah melilau cari meja. Aiman terus pilih kedai mana nak order dan pilih seafood untuk masak. Menu kiteorang sotong goreng tepung, sekor ikan belah dua satu masak tiga rasa satu lagi bakar, kerang bakar, kailan ikan masin. Kalau tengok portion yang Aiman pilih memang banyak sotong pun dah berkepuk banyak dia hahahha tapi total RM60 jeeee. Padahal makan kenyang sangat, banyak sangat lauk dia kira berbaloi dan murah ! Recommended. Waze je nama medan selera tu kedai paling hujung dan berdekatan jalan raya pepandai la pilih I tanya nama kedai tu kat Aiman dia tak tau......




I baru tahu nama dia air kelapa lambung ataupun snowball. Kelapa yang dah dibuang kulit botak tinggal isi dan air kelapa je. Ni beli masa kat Jonker Walk. Ada dua tiga kedai jugak jual air kelapa ni siap buat persembahan lambung-lambung snowball. Rasa boleh tahan kalau dapat kelapa sedap. Kalau dapat kelapa tak sedap air pun tak sedap la tapi puas minum dan makan isi kelapa tu. Harga pulak RM5 je tak silap I.



Air Auntie Anne hahhaah I saje je masukkan dalam blog sebab gambar ni nampak macam cantik pulak. Beli masa melawat Freeport AFamosa Melaka. Boleh baca entry Freeport tu kat hari pertama I datang Melaka.




Ini pun coca cola biasa je yang I beli lepas turun dari Kota AFamosa. Kalau jalan panas-panas ni kena banyak minum air kosong tau. I terjebak minum air bergas sebab Aiman la ni. Hilang haus berjalan dapat air gas hahahha.




Ice Cream pure strawberry. Memang pure ! Terasa biji strawberry dia sekali dalam tu tak manis sangat pun. Harga RM7. I beli masa jalan kat Jonker Walk waktu siang beli kat kedai tepi jalan je. Nampak macam sedap ada pelbagai perisa lain jugak tapi pilih strawberry sebab ada strawberry comel kat bawah tu.




Pure dragon fruit juice. Tak manis ! Maksud I tak ada manis tambahan gula. Manis buah je memang sedapppp. Lepas penat jalan kat Jonker Walk boleh singgah kedai nama Orchard ni pelbagai juice buah dia ada. Harga pun tak mahal sangat. Kedai dia kecik je kat selekoh berdekatan H&M. Selain itu ada jual makanan jugak.




Yang terakhir another juice. Tak silap I yang ni perisa tropical fruit. Sedap. Booth kedai dalam Freeport AFamosa Melaka jugak bernama Juicee. Kalau singgah sana penat shopping boleh la cuba juice dia. Sedap dan tak mahal. Tak mahal pun I lupa jugak harga dia berapa. lepas ni nak pergi mana-mana kena simpan resit heh.


Itu je kot makanan dan minuman yang I cuba di Melaka. Walaupun tak banyak sebab kesuntukan masa tapi I rasa kiteorang banyak makan minum je dari shopping atau melawat tempat hahahha. Memang seronok dapat berjalan makan angin dan makan makan. 



6 comments

  1. Sedapnya... lapar terus rasa tengok... Klebang Original Coconut Shake tu memang best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha wafa, airah suka sangat tapi nak menunggu beli tak larat nak beratur

      Delete
  2. Replies
    1. kan ! sedap ! tapi nak beratur dia masya Allah lama sangat !

      Delete
  3. Tak pernah tau pun kewujudan kedai EE Ji Ban. Boleh cuba bila pergi Melaka nanti :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba la nanti fatina.tapi cuba sekali je nak merasa hahahha

      Delete