Skincare Routine | Night


Sebelum ni I ada buat entry skincare routine untuk waktu malam jugak dekat SINI kalau nak baca. Kali ni I nak update semula rutin penjagaan kulit I semula sebab I ada tukar beberapa produk baru dan tambah beberapa step baru dalam rutin ni hehe. Tapi lepas dah tangkap gambar dan edit gambar baru I perasan ada beberapa step produk terlupa nak tangkap gambar, nak masukkan dalam gambar ni ! Macam mana boleh lupa pun tak tau la mungkin sebab bekas letak skincare pun ada berapa bekas dan merata.....


Jadi mari mulakan update skincare routine I specific sikit iaitu pada waktu malam.


Step pertama ialah makeup remover. I guna Garnier Micellar Cleasing Water sebagai makeup remover. I suka makeup remover ni sebab botol dia warna pink hahahhha. Alasan pertama sebab warna pink. Alasan kedua sebab makeup remover ni gentle sangat pada kulit I. Tak ada rasa pedih dan senang nak tanggalkan makeup. Banyak dah good review orang buat pasal makeup remover dari Garnier ni jadi memang tak ada alasan la kalau susah nak cari makeup remover yang sesuai ke apa. I akan pakai makeup remover ni bila pakai makeup. Kalau tak pakai makeup pun boleh je nak guna untuk buang kotoran pada kulit tapi I malas sikit so skip je kalau tak pakai makeup.


Step kedua, ialah cleansing oil.  I baru je masukkan step cucian guna cleansing oil ni dalam skincare routine. I guna Simple Hydrating Cleasing Oil. So Good ! Walaupun ni adalah cleansing oil pertama yang I cuba, I tak tau cleansing oil lain macam mana tapi I suka kesan dia pada kulit I. Sangat lembut dan lembap. Rasa macam semua kotoran terkeluar dari kulit dan kulit rasa bersih. Patut orang selalu guna cleansing oil ni, I je yang baru nak cuba. Nanti I buat full review Simple cleansing oil ni okay.


Step ketiga ialah cuci muka guna pencuci muka la hahaha. I lupa nak tangkap gambar pencuci muka tsktsk. I masih lagi guna Himalaya Herbals Clear Complextion Whitening Face Wash, boleh baca review pencuci muka tu dekat SINI. I suka pencuci muka dari himalaya sebab dia buat apa yang patut dia buat hahah. Kalau clear complexion memang membantu mencerahkan wajah dan buat muka bersih, glowing. Kalau I guna yang neem pula membantu meredakan jerawat dan mengelakkan jerawat datang lagi. I suka ! Tapi mungkin lepas ni nak cuba pencuci muka lain pulak sebab I nak buat review dekat blog hahahahha.


Step keempat pula ialah scrub. Sekarang I tak ada specific scrub lagi tapi I guna Lush Mask of Magnaminty sebagai mask dan scrub. Kalau I pakai Lush ni I buat mask dulu then scrub dekat muka. Boleh baca review mask tu dekat SINI. Memang best guna buat pori bersih, kulit lembut dan licin.


Step kelima pula ialah toner ! Toner penting untuk balance kan ph kulit. I guna Kiehl's Calendula Herbal- Extract Toner. Toner ni I baru je guna. Korang nak tak review toner ni? hahah. Toner ni alcohol free dan bau wangi macam teh bunga. I suka pakai sebab rasa lembap je kulit. Bau dia pun tak ada la menggangu hidung. Toner ni famous jugak I pun baru nak cuba produk Kiehl's. Korang ada buat review produk Kiehl's boleh tinggalkan dekat komen box nanti I datang baca.


Step keenam pula Missha Time Revolution The First Treatment Essence Intensive. Essence ni dah nazak nak habis dah I tak beli stok baru lagi. I suka jugak essence ni. Buat muka glowing dan sihat ! Tapi harga boleh tahan mahal. I ada buat review dekat SINI. Essence ni sebagai light serum je tak silap I. Dan memberi lebih kelembapan kepada kulit kalau tak cukup. Kalau rasa banyak sangat lapisan pada kulit boleh la skip essence. I suka banyak lapis ni sebab kulit I dahaga belaian ! hahahahha


Step ketujuh ialah serum ! Banyaknya step macam mana I boleh gigih buat semua step ni.... I guna The Body Shop Vitamin E Overnight Serum-In-Oil. I guna dua tiga titik untuk satu muka. Bau wangi dan sangat memberi kelembapan. Kulit rasa moist sampai ke pagi pun rasa. Serum ni kesan dia lebih mendalam dan kesan dia jugak lebih kepada satu satu tujuan. Ada serum untuk hydrate, serum untuk mencerahkan dan lain-lain. I punya mesti la untuk melembapkan. Lepas habis ni I nak cuba serum untuk mencerahkan pulak sebab kadang rasa kulit kusam jugak sebab banyak terdedah dengan matahari.


Step ke lapan, eye cream. Eye cream I dari Kiehl's Creamy Eye Treatment with Avocado. Eye cream ni memang membantu eyebag I dan memberi kelembapan pada kawasan kulit mata. Sangat lembut pada kulit. Mata pun rasa fresh je. Tapi I rasa tak membantu sangat untuk dark circle. I tak pasti kalau dark circle teruk dia membantu tak tapi I punya tak membantu sangat. Tapiiii mungkin sebab I baru pakai tak nampak kesan lagi. Tunggu habis satu bekas ni dulu nanti I bagi full review.


Step ke sembilan ialah mask. I pakai sheet mask sebab memang suka kesan cepat dia tu. I tak masukkan gambar mask sebab terlupa. Boleh baca latest review sheet mask I dekat SINI dan SINI. Setiap sheet mask ada kesan tersendiri bergantung pada bahan apa dalam sheet mask tu. Kalau nak cerah pilih la yang mencerahkan. Biasa dekat mask tu ada tulis apa function dan tujuan dia.


Step ke sepuluh, moisturizer ! I ada dua moisturizer sekarang. Organic aid dan Dr Morita. Boleh baca review organic aid kat SINI dan review Dr Morita dekat SINI. Kalau I nak lebih lembapan I pakai organic aic sebab tekstur dia creamy macam lebih lembap hahahah. Dr morita tu pun okay. I pakai ikut mood laaa. Ataupun tak pakai langsung hahahha.


Penatnya taip banyak macam ni hahaha. Untuk skincare I sekarang memang bawak banyak perubahan pada kulit I. Jerawat serius dah kurang nak naik, I rasa dah lama jerawat last naik. Kalau naik pun masa period itu pun satu dua dan jerawat biasa je. Letak acne cream esok kecut. Senang je. Mungkin jugak sebab I minum ESP Shaklee jadi kulit lebih senang nak diurus.




Ini kulit I sekarang, tanpa filter ye haha. Much better la dari dulu walaupun tak flawless sangat. Kalau korang nak beli produk shaklee boleh contact I okay dekat 017 563 0516 atau singgah instagram @airahbeautyhealth. 


15 comments

  1. hai, boleh suggest moisturizer or serum yg best yg u pernah pakai . thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. Moisturizer I suka Dr Morita watery gel moisturizer. I ada buat review jugak. Serum buat masa ni I pakai body vitamin e serum je. Yang lain tak pernah cuba

      Delete
  2. wah patutla cantik hihihi ni rahsia nya ^^

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. thankyou sis huhu nanti pakai la serum yang iols bagi itu

      Delete
  4. No wonder kulit awak cantik. Rajinnnnnn. Jelousnyaaaa 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada cantik sangat pun awak ada je lagi bahagian yang tak cantik.masih berusaha nak clearkan skin

      Delete
  5. Replies
    1. kena ada routine sendiri yang kita ikut baru kulit okay sikit

      Delete
  6. You may want to have long locks and hair flowing when the wedding
    gown is strapless or has thin straps. You can even seek out wholesale drop-shipping companies to get better discounts on the products.
    Individuals praise it for allowing an organic, radiant
    look while simultaneously nourishing, protecting and soothing all
    skin types.

    ReplyDelete
  7. Kebanyakkan produk penjagaan kulit diluar, hanya merawat kulit di permukaan kulit, kemudiann menanam kotoran ke dalam kulit. Itu sebabnya bila berhenti guna produk macamni, jerawat keluar bertubi2.

    ReplyDelete