The Face Shop Jeju Volcanic Lava Review



Sebelum ni I tak pernah kisah pun dengan kulit pori di bahagian hidung. Biasa I scrub, exfoliate kulit muka macam biasa je. Itu sahaja. Kulit bahagian hidung I yang tepi pun ada redness dan itu memang tak dapat dihilangkan lagi sampai sekarang. Boleh kurangkan je dengan beberapa produk yang I guna termasuk Jeju Volcanic Lava ni. Sebelum ni pun I perasan kulit hidung macam tak smooth, ada bintik hitam tapi mungkin tak terlalu nampak sangat kecuali I pergi betul betul belek depan cermin. Huduhnya bintik macam ni kat hidung. Nampak tak bersih ! Sejak tu la I cari produk yang boleh bantu I nak hilangkan bintik hitam ataupun lebih dikenali sebagai blackhead ni.


I first tengok review Jeju Volcanic Lava Peel Off Clay Nose Mask ni dalam salah satu video Nisha Ezzati. Nisha approved ! Jadi memang I patut cuba la hahaha. I memang dah rimas dah dengan kulit hidung macam ni heh...

Produk : The Face Shop Jeju Volcanic Lava Peel Off Clay Nose Mask
Harga : RM 20++ I tak ingat rm21,22,23
50g
Brand The Face Shop
Made in Korea




I guna peel off clay mask ni untuk membuang whitehead, blackhead dan mengecutkan pores. Berkesan ! Produk ni boleh tarik whitehead dan blackhead yang ada kat kulit hidung I. I memang pakai dekat bahagian hidung je. Disebabkan semua description produk bahasa korea dan I tak faham hahah I cari sumber lain okay.


Peel Off Clay Mask ni dalam range produk dari The Face Shop untuk membersihkan pori, mengurangkan kesan pencemaran udara pada kulit dan lain lain yang semua berkaitan dengan pori kulit la kiranya. Clay kan famous untuk membersihkan kulit dan pori dan selain itu mengawal minyak yang ada pada muka. Kesan dia pada I memang kulit lebih bersih sebab bila guna dan tarik, kotoran yang ada dalam pori kulit tu terkeluar sekali la. Whitehead dan blackhead pun berkurang jugak. I paling suka bila guna dekat kulit Aiman sebab lagi banyak benda keluar sebab pori Aiman ni besar sikit lepastu selalu terdedah dengan pencemaran sebab kerja kan. 


I kalau boleh memang nak buatkan penjagaan kulit untuk Aiman tapi dia busy I pun busy last last buat jugak tapi macam setahun sekali je hahaha. I suka peel off ni jugak sebab dia murah. RM20 lebih je dan berkesan.



Tekstur dia pula agak sticky bila nak apply. I biasa apply guna jari je dan rimas jugak sticky sticky dia tu hahaha. Proses kering dia pun boleh tahan cepat tak lama sangat nak tunggu mask tu kering. Bila dah kering boleh peel off atau pun tarik. Bila nak tarik tu tak ada pun over sakit ke apa masih boleh tahan lagi. Dalam gambar atas ni I tunjuk tesktur clay mask ni dalam gambar pertama, gambar kedua bila dah sapu rata elok2 bahagian yang korang nak dan gambar ketiga bila dah kering. Dah boleh tarik. Warna mask dia macam light grey.


Untuk kesan yang lebih efektif, sebelum pakai mask ni cuci muka elok elok dulu. Kalau rajin boleh steam muka lima minit untuk buka pori jadi senang mask ni masuk buat kerja hahaha. lepas dah steam boleh pakai mask dan tunggu sampai kering. Dah kering boleh tarik. Kalau tak steam pun okay je guna cuma untuk kesan lebih mendalam mungkin boleh rajinkan diri steam muka tu dulu. Selain itu selepas cuci muka, scrub muka dulu untuk buang kulit mati. Jadi macam-macam step boleh buat sebelum apply mask ni untuk kesan lebih bagus.

I pakai dua kali seminggu untuk membersihkan pori dan buang whitehead dan blackhead. Kulit rasa lebih bersih dan redness I dekat hidung tu pun boleh berkurang. I enjoy la guna benda ni hahaha sebab rasa dia berfungsi dengan baik.

8 comments

  1. ccl pun apply mask bahagian hidung aje . lepas ni boleh cuba apply produk ni ,kat mana ada jual eh ?

    ReplyDelete
  2. wah macam best je, ramai kata volcanic mask ni memang bagus

    NEEZA | Malaysia Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. betul tu dkt bahagian hidung la paling susah nak jaga.. huhu..

    ReplyDelete