Blossom of Light by Eco Botanic






Weekday haritu I berkesempatan nak selit sikit melawat Blossom of Light by Eco Botanic ni. I jumpa event ni dekat twitter. Bukan la event sangat pun tapi tarikan waktu malam untuk sebulan je. Start dari 1 September hingga 1 October tak silap I. Ikutkan nak pergi hujung minggu tapi jadual pack sangat buat apa pun I tak pasti hahahah tapi bila sampai weekend je confirm busy ya amat. Disebabkan hari sabtu I kerja, ahad je la masa yang ada nak berehat, nak buat itu ini. Macam mana tak pack.


Jadi apa Blossom of Light ni? Pameran lampu lampu hiasan yang berkerlipan waktu malam. Cantik sangat ! I memang excited nak datang. Ikutkan kalau nak datang sini kena isi borang online dulu, borang tu cuma tanya basic maklumat je kemudian dia akan hantar bar code tiket untuk masuk dalam ni. Bila dah smpai bar code tu hanya digunakan musim hujung minggu sebab ramai datang kena tapis sikit sehari berapa orang je boleh datang. Nanti ramai-ramai sesak pulak nak tangkap gambar pun susah.


Disebabkan bar code tu tak guna, isi maklumat basib macam email, no telifon dan nama dalam buku log je lepastu dah boleh masuk yeay !




Bila masuk memang cantik tengok banyak lampu warna warni tak sabar nak explore. Start boleh masuk pukul 7 malam. I dengan Aiman sampai dalam 730 malam orang pun tak ramai lagi. Selesa sikit nak tangkap gambar. Lepas dah nak habis pusing baru nampak orang ramai berpusu baru sampai. Kawasan pun luas memang banyak port nak tangkap gambar. Paling penting kena sediakan kamera yang okay nak tangkap gambar jela kalau kamera macam I ni, ini jela hasilnya hahha.


Buaian memang banyak dan warna warni.




Gambar atas ni kuda cinderella siap ada tempat duduk belakang tu kalau nampak Aiman pun ada kat belakang tu hahahaha tapi I focus kat kuda je. Serious cantik. Carriage ke apa entah yang bertukar dari pumpkin tu pun hias dengan bunga, lampu fairy light romantik sangat haha.


Kalau bawak bebudak memang diaorang suka la dapat pergi sana sini kat dalam ni. Taman permainan pun ada cuma gelap sikit kawasan tu lampu tak cukup kena ada orang dewasa pantau la. Meriah jugak dengan orang ramai kat situ walaupun hari biasa je. Dah la baru lepas hujan, bila I nak naik buai tu memang basah ! Nasib sempat ambil pamplet dekat kaunter pendaftaran tu so boleh jadi alas sebelum duduk. Berguna jugak pamplet ni untuk I sebelum Aiman bising bawak dalam kereta menyemak je hahhaa.




Jongkang jongket. I duduk dekat jongkang jongket ni yang lama sangat. Seronok main benda ni dah lama tak main tapi sebab tempat duduk dia tak selesa boleh tahan sakit jugak la. Keras -.- Tengok la I boleh tangkap gambar ni dengan tak ada orang kacau lalu lalang pun sebab tak ramai orang lagi.


Lampu un ada yang tak menyala dah sebab hujan kot



Blossom of Light ni diadakan sebulan je, sekarang memang dah tak ada la sebab dah masuk bulan oktober kan. I memang enjoy pergi tempat macam ni, cantik dan romantik nak jalan-jalan. 

1 comment