KISEKI HAIR MIST My Perfect Partner



Hai. Harini I nak kongsi sesuatu untuk wanita berhijab di luar sana. Nampak tajuk pun dah tau kan I nak kongsi apa. Hair mist untuk wanita bertudung ! I memang selama ni tercari-cari produk apa yang I nak guna bila rasa rimas dengan rambut sendiri, rasa tak selesa dan yang berguna untuk masalah rambut. Rambut ni mahkota wanita kan walaupun bertudung, bahagian rambut, kulit kepala semua kena ambil tahu jugak.


Jangan sebab dah bertudung terus tak kisah dah pasal rambut sendiri. Kalau boleh sediakan rutin rambut dan buat setiap minggu. Nanti I share rutin rambut I okay. Kadang-kadang lepas seharian pakai tudung, balik rumah mesti dah tak selesa walaupun baru pagi tadi cuci rambut. Kulit kepala pun berminyak dan rambut tak terurus lepas dah pakai tudung lama. Siapa pernah jadi macam ni? Kalau I memang lega sangat lepas seharian pakai tudung, balik rumah bukak tudung dan duduk depan kipas.


Lagi lega bila jumpa KISEKI HAIR MIST ni. Diformulasi bagi menyelesaikan 99% masalah wanita bertudung/berhijab. Antara masalah yang selalu wanita alami ialah rambut gugur, kulit kepala gatal lagi-lagi bila dah berpanas kat luar dengan terik matahari, rambut tak terurus, tidak selesa ketika bertudung sebab masalah kulit kepala dan rambut, rambut berbau, rambut bercabang, kelemumur, botak tengah dan rambut jarang. Siapa yang ada masalah kat atas ni cepat-cepat la usaha cari rutin rambut yang betul.




Tapi kalau malas nak buat semua rutin rambut yang leceh tu boleh je guna Kiseki Hair Mist. Kiseki hair mist ni boleh membantu masalah-masalah di atas. Kalau tengok instagram dan facebook diaorang memang banyak feedback bagus. I yang guna pun nak bagi feedback sendiri jadi tunggu baca sampai habis tau.


Kenapa feedback hair mist ni semua positif sebab bahan bahan dalam hair mist ni pun dah bagus untuk rambut. Menggunakan sumber alam semulajadi seperti minyak argan, minyak buah berangan, minyak jojoba, lidah buaya dan yang bestnya diperkaya dengan vitamin E dan B5.


Untuk lebih pencerahan, bahan yang ada dalam Kiseki Hair Mist ni ialah water, fragrance, peg-40 hydrogenated, castor oil, peg-12, dimethicone, soyethyl morpholinium ethosulfate, panthenyl ethylether, phytantriol, vit c aesculus hippocastanum (horse chestnut) ext, simmondsia chinesis (jojoba), seed oil ext, vit e, niacinamide, tocopheryl, acetate, argan oil, yeast ext, zincgluconate propylene glycol, ammonium glycyrrhizate, argan oil, panthenol, benzopheno ne-4.




Packaging dia memang cantik dan simple. Warna putih dan kombinasi warna pink, purple, biru. Botol pun slim dan tak besar sangat jadi senang nak sumbat dalam handbag, makeup bag mahupun beg toiletries. Memang senang nak selit kat mana-mana. Paling I suka senang nak bawak travel. Botol dia pun jenis spray jadi senang nak apply. Cara nak pakai pulak cuma spray kan je pada kulit kepala sebelum pakai tudung. Senang ! 


I memang selalu pakai sebelum pergi kerja. Bau dia memang wangi dan testur dia tak berminyak pun walaupun mengandungi pelbagai minyak yang baik untuk rambut. Bila spray sebelum pakai tudung, nanti nak solat asar pun bau wangi dia masih ada lagi. Memang sampai ke malam la bau mist ni. Kalau tak cuci rambut I rasa bau dia boleh tahan dua hari. Bagi korang yang ada kulit sensitif dengan pewangi kena berhati-hati sikit la takut ada kesan pada kulit. Tapi bau wangi dia tak over pun sampai satu kilometer boleh bau. Kalau bukak tudung orang sebelah boleh tumpang bau.


I suka bau wangi dia. Bila dah mandi, dah selesa rambut pun wangi terus hati senang hahaha. Apa yang I perasan kesan dia pada kulit kepala, bila berpeluh panas berjemur bawah matahari, kulit kepala tak gatal. Boleh bertahan lagi dengan peluh semua. Rambut I jenis tebal jadi memang kadang tak selesa bila berpeluh. Bila guna hair mist Kiseki ni I memang rasa perbezaan dia. Hari I konvo haritu pun I spray sebelum siap pakai tudung semua. Selesa sampai ke petang walaupun terik matahari panas dan peluh.




Jadi boleh la cuba Kiseki Hair Mist ni untuk kesejahteraan rambut anda. I pakai sebotol ni dekat sebulan setengah dah tak habis lagi tauu. Hair mist Kiseki adalah buatan Malaysia dan ada GMP certified. 


Produk : KISEKI Hair Mist
Isipadu : 50ml
Harga : RM79.90
Pengeluar : Kiseki Global Resource


Kalau nak baca lebih banyak feedback dan info boleh singgah instagram dan fecebook Kiseki Hair Mist ni. 

Facebook : KISEKI HAIR MIST HQ, KISEKI MALAYSIA
Instagram : KISEKI MALAYSIA
                 

p/s : boyfriend I pun guna sebab wangi. 


Pros
+ Wangi sangat I suka
+ Kulit kepala selesa sepanjang hari
+ Botol slim senang nak sumbat mana mana
+ Senang nak pakai dan spray tak ada tersekat
+ Kulit kepala tak berminyak


Cons
- Tak membantu rambut gugur I :(

6 comments