Misi Blog 2018



Misi untuk blog I tahun 2018 ni banyak sebenarnya. Mesti la nak tingkatkan lagi gaya penulisan, info yang berguna dalam blog, dan tambah kenalan. I pun nak lebih berdisiplin update entry baru setiap minggu dan kena sentiasa naikkan mood nak taip entry. Kadang gambar dah sedia, tapi mood tak datang lagi hehhh. Tahun 2017 pun banyak entry terabai sebab mood tak datang. Last-last gambar yang dah ready simpan jadi perkasam je. Jadi tahun ni misi I untuk blog airahsyahirah.blogspot.com ialah


1. Bertukar kepada domain.
I harap tahun 2018 ni ada la rezeki I nak menggunakan domain .com. Bagi I bila guna domain ni nampak kita lebih serius dalam berblogging. Tapi kalau tak guna pun okay je. Ramai je blogger famous yang masih menggunakan blogspot. Cuma bila I baca antara kebaikan menggunakan domain sendiri ni I pun rasa nak guna domain jugak. Walaupun harga untuk domain tak ada la mahal mana tapi duit tu kena salurkan pada pekara yang lebih penting.


Jadi I harap rezeki I tahun ni melimpah dan murah rezeki la hendaknya. Baru boleh spent sikit pada blog hehe.


2. Template baru
Template blog I yang sekarang ni dah dekat setahun jugak kot I pakai. Tak ada tukar lagi hahaha. Haritu ada jugak plan nak tukar, dah siap sembang dah kot tapi tak jadi tkstsk. Jadi I harap tahun ni dapat la tukar baju blog I kepada yang lebih cantik dan design baruu. I pun dah bosan tengok blog sendiri.

Kalau korang boleh suggest website blog template yang cantik atau orang yang pandai design blog tinggalkan di bahagian komen okay. I kena jugak tukar template blog tahun ni !


3. Entry baru yang lebih bermanfaat
Bukan sahaja entry baru yang lebih bermanfaat, mood untuk taip entry pun I harap lebih bersemangat tahun 2018 ni. Lepas ni I kena rajin sikit buat reserach untuk review produk sebab entry product review yang I paling suka. Entry view untuk setiap produk review yang I pernah buat pun memberansangkan jadi caiyokkk untuk tahun ni hahaha


I jugak dalam usaha nak kumpul duit beli camera. Kan best kalau ada camera yang memang focus untuk gambar blog. Gambar dalam entry pun mempengaruhi orang berminat nak baca entry kita ke tak. I punya editing skill pun masih out lagi hahahha. Banyak benda kena improve untuk dapatkan entry blog yang best.


4. Income dari blog
Untuk tahun 2018 ni jugak I harap dapat la buat lebih banyak income dari blog I. Income tu boleh jugak masuk tabung nak beli camera untuk blog. I memang suka sangat menaip blog jadi memang dari awal income bukan la tujuan utama I berblog. Tapi kalau dengan hobi berblogging ni dapat income sikit apa salahnya kan. Ada jugak blogger yang jadikan blog sebagai punca pendapatan. Rezeki masing masing yang penting kena usaha.


Itu je empat  point misi I untuk blog tahun 2018. Walaupun empat je entah tercapai ke tak tu hahahha. Harap tercapai la. Yang penting kena rajin je. Rajin membaca, rajin kumpul duit.

12 comments

  1. Meh meh bertukar ke domain. Mai boleh designkan blog tapi theme minimalist saja, meriah meriah cik kiah tak dapek, haha.

    Kalau nak blog elegan Mai suggest Pipdig Theme!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huarghh tu laa tak sabar nak tukar ke domain. hahaha insha Allah nanti contact Mai hehe. thankyou for suggestion

      Delete
    2. Betul! Pipdig theme lawa and very suitable for lifestyle bloggers.

      Delete
  2. InshaAllah your goals will all come true!

    x Rasya | nurulrasya.com

    ReplyDelete
  3. Pilih kat etsy jee, senang nak deal dgn seller, and free instalment

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya!
    Saya pun nak jadi rajin tulis entri yg menarik. Chaiyok!

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  5. Sama! Nad pun teringin nak guna domain jugak. Dah lama dok fikir, tengah tunggu masa sesuai je ni hehe.

    ReplyDelete