Garnier Pure Active Matcha De-Tox Face Wash





Garnier Pure Active Match De-Tox ni sebenarnya pencuci muka Aiman. Dia guna I pun tumpang sekali. Mula-mula I saje suruh Aiman cuba Garnier punya pencuci muka ni sebab I dari sekolah menengah sampai masuk study guna pencuci muka Garnier je. Sebab utama masa study dulu guna pencuci Garnier ni dia tak buat muka I breakout ke apa. Walaupun kesan dia biasa je macam tak ada apa at least dia tak buat muka I naik jerawat ke, merah ke. Harga dia pun murah. Dulu I guna yang Garnier Light untuk brightening tu.


So baru- baru ni I suruh pulak Aiman yang guna produk Garnier ni hahahahh Walaupun Garnier ada yang Men Series punya tapi lelaki pun boleh je guna produk perempuan tau. Tak ada masalah pun asalkan sesuai dengan kulit. 


Produk : Garnier Pure Active Match De-Tox
Harga : RM12++ (Kalau sale lagi murah)
Jenis : Pencuci Muka
Jenis kulit : oily dan combination (oily+normal)


Garnier ni senang je nak cari dekat mana-mana. Farmasi, drugstore, pasaraya, mini market, semua tempat I rasa ada. Harga dia pun murah untuk student atau yang bajet kurang kalau nak beli pencuci muka. 


Untuk Garnier Matcha ni dia specific untuk detox kulit dari pencemaran, minyak, dan kulit kusam. Dekat packaging pun dia ada tulis pollution and oil deep clean. Jadi bila kulit dah terdedah dengan udara luar yang kotor dengan pencemaran, pencuci muka ni membantu mencuci dengan lebih mendalam pada kulit untuk singkirkan kotoran tersebut. Pencuci muka Matcha ni pun mempunyai 100x kuasa antioksidan. Kalau korang tak tahu green tea memang banyak manfaat untuk kulit dan mempunyai antioksidan yang membantu untuk kecantikan.




Packaging dia macam biasa je jenis tube ni. Saiz dia tak silap I ada dua, satu besar dan satu kecil sikit. Yang I beli ni saiz besar jadi harga RM12++, kalau beli yang kecil sikit tu harga lebih murah la. Kalau baru nak cuba better beli saiz yang lebih kecil sebab kalau kulit tak sesuai tak ada la rasa membazir sangat. Boleh pass kat orang lain. Penutup packaging ni pun macam pencuci muka biasa jee. Maafkan gambar pencuci muka I yang comot dekat atas tu hahah.





Tube dia warna hijau, Isi dia pun warna hijau macam dalam gambar dekat atas ni. Pencuci muka ni jenis foam. Berbuih dan memang sesuai la untuk kulit berminyak. Untuk Aiman, dia memang suka pencuci muka ni sebab buat muka rasa bersih dan agak kering. I pun tak tau kenapa dia suka muka rasa kering macam tu haha. Kalau guna pencuci muka Garnier ni kena hati hati sikit sebab kalau kulit I, dia boleh buat rasa terlebih kering yang rasa macam tegang tu. 


Jadi cara I, I guna pencuci muka ni waktu malam je sebab nak cuci lebih sikit pada kulit yang dah terdedah dengan macam-macam kotoran pada siang hari. Lagi satu sebab bila dah guna cleansing oil, kemudian guna pencuci muka foam ni, dapat singkirkan rasa berminyak cleansing oil tu. 


Night routine I akan buat double cleansing, dan teruskan dengan toner, eye cream, serum, moisturizer. Setakat ini I tak ada masalah untuk guna pencuci muka Garnier ni. Dia buat kulit I rasa bersih dan segar bila dah cuci muka tu. Cara nak guna pencuci muka ni I guna sikit je sebab dia memang berbuih sangat. Dah ambil sikit tu letak air then gosok tangan sampai berbuih kemudian baru letak dan urut pada muka. Bilas.


Bagi I, dia tak ada bau busuk ke, bau tak sedap ke. I lupa pulak nak bau dia tapi masa cuci muka tu okay je rasa nya haha.


Bahan yang ada dalam pencuci muka ni
Aqua/Water, Glycerin, Myristic Acid, Palmitic Acid, Stearic Acid, Potassium Hydroxide, Lauric Acid, Glyceryl Distearate, Glyceryl Stearate, Kaolin, CI 77492, CI 77499, Iron Oxides, CI 42090/ Blue 1 Lake, Ascorbyl Glucoside, PEG-14M, Salicylic Acid, Limonene, Camellia Sinensis Leaf Extract, Menthol, Linalool, Parfum/Fragrance, Geraniol, Tetrasodiumedta, Methylisothiazolinone, Alumina, Hexyl Cinnamal, Dextrin (C185605/1)


Kalau ada bahan yang korang allergic tak payah guna. Penting untuk tahu bahan sesuatu produk yang korang letak pada muka tau sebab nanti ada yang tak sesuai dengan kulit rugi pulak beli.


14 comments

  1. cantiknya warna hijau dia! Dulu pernah jugak guna garnier tapi takde effect dekat muka hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aha garnier ni memang tak ada effect best sangat tapi boleh la nak buat muka bersih dan tak menimbulkan jerawat

      Delete
  2. garnier ni tengok jenis kulit jugak..kadang-kadang tak kena habis muka..
    http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha ada jugak yang tak sesuai atau tak berkesan yang penting kena patch test dahulu

      Delete
  3. brand glamer ni.
    and mudah nak beli garnier ni.
    aida ni dah kena pakai set org tua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah memang suka garnier ni
      hahahha set yang lebih banyak fungsi dia ye sis

      Delete
  4. I've not tried Garnier before but it's really cheap and if it does the work then it's a great cleanser.

    ReplyDelete
  5. Bagus dapat produk mcm nie so muka boleh segar dan bersih.

    ReplyDelete
  6. Garnier ni bagus. Sesuai untuk kulit remaja. Ruby kalau produk senang dapat di Guardian dam Watsons, Ruby yakin utk guna. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu produk dari drugstore ni kebanyakkannya okay je kesan dia

      Delete
  7. Heee mcm best je! Akak da la suka warna hijau...nak try ni sebab warna hijau boleh tak...nak try jugak sebab boleh jadikan once a while punya cleanser utk detox kulit kan..thanks sbb share menda best

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la beli lepasni kak. boleh tahan kesan dia pada kulit

      Delete