Kedai Makan Fei dan Ali



I dah lama teringin nak makan di Fei dan Ali di sebab makanan dia selalu lalu timeline Twitter I. Bila makanan lalu timeline memang berkriuk la perut teringin. Nak pergi memang agak jauh sebab kedai ni terletak di Shah Alam tapi I di jb ! Memang kuburkan jela teringin nak makan sini hahaha. Makanan dia semua nampak sedap dalam gambar, jadi I pun nak jugak la rasa betul ke sedapppp.




Balik dari Perak ke JB haritu nasib baik sempat jugak la singgah Kedai Makan Fei dan Ali ni. Sebelum ni kiteorang pernah makan di Foodsbury. Disebabkan Foodbury pun makanan dia selalu lalu dekat timeline nasib sempat pergi jugak. Baca entry Foodsbury dekat Makan di Foodsbury Shah Alam. Foodsbury ni I pergi tahun lepas kot masa nak balik jb jugak la hahah


Kalau nak datang Fei dan Ali boleh waze je Fei dan Ali. Landmark dia I tak tauu sebab tak biasa la jalan sini kena masuk kawasan perumahan baru jumpa. Tapi sebelah Fei dan Ali ni bengkel moto dan sebelah kanan dia Foodsbury.


Kedai dia kecil je, selesa dan tersusun. Minimalist sebab tak banyak barang dan hiasan yang terlalu semak. I ada gambar first sekali tu je untuk gambar dalam kedai hahahha. Kalau korang nak datang cafe yang boleh lepak dengan selesa boleh la datang sini sebab bagi I kedai dia selesa sebab tak ramai orang masa I pergi tu. Bila dah ramai mungkin tak selesa dah hahah. Kat sini pun boleh buat tempat untuk sambut birthday sebab masa I pergi ada meja yang dah siap decorate untuk sambut birthday. Dekat atas kedai ni pun ada tempat yang korang boleh sewa untuk buat majlis. Contact je diaorang untuk info lebih lanjut nanti kat bawah I bagi contact number.


Cara nak order dia akan bagi menu dan kertas untuk isi order, dah isi boleh panggil pelayan dia. Then tunggu la makanan sampai. Disebabkan masa I pergi tak ramai sangat orang, boleh tahan cepat jugak la makanan sampai. Tak payah nak tunggu lama sebab I pun dah laparrrr.






Ini order I, Gamberoni Pasta. Sedap ! Kalau korang adtang Fei dan Ali kena cuba Gamberoni Pasta ni. Creamyyyy dan udang dia besar ! Creamy dia tak muak pun rasa nak makan banyak lagi ada la. Portion pasta ni pun besar sebab I boleh share dengan Aiman lagi tuu. 




Ini pulak Aiman punya. Tempura salted egg squid dengan butter rice. Ikutkan nak pilih chicken salted egg tapi dah habis pulak. Nasi dia boleh pilih dua jenis tapi I tak ingat satu lagi jenis nasi tu huh. I pun tak ingat nak tangkap gambar menu dia T.T Disebabkan lapar semua benda tak ingat, tau nak order cepat dan makan je hahahha. 


Aiman punya salted squid ni pun sedap. Tak muak sebab I pernah rasa salted egg yang kuah dia agak muak. Nasi dia pun sedap. I dah la memang peminat butter rice ni. I boleh makan butter rice macam tu je tak payah lauk hahahha. 




Untuk air pulak kiteorang order teh tarik vanilla caramel dan earl grey strawberry. Air dia biasa je tak ada yang special bagi I. Tapi dalam menu dia ada air yang special yang letak popcorn, coklat semua tu. Kalau korang suka benda manis dan minum air yang penuh macam-macam dalam cawan boleh la pilih minuman tu.





Lagi satu menu yang saja pilih sebab nak rasa ialah melted chili cheese wedges. Em bagi I rasa dia biasa dan I tak suka. Aiman pun tak berapa suka sebab tak tau la sebab apa tak ada yang menarik kot. Rasa dia wedges dengan sos ke cheese dan sayur. Kiteorang makan yang ni pun tak habis sebab tak sedap. 


Total semua makanan ni dalam rm50++. Kalau korang nak try boleh la pergi dan order Gamberoni pasta tu sebab sedap. Ini baru menu yang I dah cuba maybe ada lagi menu yang sedap I tak cuba lagi. Kalau korang pernah datang sini boleh suggest I menu yang sedap dekat komen box okay. Atau ada tak cafe best lagi area Shah Alam yang I patut try?


Kedai Makan Fei dan Ali
Waze Kedai Makan Fei dan Ali
Instagram : fei.dan.ali
017 6349 190
Waktu operasi : selasa hingga khamis 12tgh hari - 3ptg & 7.30ptg- 10.30mlm
Jumaat 12tgh hari-4ptg & 730ptg- 11mlm
sabtu dan ahad 12.30tengah hari - 11 malam.





6 comments

  1. Ada rezeki boleh pergi cuba nih

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi pergi tapi ada jugak nampak yang suggest. Nanti nak try la gamberoni tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang suggest makan sikit. pasta tu memang serius sedap

      Delete