Pamper Session


Sesi memanjakan diri I yang simple je masa celebrate anniversary haritu. Alang-alang memang sewa apartment sebab nak berehat, jadi sempat la bawak barang sikit nak memanjakan diri la kononnya hahaha.


Mulakan sesi dengan cuci muka guna Garnier Matcha Detox. I guna pencuci muka ni sebab kadang-kadang muka rasa berminyak over pulak so guna pencuci muka yang buih dia lebih sikit. Pencuci muka Matcha ni sesuai untuk acne prone skin. Yang kulit jenis banyak jerawat dan berminyak tu sesuai la. Harga dia pun murah dan senang je nak dapatkan di mana-mana pasaraya, di drugstore lagi la berlambak. Nanti I buat full review pencuci muka ni okay.


Sambil cuci muka dah boleh start bukak air penuhkan bathtub sebab nak mandi bersama bathbomb. Bagi yang tak tau apa bathbomb ni boleh baca di entry I - BathBomb Review. I suka guna bathbomb ni sejak guna yang Lush punya. Kali ni cuba jenama lain pulak. Kulit rasa soft, moist je lepas berendam. Tapi jangan berendam lama sangat nanti kecut kulit.


Sambil berendam tu boleh la pakai Mask of Magnaminty from Lush. Mask Lush ni memang famous sangat sebab kesan dia bukan sahaja boleh jadikan mask, tapi sebagai scrub muka jugak. So boleh jimat dah kat situ. Lepas mask dah kering, campur air sikit then gosok secara perlahan pada muka. Lepastu boleh basuh. Kulit akan rasa lebih lembut, cerah dan rasa segar sebab dia ada rasa mint tuu. Boleh baca review mask ni - Lush Mask of Magnaminty Review.


Sedih mask ni dah nak habis dahhhh.


Seterusnya I guna Redken High Rise Volume Lifting Shampoo and conditioner. I ada jenis yang travel size ni memang senang nak bawak pergi mana-mana. I dah siapkan gambar first impression pada syampu dan perapi ni tapi entah bila nak siap entry nya.


Lush Dirty Toothy Tabs. Fav I bila nak pergi jejalan mana-mana. Bawak yang ni je senang sebab kecil muat semua tempat. Agak lama jugak nak tunggu benda ni habis sebab guna bila travel dan I sorang je yang guna. Aiman guna bila dia terpaksa guna hahahhaha. Toothy tabs ni adalah sejenis ubat gigi. Yang Dirty ni ada rasa mint sikit, I suka rasa mint, Aiman tak suka so jarang sangat dia nak guna yang ni. - Lush Haul + Review.


Last sekali lotion Warm Vanilla Sugar dari Bath & Body Works. I guna lotion ni bila travel je sebab botol dia lebih kecil dari lotion I yang lain. I suka bau dia sebab bau lembut vanilla macam tu la soft dan wangiiii. Memang selesa je nak tidur lepas dah sapu lotion satu badan.


Settle bab body care dan sikit pasal skincare. Lepas tu boleh la sambung dengan rutin skincare awak. I biasanya kalau travel bawak skincare sikit je sebab malas. Lagi satu bila dah berjalan ni confirm penat, mood nak buat skincare pun kelaut, rasa nak baring dan berehat je hahahha. Boleh baca skincare rutin I - Skincare Routine | Night , Rutin Penjagaan Kulit | Malam.


Kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan di ruang komen okay.

14 comments

  1. besttnya.. kadang-kadang diri sendiri pun perlu PAMPER TIME

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.lagi2 yang selalu busy sampai tak ada masa untuk diri sendiri

      Delete
  2. aida pun suka sesi manjakan diri.. *wink ;)

    ReplyDelete
  3. Warm Vanilla Sugar lotion tu basically more to smoothen, whiten or moisturize skin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. for me macam untuk moisturize je. whiten I dont think so sebab tak nampak sangat perbezaan

      Delete
  4. Teringin nak cuba Warm Lotion daripada Bath and Body Works. Nanti nak pergi beli. Malas nak pergi mall masalahnya sekarang. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. siqah malas nak pergi mall, mall tempat fav airah tau rasa setiap hari nak pergi haha

      Delete
  5. memaang seronok manjakan diri sekali sekala.. antara perka paling seronok untuk di buat seminggu sekali.. heheh

    http://www.byshaz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kena jugak manjakan diri sendiri kalau tak siapa lagi nak manjakan haha

      Delete
  6. bestnyaaaa. sesekali kena juga manjakan muka dan diri kan

    ReplyDelete
  7. However, be sure to check whether your baby may be allergic to this before you put it on. Pampers diapers may also come in nicely decorated designs to provide your baby with a more attractive look.Vežimėlis Skėtukas

    ReplyDelete