Annyeong Haseyo untuk Pizza Samyeang dan Kepak Ayam


Istimewa untuk peminat korean food, samyang, kpop mahupun kdrama, Domino's Pizza ada kejutan untuk korang.Pada Khamis minggu lepas, I berpeluang untuk merasa sendiri pizza terbaru dari Domino's.


Domino's kini mempunya tiga perisa pizza baharu iaitu Pizza Ayam Samyeang, Pizza Tuna Samyeang dan Pizza Daging Samyeang. Setiap perisa piza mempunyai keunikkan tersendiri. Selain itu, menu terbaru yang paling best ialah Kepak Ayam-haseyo ! Apa yang menariknya mengenai menu-menu baru ni?


Tiga pij-ja terbaru dan kepak ayam haseyo.


Antara ketiga-tiga piza terbaru yang I rasa, paling I suka ialah Piza Tuna Samyeang. Roti yang gebu, topping yang banyak dan sos yang sedap memang rasa nak makan setiap hari. Kalau nak tahu, yang unik nya mengenai ketiga-tiga pizza ini, sos samyeang yang digunakan menjadi salah satu bahan utama dan daya tarikan untuk piza ni.



Piza Daging Samyeang


Pernah makan tak megi samyang tu? Pedas dan berasap kan. Untuk perisa Ayam Samyeang, sos yang digunakan masih ditahap sesuai untuk semua peringkat umur. Tak pedas sangat dan I rasa kanak-kanak pun boleh makan. Untuk Tuna Samyeang pula agak pedas sebab tu I suka.


Dan ketiga yang menjadi kegemaran semua orang, Piza Daging Samyeang. Daging yang digunakan sangat la lembut. Memang kena dengan sos samyeang yang unik. Sos yang digunakan adalah kombinasi rasa pedas dan manis yang mengancam. Bukan pedas yang berasap kepala tu tau kalau macam tu I pun tak berapa suka sangat. Pendek kata piza terbaru keluaran Domino's ni sesuai untuk semua.


Kepak Ayam-haseyo


Domino's juga memperkenalkan Kepak Ayam-haseyo. Apa yang I suka rasa sos kepak ayam ni lebih pedas dari rasa piza. Peminat makanan pedas memang patut cuba ! Isi ayam sangat la lembut dan kepak ayam dibakar sempurna. Lapisan luar kepak ayam disaluti sos sedap samyeang. Sos dia memang pekat dan caramelized. Puas hati sangat tau dengan rasa dia. Boleh tahan pedas juga meleleh hingus.


I memang suka makan piza di Domino's sebab menu dari Domino's lebih banyak. Selain itu boleh pilih jenis crust, side dish dan pelbagai jenis desert. Masa makan piza samyeang ni pun I dan para blogger yang lain disajikan dengan Chocolate Lava Cake. Sangat sedap. 


Bagi I kualiti dan nilai menu yang Domino's ketengahkan sangat dititik beratkan. Sebab tu kot kebanyakkan menu dari Domino's semua best-best.


Piza Ayam Samyeang


Pelanggan boleh nikmati menu terbaru Piza Samyeang dan Kepak Ayam Haseyo ni dalam waktu terhad sahaja tau. Boleh didapati di semua Domino's Pizza dari 26 Februari 2018. Kalau nak beli secara atas talian di http://www.dominos.com.my/ atau hubungi 1300-888-333 untuk pesanan.




Dengan blogger-blogger Johor. Hai Kak Hernee dan Kak Seri.



My fav Tuna Samyeang


Pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Piza Samyeang terbaru dengan lebihan keju. Piza Samyeang bersaiz personal sah untuk tawaran Super Tuesday iaitu setiap hari selasa bermula serendah RM3.90 tempahan secara atas talian dan rm4.90 untuk tempahan di kaunter.
Harga untuk 
2 pizza bersaiz regular ialah RM33
2 pizza bersaiz besar ialah RM55
2 pizza bersaiz extra besar RM77




Untuk maklumat lebih lanjut boleh la kunjungi laman web Domino's okay. I nak sambung makan piza samyeang.





28 comments

  1. Wah dah try order delivery la camni..

    ReplyDelete
  2. Dah cuba dah samyang beef tu. Sedap gila ! Mmg akan repeat lagi lepas nie.

    ReplyDelete
  3. Wah! Fenomena kpop pun melanda pizza ke?

    Nampak macam sedap sahaja pizza ni. Dengan segala topping yang ada.

    Tapi ayam tu saya memang gemar la. Selalu makan. Suka rasa bijan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tau pizza baru ni hahaha
      ayam tu pedasss memang rasa ayam korean

      Delete
  4. Sedap yg beef tu walaupun pedassssss.. mmg berbaloi la beli

    ReplyDelete
  5. Fav Marsha samyeang beef....pedas dia memang terangkat. Lepas ni nak order online lagi sebab takut nt xade dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa waktu dia limited je kena order cepat kalau tak nanti tak ada kesempatan nak rasa

      Delete
  6. Sedap ni kalau pedas..hehehe..akak main ckp je padahal akak pun x kuat pedas...looks tempting sgt tu ha..lama dh x makan Dominos pizza

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau akak tak suka pedas sangat boleh la cuba yang ayam dan tuna tu pedas dia biasa je tapi sedap

      Delete
  7. Menu pizza yang terbaru ni memang menggoda selera ana. Walaupun ana tak tahan pedas tapi perasaan nak cuba tu menebal especially ayam haseyo tu. Nk try beli yang super tuesday tu dulu. Tgk tahan ke tak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu beli yang kecil tu dulu nak rasa.kalau sedap baru beli besar.airah nak beli besar terus sebab sedap

      Delete
  8. waa macam sedap je makan resipi baru tu. nak try la nanti gi domino's

    ReplyDelete
  9. banyak entry dah baca tapi tak tersingah-singah dominos. tengok gambar je mampu buat masa ni. sedpanya pizza samyeong tu ada lebihan cheese.. urghhhh mengidam pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum uzu pergi makan dominos pizza baru ni airah pun nak makan lagi je rasanya

      Delete
  10. Suka dengan nama yang deorang bagi. Unik dah Korean sangat. Haha

    ReplyDelete
  11. Ada juga baca pasal dominos ni ramai cakap sedap tapi pedas dia tuh tak menahan

    ReplyDelete
  12. Ciktom tak dapat join event ni sbb anak kecik lagi..huhu..wow nampak sedap pizza hot samyeang..kalau pergi dpt try pizza baru..huhu

    ReplyDelete
  13. sedapnya nampak pizza baru ni..rugi hari tu tak join

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak makan dominos. Lepas ni nak datang sebab nak makan ayam tu hehehehe. Selalu order pizza extravaganza aje. bleh la cuba yang menu baru ni nanti.

    ReplyDelete
  15. Domino ada kat depan rumah Siqah. Selalu tengok iklan tapi tak pernah beli lagi. Teringin nak rasa ayam. Tempting gila tengok!!

    ReplyDelete