Antara kelebihan guna domain ni dari pembacaan I, blog kita lebih selamat. I ada baca cerita-cerita yang blog dipadam sebab apa pun tak pasti tapi disebabkan nama blog kita tu .blogspot jadi sukahati diaorang jela nak padam blog kita.
Url blog kita pun senang orang nak ingat dan boleh la datang lagi sebab nama tu diingati.
www.airahsyahirah.blogspot.com
www.airahsyahirah.com
Bila nama pun dah pendek lebih senang orang nak ingat kan. Kalau nama blog pun dah panjang dan berbelit mungkin agak susah sikit orang nak ingat. I pun jenis malas nak hafal kalau berbelit ni.
Menggunakan domain jugak, lebih tinggi peratus orang nampak blog kita. Ini ada kaitan dengan SEO juga yang I pun belum master lagi. Cuma tahu gitu-gitu je. Contohnya bila orang lain buat carian keyword di mana-mana medium pencarian, blog kita akan lebih menonjol dekat bahagian atas-atas la. I baca banyak jugak perubahan drastik pada trafik blog. I belum merasai lagi sebab masih baru bertukar kepada domain.
Domain juga menunjukkan kita serius dalam berblogging ni. Jadi bila ada duit sikit I pun beli la domain di netkl.com. Senang je nak beli domain rupanya.
Kenapa I beli di netkl? Kebanyakkan review yang I baca, netkl lebih cepat dan pantas. Kalau ada apa-apa masalah pun cepat je pihak netkl balas.
Cara nak beli domain di Netkl
1. Pergi ke website Netkl.
2. Dekat tab atas tu pilih Domain - Buy Domain Only.
3. Untuk categories tu pilih Domain Registration.
4. Tick box sama ada korang nak Netkl daftar domain baru ataupun nak tukar domain korang yang sekarang ni bawah netkl. Sebab I memang tak guna domain pun sebelum ni, I pilih , I want NetKL Network to register a new domain for me.
5. Boleh la check dekat situ juga sama ada domain yang korang nak tu boleh digunakan ataupun tak.
6. Kalau domain tu okay boleh beli. Setahun RM45 sahaja. Kalau nak beli untuk dua tahun ke, tiga tahun ke, berapa banyak tahun pun boleh terus bayar je ikut harga yang telah ditetapkan.
7. Untuk Id Protection atas ni I tak beli pun so I skip je. Boleh terus tekan update cart.
8. Ini untuk caj pembayaran mengikut cara pembayaran yang kita gunakan. Pilih la pembayaran yang kosong caj supaya tak membazir.
9. Atas ni pula kalau korang ada kod diskaun boleh la letak. Kalau tak ada boleh terus checkout.
10. Isi semua detail yang diperlukan. Dah settle boleh tekan complete order.
11. Nanti pihak Netkl akan hantar email untuk confirmation la, invoice pun ada kalau korang nak tengok. Kalau dah settlekan pembayaran boleh terus guna domain korang tu.
I ada jugak google cara nak pasang domain tu sendiri tapi pening ! Ada yang cakap senang je tapi bagi I pening jugak la banyak step dan banyak benda nak buat. Susah sangat I terus email je Netkl minta diaorang yang pasangkan. Cepat je Netkl balas email lengkap sekali dengan harga caj untuk pasang domain. Harga dia cuma RM10 sahaja.
Kalau dah bankin untuk pemasangan domain terus hantar detail bankin beserta alamat email dan password blog nanti diaorang pasangkan. Settle ! Tak payah pening nak pasang sendiri.
Atas tadi I bagi step by step untuk mereka yang nak beli domain melalui Netkl. Senang je caranya tapi kalau nak beli di website lain I tak pasti. Untuk mereka yang baru berjinak dengan domain boleh la kalau nak cuba service dari Netkl.
Kalau tengok gambar I lepas ni masih guna watermark airahsyahirah.blogspot tu nampak sangat gambar dah siap berzaman, entry baru nak update hehe.
Nice sharing. Thanks
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteWah.. baru tahu ni.. terima kasoh atas info
ReplyDeletealamak... baru nak buat. tapi belum sempat lagi nak buat. :( oklah sis senang bila nama blog dah disingkatkan, kan? hehe ada masa boleh buat juga
ReplyDeleteLepas ni boleh la bertukar ke domain juga
Deletehee nnti dh ready kite pun nk tukar domain lahh :D
ReplyDeleteJum bertukar domain juga
Deletebestnya dah ade domain sendiri, ni azam kin tahun depan. tahun ni nak banyyakkan entri dulu. hii
ReplyDeleteHaha sama airah pun nak banyakkan entry berguna juga
DeleteWahhh dah tercapai! Nad pun plan nak pakai domain jugak. Tapi baru je buat payment tengahari tadi hahah. Dah beberapa hari lagi siap lah ni hehe.
ReplyDeleteBestnya yeay cepat setup blog
Deletecustomer service netkl memang terbaik kan?! Happy sangat beli domain dengan diorang. Anyway, tahniah dah ada domain sendiri :D
ReplyDeleteAHa memang service netkl okay hihi thankyou
Deletetahniah. Del pun bercadang juga nak pasang domain. tpi pening tengok kt google. tanya blogger lain pun hurm.. thanks share info sis.
ReplyDeleteAirah pun blur2 juga sebenarnya haha kena rajin cari info
DeleteTahniah, dapat domain baru ni....
ReplyDeleteLooks more pro, more nice..
After having own domain..
Thankyouu
DeleteTahniah. Satu perubahan besar untuk tahun 2018. Semoga terus rajin dan teruskan menulis tanpa jemu.
ReplyDeleteTerima kasih harap lebih rajin la menaip entry
DeleteTahniah dah pakai domain sendiri..mmg bagus utk branding blog and org sng ingat kan..ramai suggest beli domain kt netkl..sng kalau step ni..
ReplyDeleteTerima kasih tu la banyak baca review netkl okay so beli dekat netkl jela
DeleteTahniah... Kita pon agak baru jugak tukar domain. Last year bulan august. Buat dengan netKL jugak. Senang jer ☺
ReplyDeleteWah sama.aha senang je rupanya nak tukar ke domain
DeleteTahniah , sis! Keep on writing. Semoga dengan adanya domain ini nanti akan lebih bersemangat untuk terus menulis.
ReplyDeleteHarap lebih rajin la nak menaip entry lepas ni haha ni pun mood kadang ada kadang tak ada je
DeleteSaya pun pakai Net.KL. Ada share juga macam ni. Excited kan dan seronok dah pakai domain sendiri. Hope lepas ni lebih banyak trafik dan naikkan pageviews. Congrats!
ReplyDeleteTerima kasih dalam usaha kumpul ilmu cara naikkan trafik blog pula
DeleteTahniah dah ada domain sendiri. Haaa...baru la client ramai trust kat platform kita..domain dotcom ni memang menjadi tarikan pada client yang nak beriklan di blog kita..
ReplyDeleteWahhh thankyou info memang harap dapat pergi jauh juga
DeleteEhhh sama lah kita guna NetKl juga hehehehe yakin sikit dan dah lama tukar kepada domain ni nampak lebih yakin dan meyakinkan pelanggan...
ReplyDeleteRamai juga pengguna netkl ni hihi nasib buat pilihan bijak juga
DeleteMemang banyak sebenarnya faedah bertukar ke domain. Lagipun semakin hari semakin banyak blogger sekarang. Domain antara yang memberi keyakinan bahawa kita serius dengan blogging. Apapun salam kenal ya! Saya dah follow blog ni. Jemputlah ke blog saya, hasifhamsyari.com pula! 😃
ReplyDeleteTerima kasih sharing info juga insha Allah dah lama follow blogger hebat
DeletePilih domain amatlah penting untuk blogger, tidak kisahlah pakai platform apa pun domain name akan lebih pendek dan senang di sebut dan dieja.
ReplyDeleteAha macam nama blog kak ruby senang nak ingat lepastu airah pun rajin nak singgah
DeleteHi, welcome to new domain. Kite pun baru jugak tukar ke domain baru ni dalam bulan lepas.
ReplyDeleteWahhh sama jum setup blog cantik2
Deletetq for info..baru berjinak2 jd blogger..byk lg ilmu kena bljar
ReplyDeletesudi2la melawat blog rosa
https://rosapegitravel.blogapot.my
Sama2 belajar airah pun banyak ilmu nak belajar ni
DeleteTahniah ! bagus bila dah ada domain nama sendiri baru nama identiti sendiri. apa pun agak murah juga ya netkl ni,
ReplyDeletei pakai jomhostings untuk 2 tahun 100 + id protection rm30 heee.
wah dah tukar domain.tahniah..welcome to the the club
ReplyDeletenice.. tahniah! aida in shaa Allah one fine day bila ada rezekii nnti ^^
ReplyDeleteTahniah dah ada domain sendiri, kak pun baru tukar domain dan tamplet baru..seronok rasanya dah tukar ke domain
ReplyDeleteAwh congrats on getting your domain! I remember before I got mine, I didn't know where to look- so this would definitely be helpful to those who are currently searching for a way to get theirs :)
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam perkenalan awak. Tahniah diatas pertukaran domain ye. Enjoy for blogging,hehe...Apapun, better beli id protection supaya tiada pihak yang salahguna info kita and incase kalau ada apa-apa nanti, blog dan detail dari segi alamat, no.fon selamat dari orang luar.
ReplyDeleteIka dah ada domain tapi pihak pengurusan ika ni macam slow sikit reply. boleh tak kalau kita nk tukar domain lain? adakah kena buat blog baru? tak boleh ke gantikan je domain ni?
ReplyDelete