Black Knight : The Man Who Guards Me

Hae Ra


Baru je habis tonton kdrama Black Knight : The Man Who Guards Me ni. Antara kdrama yang famous dan ramai jugak orang tonton. I je baru tonton hahaha. I malas sikit nak tunggu setiap episod. Bila dah update semua episod dan semua dah ada subtitle baru I tengok.


Cerita ni mengenai Moon So Hoo, Jung Hae Ra dan Sharon. Tiga orang ni berkait rapat dalam cinta tiga segi. Bagi I cerita ni unik sikit walaupun sebelum ni ada jugak kdrama mengenai mereka yang boleh hidup beratus tahun. Sharon ni hidup 200 tahun tak silap I sebab dosa dia. Dia bunuh So Hoo dan Hae Ra masa dulu dan bila So Hoo dan Hae Ra dilahirkan semula dan berjumpa semula pun Sharon masih ada niat jahat nak pisahkan mereka. 


Bagi I drama ni sweet. Tak ada part yang buat I terlalu stress fikir konflik diaorang hahaha. Banyak jugak part yang buat I berdebar nak tunggu apa la nak jadi lepas ni. I memang prefer tonton drama yang sweet dan tak terlalu banyak benda I nak kena fikir sebab I nak tonton drama sebab nak hilangkan stress bukan tambah stress hahaha. 


I tak nak tulis sinopsis panjang sebab nanti jadi tak best kalau ada yang masih tak menonton lagi. 







Drama ni dilakonkan oleh Kim Rae Won sebagai So Hoo, Shin Se Kyung sebagai Hae ra dan Seo Ji Hae sebagai Sharon/Seo Rin. Sebab Sharon ni dah hidup lama beratus tahun jadi dia ada macam-macam nama la. Lagi satu antara watak penting dalam cinta tiga segi ni ialah Jang Mi Hee atau Baek Hee. Baek Hee ni pun sama jugak dia hidup beratus tahun. Dia la yang tolong Sharon dan ajar macam mana nak hidup lama tanpa ada orang perasan yang diaorang tak tua-tua pun. Diaorang berdua ni jugak kena cari jalan untuk rungkaikan sumpahan tak tua ni.


Yang menariknya drama ni pada awal episod dan akhir boleh tengok pemandangan yang sangat la cantik di Slovenia. Hae Ra bekerja di travel agency so dia berkesempatan la nak pergi Slovenia. Dekat Slovenia la pertama kali dia berjumpa dengan So Hoo bila dah besar. Sebenarnya diaorang dah kenal dari kecil tapi bila besar dah tak kenal. Kalau nak tahu kenapa kena la tonton.


Slovenia


Slovenia


Cerita ni sebanyak dua puluh episod dan ada campuran pada masa kini dan pada masa dahulu sebab diaorang asyik teringat zaman sebelum So Hoo dan Hae Ra dilahirkan semula tu. Ending dia memang lain dari yang lain. Bagi I cerita ni best la I bagi 3 bintang hahhaha cakap best tapi bagi tiga bintang hehhh sebab I pernah tengok cerita lagi best kottt. 


Harap masa I lepas ni banyak la nak mengejar tengok kdrama yang lain. Ini pun I ambil masa yang lama jugak la nak habiskan 20 episod.


Sharon



Part paling I suka bila zoom in muka diaorang dekat macam ni. Flawless gila ! Jealous betul kulit diaorang cantik macam ni sambil fikir bila laa nak dapat kulit tak ada jerawat ke parut ke apa.


Ada tak kdrama best yang lain yang I patut tengok? Tinggalkan tajuk dekat komen box okay.











44 comments

  1. jarang nak tgk kdrama skarang ni takde yg menarik hati..hihi
    kalau nak tgk kdrama yg sweet try tgk drama Fight For My Way, Shopping King Louis takpun The Package. nak tgk drama pendek try tgk Bride in Sneaker, Splash Splash Love or Noble My Love :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fight for my way tu tengok half je haritu hahahha.terima kasihhhhh bagi suggestion nanti airah tengok semua

      Delete
  2. Dah lama xlayan kdrama.tapi cuter nih mcm best je...nti nak cari jugaklah n tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah suka tengok yang cute dan less stress hahaha

      Delete
  3. ramai jugak yg review kata black night ni best. tapi ada lg 2-3 cerita best lain x abes tengok.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Jranv dh layan ceta cmni.. sesekali bgus gak kan nk layan.. anyeay cntik2 la permandangan dlm ceta ni.. ceta pon x lama.. 20 episod je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk relax2 boleh la layan haha aha pemandangan dia semua cantik sangat

      Delete
  5. Lama tak tengok drama korea disebabkan kekangan masa. Ya betul, mommy tengok drama nak feeling. Nak release tension. Hehe kalau drama buat stress macam rugi je tengok.. have fun layan kdrama😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun baru nak mula balik tengok kdrama.lepasni dah busy tak sempat la nak layan

      Delete
  6. I like korean drama... It's great to hv a black knight man to guards around.. feels safe.. haha~

    ReplyDelete
  7. Macam best, emi suka kdrama yg blh hidup beratus tahun bagai, boleh travel ke masa silam, etc. pendek kata mmg suka kdrama yg ada unsur tak logik ni sbb best. lgpun kdrama wpun ada unsur tak logik, dia nampak real dan berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ! airah suka kdrama yang fault start ke apa tah tu dia dari bintang hahahha so cute

      Delete
  8. Tak tau pula sis gemar korean movie. Jessie suka babak Kim Rae Won. Permandangan set pun cantik kan. Lepas no nak cari movie baru. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka sangat hahaha.tengok pelakon dia cantik so jealous.jum layan

      Delete
  9. tak minat drama cintan.Tapi kalo cita misteri kpop ke.. bestt. Seram seram pun,takpe.Boleh layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah suka yang cinta2 macam ni.semua genre la layan

      Delete
  10. Wah macam best je drama ini. Tapi sekarang saya tengah layan I hear You Voice kat One HD.

    Mungkin kena masukkan drama ni dalam list tontonan saya

    ReplyDelete
  11. Akak tak pernah dah tgok Kdrama selepas tengok Winter Sonata dulu..kerjaya akak yang terlalu sibuk buat akak banyak ketinggalan..tgok review ni terus rasa teruja..cantik pemandangan lokasi dalam drama tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lamanya dah kak.tak apa kena buat yang penting dulu.airah pun masa lapang je dapat tengok

      Delete
  12. Ala camne tu best tapi 3 bintang je..haha..banyak pula kdrama cite pasal kelahiran semula kan..bosan lak rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab ada lagi bestt macam goblin tu.aha lebih kurang je jalan cerita dia

      Delete
  13. Time citer ni ditayangkan Mrs. A follow.
    Best suka tengok citer ni.
    Sekarang layan citer The Great Tempter

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh terima kasih suggest nanti airah tengok yang tu pula

      Delete
  14. Tengok drama ni tapi tak habis. Try Good Witch.

    ReplyDelete
  15. Drama ni mmg best kak dah habis tengok byk drama Korea

    ReplyDelete
  16. Nnt nak cr la cerita ni.. tgh cari cerita korea yg bukan cerita cinta sgt mcm she was pretty tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. she was pretty tu besttttt.kdrama banyak yang sweet2

      Delete
  17. kalau cinta tiga segi dan diolah dgn bunuh2 mesti menarik.

    ReplyDelete
  18. lama dah tak layan k drama. macam menarik cerita ni. tapi klu tgk k drama mmg berhantu..takleh stop macam mana tu huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ! kalau boleh sehari tu terus nak habiskan semua episod

      Delete
  19. Ini drama tiap hari tayang di televisi kah? Kayakx asyik banget nontonx. Aktris n aktornya cakep dan cantik ya.

    ReplyDelete
  20. Dah lama tak layan drama korea..eh sebelum2 ni pun jarang layan..masa bujang ye la kot..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu masa bujang memang banyak masa nak layan,dua tiga cerita boleh habis.ni dah kahwin busy

      Delete
  21. Lately ni dah jarang tgok cerita2 Korea ni...x ada masa nak ngadap. Tapi kalau dah start tgok..haaa bersilih ganti le cerita akak tengok sampai tak tido..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun sama dulu2 sanggup tak tidur tak makan ngadap cerita korea hahahha sekarang dah elok sikit

      Delete
  22. Memang tak boleh tahan tengok kulita dia orang, girls or guys semua kulit flawless. K drama is so addictive.

    ReplyDelete