Setakat ni pencuci muka Himalaya memang fav I. I banyak buat review dan mention pencuci muka Himalaya ni dalam kebanyakkan entry penjagaan kulit I. Yang tak baca lagi boleh la baca entry I tu, search je Himalaya Neem face Wash atau Himalaya Clear Complexion dalam search box dekat sidebar okay.
Harini I nak share review salah satu produk dari Himalaya jugak. Neem Face Pack dari Himalaya Herbals. Neem Face Pack ni adalah sejenis mask. Sebenarnya mask ni mask Aiman. I tak pernah nak cuba pun mask ni. I lagi suka guna sheet mask. Lagipun sebelum ni I ada Lush mask of Magnaminty tu kan jadi focus pada satu mask je. Tapi bila I tengok Aiman bukan pakai sangat mask ni, I pun cuba laa.
Produk : Neem Face Pack Himalaya Herbals
Fungsi : Mask
Isi : 150ml/5.3 fl oz
Harga : RM29/30 ++
Harga dia I tak berapa sure berapa RM sebab Aiman yang beli. Harga pada website watsons lebih kurang macam tu la nak dekat rm30 jugak.
Mask ni membantu untuk membersih secara mendalam untuk kulit yang bersih tanpa ada masalah. Dia juga membantu untuk mengurangkan minyak berlebihan ada kulit, membersihkan liang roma dan mengelakkan jerawat timbul.
Atas ni tekstur dan warna mask ni. Tekstur dia macam biasa je dan agak kasar. Dia tak ada biji ke apa tapi agak kasar la. Warna pulak macam hijau pekat coklat macam tu. Bau dia pulak agak kuat dan tak berapa wangi. Macam bau daun-daun. Tapi bagi I bau dia tak mengganggu I pun. Bila pakai memang akan ada bau tapi okay je. Mask ni pun dah nak nyawa nyawa ikan je nak habis dahhh.
Untuk mask ni I suka sebab dia membantu meredakan jerawat I yang nak meletus dah tu. I biasa akan pakai mask ni dua kali seminggu la paling sikit. Bila time dah nak period, jerawat pun dah nak naik, I akan pakai kerap sikit. Memang membantu kulit I dan jerawat I untuk bertenang dari timbul dengan meriah. Lepas pakai kulit rasa bersih, licin dan jerawat I pun macam ok sikit dah boleh bawak bertenang. Dua tiga hari lepas tu jerawat akan kering dan makin pudar.
Bahan utama dia adalah neem ataupun pokok mambu tak silap I, berfungsi sebagai bahan yang membantu membersihkan kulit dan antibacterial properties juga membantu mengawal acne.
Cara I pakai pula cuci muka dengan pencuci muka macam biasa, ambil produk dan ratakan pada muka. Pakai tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Tunggu dalam 10-15 minit sampai kering. Dah kering terus basuh tau jangan tunggu kering dia lama sangat nanti kulit pun terasa kering. Lepastu buat skincare routine macam biasa.
Untuk kulit I, tak ada apa-apa masalah bila pakai mask ni. Semua okay tak ada iritasi ke apa. Kulit pun rasa licin dan bersih. Paling penting jerawat I boleh bertenang. Mask ni sesuai untuk mereka yang kulit normal dan oily. so kulit I combination oily dan normal serta kulit Aiman yang oily sesuai. Kalau korang selalu naik jerawat tapi tak banyak tu boleh la kalau nak cuba mask ni.
Dah banyak baca testimoni produk himalaya nih bagus
ReplyDeleteAirah pun kalau boleh nak cuba semua produk dia hehe
DeleteI memang suka produk Himalaya dari dulu lagi. Most of the product are made from herbs and great benefit for skin.
ReplyDeleteYup that's why most of the products dapat good feedback
Deletenice sharing.. terima kasih.. :)
ReplyDeleteMy pleasure
DeletePadan dengan harga dia, hehe nanti nak try laa
ReplyDeleteCuba laa best tau rasa bersih je kulit
DeleteSuka produk Himalaya..Ema pun pakai pencuci dr Himalaya..supplement utk anak² dan ubat kudis kucing pun pakai jenama Himalaya.. terbaik sangat.
ReplyDeleteBestnya
DeleteTak pernah cuba supplement dia nanti boleh la try jugak
K.Sal suka gak try produk skincare Himalaya sebab kandungannya terdiri daripada herba ...selamat dan tak meragukan
ReplyDeleteSetuju kak sal
DeleteProduk dia guna herba so rasa best nak pakai
Nurul pun guna produk himalaya ni.. memang skincare paling best yang pernah Nurul try ^^
ReplyDeleteyeay sama. memang fav kan himalaya ni sebab berkesan
DeleteMemang product ni popular kan..akak tak pernah guna lagi tapi selalu la nampak orang review..menarik...product berasaskan bahan semulajadi memang menjadi pilihan ramai sekarang...
ReplyDeletenak jaga kulit kena la pilih produk yang berasaskan bahan yang boleh dipercayai
DeleteI'm using himalaya herbal.. but other products... Mayb can try this face pack.. looks good..
ReplyDeleteya you should try this one too
DeleteRamai dah review produk Himalaya. Rata-rata semua bagi feedback yang positif. Memang puas hati dengan Himalaya. Sekarang ni tengah bagi anak consume Bonnisan dari Himalaya. Happy sangat ada perubahan pada anak. Jadi janganlah ragu-ragu guna mana-mana produk Himalaya.
ReplyDeleteairah pun macam nak cuba semua produk yang dia ada sebab nak tengok keberkesanan dia setakat ni semua berfungsi dengan baik
DeleteEl pun ada pakai produk himalaya ni..mmg berkesan.
ReplyDeleteyeay sama
DeleteBV memang suka product himalaya nie terutama face wash dia. sangat sesuai untuk kulit. teringin nak try face pack macam nie. :D
ReplyDeleteairah pun guna face wash dia jugak memang best
Deletehimalaya xpernah mengecewakan, dulupenah pegi new delhi pahtu ape lagi borong brang ni sbb kat sana jauh murah sr Malaysia
ReplyDeletebestnya dapat beli yang murah. airah ada baca jugak orang selalu borong sana then jual kat sini sebab sana lagi murah
DeleteProduk Himalaya selalu dapat feedback positif dan banyak manfaat kan. Produk Himalaya yang Lia dah guna shampoo dan conditioner. Belum pernah cuba lagi Neem Face Pack. Rasanya nak cari satu lepas ni.
ReplyDeletewww.liahasty.com
airah pun tak pernah lagi cuba syampu dia lepas ni nak cuba yang tu pulak la
Deletedah beberapa kali nak cuba tapi nampak posting sure mencari lepas nie, sbb nak yg dr herba jer xada bahan kimia yg lain.
ReplyDeletesenang je nak cari produk himalaya ni banyak dekat drugstore
DeleteTak pernah try produk himalaya . Macam nak cuba la mask ni .
ReplyDeletecuba la.face wash dia pun best
DeleteThanks for sharing, I just got a gift for this product today by a friend, can't wait to try it out now after reading your review.
ReplyDeletewaa bestnya.share with me your review soon
DeleteLama plan nk beli mask ni tp nk tggu yg sedia ada ni habis dulu. Tp pencuci muka memang ana guna himalaya.
ReplyDeletepencuci muka dia pun best kan ana.lepasni boleh la cuba mask pula
DeleteTak tau pulak himalaya ada mask..saya pakai pencuci muka himalaya,so far best sangat..nanti nak try mask ni pulak
ReplyDeletekena cuba la lepas ni sebab face wash dia pun best kan
DeleteTB pun rasa nak cuba produk skincare dari himalaya ni sebab ramai yang kata elok.. untuk masalah kulit macam TB ni.. rasa macam nak try dari range neem .. insyaAllah ada rezeki TB beli
ReplyDeleteaha TB kalau kulit jerawat memang sesuai sangat
DeletepRODUK Himalaya ni memang terbukti bagus. Wife pun guna produk ni lepas deliver anak, syampoo untuk elak rambut gugur..berkesan
ReplyDeleteMacam tertarik pulak nak cuba bila baca entri nie.. ehehe..
ReplyDeleteHimalaya products really good and I have use their neem products. It help to decrease the pimple that grown on my back. But the price quite expensive.
ReplyDeleterasa macam nak cuba pula
ReplyDeleteAkak tak pernah cuba lagi skincare brand himalaya. Tapi kebanyakan review memang best. Nak cuba nanti
ReplyDeleteyang ni fav face mask ! dah setahun guna himalaya ni. huwarggg berbaloi beli guna duit sebdiri hehe
ReplyDeleteI dah pernah Pakai mask no setiap Kali jerawat Naik mesti I Pakai sebab dia Bantu kecutkan jerawat I Yang bertimbun sebelum datang Bulan.. I love this product !
ReplyDeleteIndah pun ada ni, tapi size travel je dapat free beli cleanser. hehe memang best :D
ReplyDeletei think i want to give this a try...I have always heard that the Himalaya brand is one of the best brands when it came to natural ingredients..but have yet to try...
ReplyDeleteI have tried many Himalaya's products and love them all. They'v got good shampoo and supplements also, all are herbal and natural.
ReplyDeletewow, great and amazing blog. I really thank you for giving us better information. I will share this with my friends who needs this. Online Himalaya Herbal Product Supplier
ReplyDelete