Book Review | Dila Mamadil & Titian Cinta by Ridhya Iman




Harini I nak review dua buah buku, satu novel dari Ridhya Iman bertajuk Titian Cinta dan lagi satu Dila Mamadil by Dila Mubarak.


Untuk novel Titian Cinta ni dia ada drama yang di adaptasi dari novel tersebut. Lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah atau Fawa. I memang mengikuti drama tersebut. Kalau terskip pun dalam beberapa episod je hahaha. Memang I dah tau dah jalan cerita dia macam mana. Jadi bila nak baca novel ni, mood I tak ada sebab dah tahu jalan cerita dia. 


I baca kurang dari separuh je. Bagi I novel ni memang best lagi-lagi bila dah tahu rupa watak kita nak bayangkan siapa bila membaca kan. Cuma mungkin lepasni sebelum mengikuti apa-apa drama yang di adaptasi, I kena baca novel atau buku dia dulu. Kalau tak jadi macam ni la I tak baca sampai habis pun sebab lebih kurang je jalan cerita dia dan I memang boleh hafal apa jadi lepas ni.


Bagi yang belum tahu mengenai cerita ni, banyak jugak konflik yang timbul. Bila ada kes/masalah, teruk sangat masalah dia, bila bahagian sweet, sampai pembaca pun tersenyum, tersengih sorang-sorang.  Cerita dia mengenai Aisy dan Harris. Aisy ni bukan kena kahwin paksa la cuma dia rela je sebab tak ada sebab pun dia nak tolak untuk berkahwin dengan Harris sementelah dia memang rapat dengan Nenek Harris.


Timbul masalah bila ada orang yang dengki dengan diaorang sampai Aisy kemalangan, bawa diri ke luar negara dan macam-macam lagi la. Kalau I cerita sampai habis jadi tak best pulak bagi yang belum baca. Bila bahagian Aisy baru balik dari luar negara dan Harris dalam proses memujuk Aisy itu yang sweet.


Kadang-kadang bila baca novel ni banyak jugak I muhasabah diri balik. Macam mana perhubungan I dengan suami sendiri, hubungan dengan Allah. Walaupun ramai berpendapat bila baca novel ni macam banyak berangan, banyak negatif dari positif, bagi I itu terpulang pada individu tersebut. Bila baca novel dan dia dapat banyak pengajaran dan dapat muhasabah diri balik, itu menjadi kesan positif pada dia la. Kalau cuma membaca tanpa ambil pengajaran, baca cuma nak seronok berangan je apa pun tak dapat kan. 


I tak dapat bagi banyak review sangat sebab baca tak habis tapi I suka novel ni sebab jalan cerita dia menarik dan bukan jenis tipikal kena paksa kahwin. Konflik dalaman keluarga dan hubungan kepercayaan dengan kawan pun boleh dijadikan pengajaran dalam novel ni.




Untuk buku Dila Mamadil oleh Dila Mubarak ni I pinjam orang je hehe. Buku ni berbentuk motivasi dan tips berbisnes. Yang tak kenal siapa Dila Mubarak ni dia ialah pengasas produk Mamadil. I pun sebenarnya tak kenal sangat, bila dah baca buku dia baru kenal. Cantik jugak orangnya.


Dalam buku ni menceritakan tentang kehidupan dan proses Dila Mamadil nak membina empayar perniagaan dia. Macam mana cerita dia ditipu oleh kawan untuk berbisnes, jatuh bangun dia nak mula berbisnes, dan tips serta nasihat dari dia. Bila I baca buku ni agak bersemangat juga la nak meneruskan apa yang I sedang buat sekarang. Sebab kalau tak usaha sampai habis tak kan dapat hasilnya kan.


Dalam buku ni juga ada petikan status facebook dari Dila Mamadil ni. Dalam status tu ada pelbagai tips dan nasihat la dari dia untuk mereka yang ingin berbisnes. Dila Mamadil ni jugak antara mereka yang join Sifubads. Macam kelas untuk meningkatkan jualan dalam facebook la lebih kurang tak silap I. Ramai jugak yang join kelas macam ni walaupun tak silap I dulu ada kes mengenai ni.


Bagi I buku ni okay je tak ada la special sangat tapi banyak la info berguna bagi mereka yang nak mulakan bisnes. Buku dia pun tak terlalu tebal. I baca dalam sejam dua macam tu dah boleh habis. Kalau nak cari buku motivasi buku Dila Mamadil oleh Dila Mubarak ni boleh dijadikan pilihan.










2 comments

  1. best kan membaca ni, dapat banyak ilmu baru. kin dah lama tak membaca. rindu pulak zaman dulu-dulu buku tak lekang dr tangan :)

    ReplyDelete
  2. bilalah saya nak start membaca balik. lama betul tinggalkan hobi membaca ni..huhu

    ReplyDelete