Eat & Repeat Cawangan ke-7 Johor Bharu




Restoran yang baru je buka pada 31 March yang lepas. Apa yang specialnya Eat & Repeat ni harga makanan dan minuman adalah tetap iaitu RM 1.90 sahaja setiap menu. Murah kan? Kalau sebelum ni hanya ada cawangan di Shah Alam, Bangi, Kuala Selangor, Senawang, Melaka, dan Kuala Terengganu sahaja, kini orang Johor Bharu pun dah boleh mencuba menu murah dari Eat & Repeat ni.


Eat & Repeat

NO 58 Jalan Padi Emas 4/1,Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
Waktu Operasi : 11 pagi hingga 6 petang


Ikutkan 1 april haritu I dah round kawasan BBU ni awal malam ingat nak cuba, rupanya buka sampai pukul 6 petang je. Senang je nak cari kedai dia, dari jalan raya dah boleh nampak.




Cara nak order, kertas ni disediakan di setiap meja. Pilih je menu dan berapa mangkuk nak.



Menu.


Menu yang disediakan agak banyak juga. Semuanya hanya RM1.90. I pergi nak dekat pukul dua petang. Ramai dah nak beransur balik sebab dah habis waktu lunch kan. Masa I makan tu memang ramai la tunggu meja kosong dekat luar kedai. Kedai dia agak sempit dan meja agak rapat. Cukup untuk lalu je itu pun terlanggar langgar meja kerusi haha.


Disebabkan kedai ni tengah viral sekarang I nasihatkan plan dulu nak pergi pukul berapa sebab orang memang ramai dan meja kerusi tak mencukupi. Dan pesanan juga kalau nak parking depan kedai ni parking la elok-elok -.- jangan parking macam baru dapat lesen ye dah la jalan situ kecil je.




Menu untuk first round. Lapan mangkuk dengan menu pelbagai. Menu dia semua sedap dan cukup rasa. Yang paling I suka laksa, sagu gula melaka, mee kari dan mee rebus. Portion dia boleh tengok macam dalam gambar. Bukan macam portion biasa la. Sikit je tapi boleh tahan. 


First round lapan mangkuk ni untuk dua orang pun dah rasa kenyang. Untuk air I order teh o ais dan aiman kopi ais. Harga air pun sama rm1.90. Cawan dia kecil sikit dari biasa.




Walaupun first round dah kenyang, order juga untuk second round sebab kalau boleh nak rasa semua. Ikutkan nak order sagu gula melaka tu lagi sebab sedap tapi dah habis. Belum pukul tiga petang dah habis jadi rancang la waktu bila awak nak datang ye hahaha. Disebabkan ramai orang juga, servis agak slow. Siapa yang tengah mencari kerja tu boleh la minta kerja dekat Eat & Repeat ni sebab tak silap I tengok dekat facebook diaorang tengah mencari crew.


Semua menu sedap ! Walaupun murah tak ada la rasa makanan dia macam tak cukup bahan ke apa. Cuma portion dia kecilkan. Kalau nak datang boleh la tengok alamat yang I bagi dekat atas tadi.


Facebook : Eat & Repeat Cafe Johor Bharu




24 comments

  1. Lenne suka Eat & Repeat! Apa yg always terjadi is bila order tu bermangkuk-mangkuk tapi tak dapat nak habiskan semua. Membazir je, so sekarang ni bila datang Eat & Repeat lagi kena order sikit-sikit dulu. Kalau tak kenyang, boleh tambah lagi hehehe :D

    Lenne Zulkiflly

    ReplyDelete
  2. Ada kat Shah Alam? Tak pernah dengar kedai ni. Adoi. Macam menarik kedainya. Terpikat dengan portion yang kecil dan harga murah.

    ReplyDelete
  3. Wah memang sesuai lah nama restoren dengan konsep yang diterapkan iaitu Eat & Repeat. Tengok gaya memang kena repeat banyak kali. Yang bagusnya harga semua RM1.90 kira bebrbaloilah harga tuh kan. Kalau repeat banyak kali pun still lagi dikategorikan harga murah tau. Kalau repeat tiga kali berapa je kena bayarkan. Kalau pergi JB lepas nih boleh singgah restoren EAT & REPEAT.

    ReplyDelete
  4. woooo... sedapnya. lama x pegi Bandar uda. Tempat mainan saya masa zaman sekolah dulu. dah berbelas tahun x jejak kaki ke sana.. ingat balik Jkhor ni nak ziarah bbu lah.. dapat ziarah sahabat lama sekali..

    anyways thanks for sharing.. look semua lovely...

    ReplyDelete
  5. amboi.. nama pun Eat & Repeat.. memang suruh datang makan dan repeat datang makan lagi la ni yea.. heee.. harga untuk satu-satu menu tu dalam rm1.90 je semuanya yea.. Sagu Gula melaka tu paling TB terasa nak cuba.. sebab seumur hidup tak pernah makan lagi menu tu.. nyum2.. nampak sedap!

    ReplyDelete
  6. mak aiii..murahnya restoran ni..bagus konsep dia kan..dah macam boat noodles..order sikit2..kalau agak tak cukup boleh order lagi..dan patut diorang adakan jugak hidangan sampingan dalam amount yang macam tu..harga murah dan mampu menarik perhatian pelanggan

    ReplyDelete
  7. Laaaa. .. Dah ada kat Johor. Yang kat KL ni pun belum pernah pegi lagi.
    Nina baru jer balik bercuti kat JB hari tu. Kalau tahu masa pi Legoland , balik tuu boleh singgah sini.

    ReplyDelete
  8. Patut lah kita tengok harga makanan sini RM1.90 rupanya dalam mangkuk yang kecil terkejut gak kita tengok harga murah macam ni. Tapi makanan mesti banyak mangkuk sebab tak kenyang kalau makan satu hehehe..

    ReplyDelete
  9. Wahhhhh !!! Dah sampai ke johor cawangan eat & repeat nie. Selalu makn di cawangan shah alam di seksyen 7 tu je. Viral terus makin pom pom eat n repeat nie yer. Bagus betul.

    ReplyDelete
  10. terkejut juga tengok harga semua RM1.90. Rupanya dalam portion kecik..hehee..tapi okla, walaupun portion sikit, order banyak mesti kenyang. Tengok pun sedap je. Boleh rasa semua..puas hati

    ReplyDelete
  11. Konsep dia lebih kurang macam boat noodles je ye. Makan bermangkuk-mangkuk sebab portion kecik. Tapi kalau dah 3-4 mangkuk kenyang juga jadinya. Bezanya dekat sini lebih banyak pilihan menu.

    ReplyDelete
  12. unik juga ni. makan sikit2 dan boleh rasa semua. cute macam boat noodle

    ReplyDelete
  13. Dah lama tahu pasal eat & repeat.cuma tak berkesempatan nak pergi lagi.. insyaAllah nak rasa juga yg kat shah alam ni

    ReplyDelete
  14. OMG murah yang amat tu..tak tahu ada restoran yang jual makanan dengan harga sebegini, kalau tahu dah lama sis terjah. Tak kisahlah kalau repeat beberapa mangkuk pun sebab still murah kalau nak di bandingkan dengan hidangan biasa

    ReplyDelete
  15. kira mcm cafe thai tu kan konsepnya. tapi bagi liez bagus la.. sbb boleh cuba rasa semua makanan tanpa rasa terlalu kenyang. katanya eat & repeat lagi sedapdr cafe thai tu.. boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  16. Murah ya amat. Berbaloi baloi. Bleh la nak cuba memacam makanan dengan kuantiti macam tu. Elak kan pembaziran. Mereka dah buka di Johor. Yang dj Klang Valley pun ruby belum berkesempatan join. Hahahaha. InsyaAllah soon soon.

    ReplyDelete
  17. I like the concept of eat and repeat, since the portion is small then we'll be able to have more choices instead, can't wait to try this with my family on my next trip to Johor.

    ReplyDelete
  18. Wah bgus ni..sapa2 yg tengah kering poket boleh la makan mat aini. Kenyang tak agak2 kalau makan 2 bowls ni dik?

    ReplyDelete
  19. Wah comel dihidangkan dalam mangkuk kecil. Tapi beruntung sebab dapat merasa pelbagai jenis menu kan. Kalau lapar lagi, order lagi menu tambahan. Harag pun berbaloi dan sama konsep boat noodle dah ni.

    ReplyDelete
  20. Pernah tengoknkedai macam ni Shah Alam tapi x pernah singgah. Untuk certain lauk memang sedap dan berbaloi. Kalau og johor blh carilah kedai ni hehe

    ReplyDelete
  21. Mommy tahu dah kewujudan eat n repeat ni sebab owner dia tu mommy kenal. Tapi belum berkesempatan nak pergi rasa. Yang dekat dengan mommy ni kat Shah Alam

    ReplyDelete
  22. Kapan ya bisa ke restoren EAT & REPEAT di Johor Bahru. Klo lihat reviewx nih pasti enak karena banyak orang berkunjung ke resto ini.

    ReplyDelete
  23. Tak pernah lagi ke Eat&Repeat ni. Nampak macam sedap. Agak-agak berapa mangkuk nak kena makan baru kenyang ni? hehe

    ReplyDelete