Jingga Lepakafe dan Air Kepal Milo Viral



Cafe hunt untuk kali ini di Jingga Lepakafe. Cafe ni betul betul sebelah Coklat Murah Jb. Kawasan yang sama. 


Jingga Lepakcafe
No.2 Jalan Bakti, Kaw Perind Dato’ Onn Johor Bahru
Buka pukul 6.30 petang


Saja je nak cuba makanan dekat sini sebab tengok harga boleh tahan murah. Dekat gambar bawah ni ada gambar menu. Tak sempat nak tangkap semua menu sebab dah lapar ! Nak decide makan dekat mana pun dah ambil masa, nak pilih makanan ambil masa lagi hahaha.





Mula-mula order pasta tapi orang tu cakap pasta kena tunggu lama. Tukar la menu ke chicken chop. Aiman ambil lamb chop.


Chicken Chop.


Grilled Chicken Chop. Ada fries, sayur, jagung dan sos chicken chop. Fries dia sedap ! Salutan tepung tu kot buat dia lebih sedap. Bila cicah sos blackpepper tu lagi sedap sebab sos dia cukup rasa. Tak pedas pun. Cuma sos dia tak cukup. Nak cicah ayam lagi, fries lagi haha.



Lamb chop.


Lamb chop okay je. Sos dan side dish sama je macam chicken chop. Rasa lamb chop pun nice la. Apa yang bestnya cafe ni bagi I harga dia murah. Yang I punya dan Aiman punya murah je. Bawah rm10 kalau tak silap. Kalau silap dalam berbelas je harga dia. Tapi untuk lamb tu ada juga yang kategori mahal. Boleh pilih la ikut menu dia.


Untuk air tak order yang fancy pun. Order teh o sahaja.




Nachos Cheese.


Ini menu ketiga. Nachos dan cheese. Saja order sebab nak rasa macam sedap je ada cheese banyak macam ni kan. Ternyata tak sedap. Makan pun tak habis sebab tak sedap...... Rasa cheese dia tak ada rasa langsung. Jenis cheese pun bukan cheese boleh tarik ke apa. Cheese macam tepung tekstur kasar berderai macam tu. Tak sedap dan tak best. Jangan order yang ni.


Overall untuk makanan dia okay la tak la terlampau sedap tapi boleh telan. Harga pun murah. Persekitaran dia pun best. Parking cukup dan luas. Banyak lampu-lampu macam kedai hipster. Lagu pun best. Kalau nak lepak ramai-ramai dekat sini sesuai la.


Macam I cakap tadi cafe ni sebelah je dengan Coklat Murah JB tu. Sebelum balik singgah la tengok coklat apa yang ada. Ingatkan nak beli air yang best tu. Air Snickers, Mars atau Twix tu tapi dah habis........






Pilihan coklat pun tak berapa banyak. Banyak rak yang dah kosong haha. Harga pun I rasa murah sikit la dari yang jual dekat luar. Itu pun ada beberapa yang sama je harga dengan luar haha. Ada juga beberapa jenama coklat yang I tak kenal tapi ada jual dekat sini. Kalau nak mencari coklat untuk hantaran boleh la beli. Ada yang dah siap bouquet coklat.




Cakap pasal coklat, haritu I sempat juga nak rasa ais kepal milo dan pelbagai perisa lain yang viral tu. Gambar atas ni ais kepal milo ferrero rocher dan ais kepal milo nutella. Yang ferrero rocher tu bukan yang original tau haha macam roka punya tu. Pernah tak rasa coklat roka?


Aiman punya yang nutella tu memang boleh tahan banyak nutella dia bagi. Disebabkan ais kepal tu dia dah siap kepalkan dalam bekas, ais tu dah cair dan tesktur dia dah tak berderai macam ais kepal biasa tu. Dah rasa macam ais keras dia. Agak susah nak makan kena tunggu cair dan kena bertukang ais pulak. Tapi rasa dia sedap la.


Antara kedai ais kepal milo viral dekat Johor Bharu ni.


Ais Kepal Milo JB
No 23 jalan riang 9 taman gembira , JB

Monday-saturday
10am -5.00pm

SUNDAY CLOSED






0 comments