Jus Buah-Buahan dari Origina dan Haus Boom

I memang suka minum air. Sehari wajib minum tiga liter air. Mula-mula tu memang susah sikit nak minum banyak tapi bila dah disiplin, apa sangat tiga liter tu hahaha berlagak sikit. Antara kebaikan minum banyak air ni dapat melancarkan sistem pencernaan. Tak ada la ada masalah sembelit ke apa kan.



Bagi I tak kira la minum air kosong atau air apa pun asalkan minum sebab mungkin sesetengah orang agak susah nak minum air kosong sahaja. Tapi elakkan minum air manis dengan gula yang banyak. Kalau nak cuba minuman yang manis tanpa gula tambahan boleh la cuba minuman favourite I.




Minuman buah-buahan dari ORIGINA. I dah cuba lima perisa atas ni. Semua sedap. Origina ni ada tanda halal tau jadi tak ragu-ragu nak minum. Bila dah ada minuman pek macam ni senang sangat nak minum bila-bila masa je.


Ada perisa Black Tea, Green Tea, Pomegranate Juice, dan lain-lain lagi. Pilihan perisa memang banyak setiap hari boleh tukar-tukar. Banyak sangat pilihan sampai I pun stress nak minum mana satu dulu. Minuman Origina ni pun ada logo Pilihan Lebih Sihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak tahu, air Origina ni tak ada gula tambahan macam sesetengah minuman buah buahan yang ada tambahan gula untuk rasa yang lebih manis. Air dia rasa dari buah-buahan sebenar.


Rasa jus buah dia memang asli dan berkualiti. Rasa manis buah dan bukan manis gula yang terlebih tu. I paling suka Green Tea with Pomegrane. Rasa tea dia memang sedap, tak pahit dan sesuai la kalau nak bagi bebudak pun rasa. 





Jus Buah Origina mengandungi minerals dan vitamins yang sangat diperlukan oleh badan. Kalau nak kulit cantik dan sihat kena la makan banyak buah-buahan kan. Tapi lagi senang dan cepat bila minum je jus dari Origina ni sebab kandungan jus tinggi dengan vitamin C dalam dos yang mencukupi untuk badan.




Packaging untuk minuman Origina ni ada dua saiz. Satu kecil je macam gambar dekat atas ni. Lagi satu lebih panjang macam gambar kedua dalam entry ni. Dua-dua packaging I suka sebab yang kecil tu senang je nak bawak pergi office dan sumbat je dalam beg. Bila nak minum ambil je dari beg.


Yang saiz lebih panjang tu pulak senang jugak nak simpan dalam beg sebab bentuk dia slim je. Isi dalam dia sama je 220ml tapi design pek yang berbeza. Nak susun dalam fridge pun tak makan ruang yang banyak. Nak bawa kemana -mana pun senang. Nak minum pun senang. Buka je penutup dia, terus boleh minum dah jus segar. Tak payah susah nak blend buah untuk buat jus.


Bagi I, minuman ni sangat praktikal untuk dibawa kemana sahaja. Pagi tak sempat breakfast minum jus ni boleh tahan tunggu waktu lunch sebab I memang jarang nak makan breakfast. Tak sempat nak masak pagi-pagi tapi sempat je nak letak satu pek Origina bawak pergi office hihi.


Kombinasi buah untuk menghasilkan pelbagai perisa pun terbaik. Kombinasi dia kena dengan tekak. Macam black tea with apple juice tu I ingat tak sedap laa. Black tea kan. Tapi rupanya sedapppp. Sesuai la untuk semua peringkat umur.




Seterusnya minuman yang setiap kali I lunch ke dinner ke mesti nak minum bersama jugak hahaha, Sparkling Juice Haus Boom ! Rasa dia memang menghilangkan dahaga. Puas bila rasa haus dapat minum jus ni sejuk-sejuk.


Untuk Haus Boom ni dia ada rasa gas sikit. Tak kuat pun rasa gas dia. Perisa pun ada banyak, ada strawberry, laici, blackcurrant dan lain-lain.




Haus Boom ni tidak mengandungi alcohol pun okay tak perlu risau siap ada tanda halal pada botol. Design botol dia pun cantik sesuai kalau nak hidang untuk majlis keraian ke, majlis hari jadi ke, majlis perpisahan ke. Sebab botol ni pun dah boleh jadi salah satu dekorasi meja.





Kalau korang masih mencari minuman yang boleh dihidangkan pada semua lapisan dan peringkat umur boleh la cuba minuman dari Origina dan Haus Boom. Confirm suka sebab rasa dia sedap dan baik untuk kesihatan. Minuman Haus Boom tu pun mempunyai 0 peratus lemak tau.


Bagi yang masih mencari idea apa nak letak dalam bag doorgift wedding nanti boleh la beli minuman dekat atas ni dan masukkan je dalam beg goodies tu. Senang ! Selalu tetamu memang suka kalau dapat goodies minuman dan makanan. Masa I kahwin haritu pun letak makanan dalam goodies bag.



Contohnya guna paperbag macam atas ni dah letak satu pek Origina. Boleh baca Cara DIY Paperbag Orang Kahwin macam dekat atas ni di SINI okay.


Kalau nak beli boleh la check media social dan number di bawah,


Number : 010 7030 692




19 comments

  1. Wow...nampak sedap jer air Origina dan Sparkling Juice Haus Boom tu...memang kena beli online eh..kalau ada kat pasaran kan senang..cantik lah gambar kat atas tu..siap dapat background cendawan tumbuh kat kayu..SA nak skodeng fb diorang jap...

    ReplyDelete
  2. nice packaging dia.
    satu tu ala-ala ribena :)
    aida minat benar dgn jus buah.
    suka beli kan anak2. especially yg pure.

    ReplyDelete
  3. Packaging dia comel.mudah dibawa dan dijadikan door gift ni. Sedapnya dapat minum air buah yg original

    ReplyDelete
  4. nampak smart packaging die senang utk travel

    ReplyDelete
  5. Juice buah original memang sangat oenting untuk di konsumsi agar membuat pencernaan menjadi lancar. Sama dengan mengkonsumsi air putih juga sgt penting

    ReplyDelete
  6. nampak sedap! kalau original tahan berapa lama eh?

    ReplyDelete
  7. Yang Origina tu Rawlins dah try dah. Yang Haus Boom belum lagi. Next try la kot ye.

    ReplyDelete
  8. Have not seen this brand before, I wonder what it taste like they have so many flavours to choose from! Will try it out when I have the chance to do so!

    ReplyDelete
  9. Suka jus buah.. Dua2 size packaging ni mudah dibawa.. Nk msk dlm beg pn ok.. Tq for sharing jus buah origina.. Haus boom tu membuat kn org tgh hausss nk minum je hehe

    ReplyDelete
  10. Bagus juga jus ni sebab takde gula tambahan. Polisi taska kat sini, kalau nak throw a birthday party dekat taska, parents dilarang bekalkan goodies berisi air minuman manis.

    ReplyDelete
  11. Nice packaging.. nnt boleh la cuba cari. Byk jugak flavor pulak tu.. nak try green tea

    ReplyDelete
  12. Origina..ingat Original, hihi...so far onie tak pernah lagi try Haus Boom tu ...tatau rasa dia macamana,hik

    ReplyDelete
  13. belum pernah cuba lagi jenama ni.. kalau sedap mesti ramai akan beli nanti

    ReplyDelete
  14. Origina tu tak pernah try lagi..Hauz Boom dah mula trend-in minuman botol nih. Tak sangka dah pergi jauh brand ni..dimiliki oleh anak muda melayu ni

    ReplyDelete
  15. Saya pun kurang minum air, susah betul nk amal minum air masak bnyk. Sekarang dok batuk dan sakit tekak tak baik2. Bolehla cuba minuman ni sebab kurang gula dan tiada gula tambahan. Btw harga berapa ni ya?

    ReplyDelete
  16. Ruby suka Sparkling Juice Haus Boom perisa Lemonade tu. Kawasan perumahan ni mesti sentiasa kekurangan stok untuk perisa itu. Hehehe. Origina belum lagi cuba. Nanti kalau ada jual dekat kawasan ni, ruby try k.

    ReplyDelete
  17. Sy dah rasa semua perasa haus boom tu. Paling feveret perasa guava. Sedap sangat !! But mereka yg mencari produk bumiputera untuk sparkling juice, haus boom sangat disarankan utk minum

    ReplyDelete
  18. Agree with you that not all like plain water. Can try add the natural flavour. Origina and haus Boom looks good as it dome with different flavour. I use to add lemon or fresh cucumber in my water for refreshing.

    ReplyDelete
  19. Tengok yg packaging dalam plastik tu teringat air2 kat 7E thailand..kebanyakkan diorg buat air dalam packaging mcm tu

    ReplyDelete