Lets Get Messy Contest



Ahad lepas I berkesempatan nak join Pertandingan Let's Get Messy anjuran SDS Bakery & Cafe di Fanpekka Cafe by SDS, Aeon Tebrau. Bila buat pertandingan ni hari ahad memang ramai la orang dan sambutan amat menggalakkan. Pertandingan tu dalam sejam setengah je. Mula pada pukul 2 petang sampai tiga lebih macam tu. Masa I sampai pun orang dah ramai dah.





Macam biasa sebelum pertandingan mesti lah ada sesi pendaftaran. Tengok la gambar masa pendaftaran dekat atas ni memang ramai dan meriah. Sesi pendaftaran memang terbuka dari sebelum hari pertandingan lagi sampai la pertandingan dah nak mula pun masih dibuka. Senang yang tak tahu ada pertandingan sempat la nak join.


Untuk pertandingan Let's Get Messy ni, peserta kena makan Dirty Bun comot dan messy satu muka !




Sebelum pertandingan mula siap ada demo cara nak menang pertandingan ni oleh Ms Janna, blogger terkenal dan beberapa staf SDS dan peserta. Nak menang pun senang je. Makan comot-comot.



Ada tiga kategori dipertandingkan termasuk kategori dewasa. Nak join pun senang je. Beli roti atau apa sahaja produk dari SDS Bakery & Cafe bernilai RM10. lepastu dah boleh join.



Pemenang untuk kategori dewasa. Tengok la muka pemenang so Messy ! Dapat baucer SDS RM100. Banyak kan puas dapat makan dekat SDS ni sebab roti dan cafe dia sedap. Cara undian oleh juri dan orang ramai, tampal sticker dekat apron peserta. Yang paling banyak sticker dia la menang.



Kategori kanak-kanak la paling best nak tengok sebab semua comel gila ! Peserta paling muda umur empat tahun dan paling tua tujuh tahun. Tengok gelagat diaorang pun I dah suka sebab tu folder gambar penuh gambar diaorang je.



Agak-agak siapa menang? atas ni atau bawah ni?




Memang ramai la orang yang join vote untuk kategori kanak-kanak. Tengok apron diaorang penuh dengan sticker vote.


Pemenang kategori kanak-kanak.


Yang paling best, setiap peserta dapat baucer RM30 walaupun tak menang tau. 




Selepas kategori dewasa dan kanak-kanak, yang terakhir ialah kategori terbuka. Semua peringkat umur boleh join. Untuk kategori ini pemenangnya ialahhh...




Messy nyaaa hahaha. Lebih messy, lebih tinggi peluang nak menang.




Last sekali peserta dan orang ramai dihiburkan dengan tarian lima buah lagu dari maskot SDS dan staff. Tarian dia memang best sebab banyak lagu rancak termasuk Baby Shark dan Panama dance. Memang meriah la depan Fanpekka Aeon Tebrau tu. Kalau korang nak tengok tarian maskot SDS yang comel sangat ni boleh pergi dekat instagram I (@shesyeeraa) bahagian instastory highlight, I dah letak dekat situ.


Kalau berminat nak join lebih banyak pertandingan oleh SDS boleh la singgah facebook dan instagram diaorang untuk lebih banyak info dan update.


Official Facebook : @SDS Bakery & Cafe
Official Instagram : @sdsgroups
#sdsgroups #ilovesds #messybun #LetSGetMessy



Nak tahu macam mana rasa Messy Bun ni? Baca review I, di #LetsGetMessy. Messy Bun ni tengah ada promo tau sekarang.

22 comments

  1. waaahhhh ape tu coklat ke,,, memang makan kena sapu kat muka ke camne? hahahah.... nampak macam sedap lak kan... nanti nak cuba la sebab coklat dia buat kita terliur..

    ReplyDelete
  2. Seronok adik-adik tu. Sebab selalu makan comot kena marah kan. Hahaha. Kali ni makan comot dapat hadiah. Barulah mummy happy. Haha

    ReplyDelete
  3. Laaa..diorang ada outlet diorang rupanya.ingat messy bun ni ada jual kat mana- mana..kadang akak tercari2 gak gara2 baca kat blog blogger lain...bila la nak ada kat KL ni...

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya... Seronok tgk event cmni tau.. Rasa confiden mst kne ada kalau tak minta krik krik krik la..hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha..so cute lah muka kanak2 ni semua.. bestnya kalau dapat join..nanti zaza usha2 insta diorang okay =)

    ReplyDelete
  6. ha ha ha pemenang tu makan ke hape? :-)
    Interesting nyer contest ni, airah. Fun!

    ReplyDelete
  7. Seru ya pertandingan Let's Get Messy banyak pesertanya dewasa maupun anak kecil. Paling luci tuh anak kecil hahaa... comelx

    ReplyDelete
  8. Wahhhh meriah betul ye pertandingan sebegini. Mmg messy lh mkn bun coklat tu. Mesti sedap kan. Nampak sedap pulak bun nie

    ReplyDelete
  9. Hahhahaha ni makan sambil tahan malu ni. Tapi tak terlalu pekat coklat roti tu? Nampk sedap giler huhuhu

    ReplyDelete
  10. Memang messy sesuai nama burn messy ni. Mahu tak boleh melawa kalau nak makan sini..hehehe

    ReplyDelete
  11. meriah giler kot..budak-budak tu mesti excited giler..nnt nak cari la messy bun ni

    ReplyDelete
  12. Hahaha...kelakar sunggh...penuh satu muka dengan ceklat, makan ke sental roti tu kat muka tu..hahaha.
    Nanti nak try jugak lah roti ni

    ReplyDelete
  13. Fun dan comel je aktiviti & kontest let get messy ni. Sebab kelakar dan terhibur dengan gelagat semua orang dari kecil hingga lah dewasa. Jarang ada kontest macam ni kan.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  14. Hahahha..coeml nya budak2 makan messy tu..tapi ya la anak kita makan ni pun messy gila..mak dia cover2 ayu lagi..hahah

    ReplyDelete
  15. this really funny but I like the contest. I will definitely try and nothing to be shame. The bread is really good and I have tried it. I miss the taste too.

    ReplyDelete
  16. hahaah nmpak best. btw sedap ke

    ReplyDelete
  17. Haha. Messy sungguh. Nie kalau Rawlins nak makan, kena pakai apron la nampaknya kan. Kalau tak memang hancur lebur penampilan diri. Haha

    ReplyDelete
  18. wow such a cute contest. The kids are so cute looking. nice event

    ReplyDelete
  19. airah tak join sekali ke? hehehe

    ReplyDelete
  20. ala bestnya contest mcm ni. mcm kt korea pulak hahaha XD

    ReplyDelete
  21. ala bestnya contest mcm ni. macam kt korea pulak hahaha the only time u takde rasa malu kalau nak comotkan diri and all XD

    ReplyDelete
  22. alaa kt jb ke.. awl bln 8 boleh terjah sbb ada kt jb hehehe

    ReplyDelete