Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin



Dah lama plan nak cuba Neutrgena moisturizer ni sebab I ada baca banyak review yang moisturizer ni boleh tahan berkesan juga la pada kulit. Moisturizer Neutrogena ni jugak banyak masuk list as best moisturizer dan banyak disyorkan oleh beauty guru.


Produk : Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin
Isi : 118ml
Harga : RM 30++


Apa yang menariknya moisturizer ni dia dah tulis dekat botol tu untuk combination skin. Jadi macam specific untuk combination skin la. Siapa yang ada combination skin macam I juga boleh la cuba moisturizer ni tengok macam mana kesan dia pada kulit korang.


Kulit I combination normal dan oily.




Neutrogena moisturizer ni claim dia boleh membantu untuk jadikan kulit normal semula. Membantu untuk melembapkan kawasan kulit kering dan mengawal kulit berminyak pada kawasan kulit yang berminyak.


Kalau korang jenis kulit kering sahaja I rasa tak cukup kot moisturizer ni. Kena cari yang lebih hydrate. Macam I, kalau malam I suka extra hydrate sebab tu skicare routine malam I lagi panjang dari siang punya. Tapi masa kulit I kering kena aircond, moisturizer ni membantu melembapkan kawasan tersebut. I jenis suka moisturizer yang sticky dan hydrate lebih jadi moisturizer ni macam tak cukup, walaupun sebenarnya cukup je tauuu.


Moisturizer ni jenis lightweight. Ringan pada kulit so tak ada la rasa tak selesa macam ada benda pada kulit muka. Selain tu moisturizer ni tak akan sumbatkan liang pori, alcohol free dan allergy tested which is good sebab kulit I ni kadang-kadang sukahati dia je nak allergic bila.




Packaging - Dia bukan datang dengan botol sahaja tapi ada kotak sekali. Apa yang paling I suka botol dia sebab penutup tu tak payah bukak pun kalau nak guna. Cuma pulas je penutup botol tu then boleh picit untuk keluarkan pelembap. Nak tutup pulas je semula. Boleh refer gambar atas ni dia ada tunjuk pulas ke kiri untuk tutup dan ke kenan untuk keluarkan produk.


Senang nak guna kalau macam ni tak ada la masa nak guna penutup pun terbang ke mana. Penutup botol I semua suka masuk bawah katil buat ape entah bawah tu -.-





Tekstur dia macam cream biasa je tapi bukan cream yang thick tu. Ringan je. Bila sapu pada kulit cepat serap. Untuk kulit I bila dah sapu moisturizer Neutrogena ni tak ada rasa melekit berminyak ke apa. Just nice meresap pada kulit dan ringan macam tak pakai apa-apa tu yang buat I rasa tak puas tu haha.


Bau dia biasa je I tak perasan bau apa... eh tapi dia fragrance free so tak ada pewangi tambahan la cuma bau-bau dari bahan yang digunakan.


Cara I pakai lepas cuci muka terus je pakai moisturizer kalau siang la sebab tak cukup masa nak tempek banyak-banyak. I guna dalam 1 ke 1 setengah pam macam tu. Malam pula I cuci muka, toner, serum, emulsion dan moisturizer Neutrogena. 


Kalau pakai bawah makeup pun I rasa moisturizer ni okay je tak ada buat kulit I cakey ke apa. Sebab tesktur dia mudah meresap.


Bahan dia ialah Water, Cyclomethicone, Cetyl Ethylhexanoate, Glycerin, Cetyl Ricinoleate, Stearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Methyl Methacrylate Glycol Dimethacrylate Crosspolymer, Lysine Carboxymethyl Cysteinate, Lysine Thiazolidine Carboxylate, Tocopherol, Silica, Xanthan Gum, Methylparaben, Propylparaben, Diazolidinyl Urea, Benzalkonium Chloride.


Cyclomethicone - Membantu tekstur moisturizer untuk untuk senang disapu pada kulit dan buat kulit lebih licin dan lembut. Glycerin ni bagus juga sebab membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit. I pun baru lagi nak study bahan-bahan yang ada dalam skincare harap rajin la ye hahaha.



Bagi I, I suka la moisturizer ni. Boleh pakai daily dan harga pun boleh tahan. Cuma kalau nak repeat tu mungkin next time bila I dah cuba semua moisturizer dalam dunia ni haha.








9 comments

  1. RM30++ and 118 ml okay la tu...kira berbaloi la kan. My skin pun jenis kombinasi jugak nanti nak beli la hahaha

    ReplyDelete
  2. sis cuci muka dgn cleanser apa ya?

    ReplyDelete
  3. Sis pernah x share skincare routine sis?kalau belum boleh x sis sharekan kat blog ni.heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni https://www.airahsyahirah.com/2018/04/night-skincare-routine-2018.html , yang latest dan lain-lain boleh search dekat sidebar

      Delete
  4. kalau jenis oily skin and ada jerawat bole ke eh hm sebab dah buntu dah ni nak pakai moisturizer apa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi try la cosmoderm ke wardah ke, garnier pun okay jugak. kena ikut awak jenis suka gel type or cream type lepastu kena try and error juga

      Delete
  5. omg sekarang dah 2021. baru nak berjinak jinak dengan skincare routine hope ada yang reply . kalau pakai yang ni elok ke eh untuk kulit jenis oily and acne hm. bila nak pakai moisturizer jadi buntu dah sebab takot naik jerawat lagi hm nak pakai moisturizer apa lagi pon taktau dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis. Dah lama baru saya balas. Saya bagi review berdasarkan kawan saya punya ya. Dia tak boleh pakai yang ni sbb jadi lebih berminyak. Dia pakai yang ni:
      1) iunik Centellla Calming Gel Cream;
      2) Himalaya Oil-Free Radiance Gel Cream;
      3) Hada Labo Hydrating Snow Dew; dan
      4) Th Ordinary Natural Moisturising Factors.
      Kalau awk dh beli, then that's good. Hehe have a nice day!!

      Delete
  6. Hi nak tanya glycerin produk ni from plant or not?

    ReplyDelete