New Team Member



I nak perkenalkan member baru untuk skincare dan haircare I hahah. Bulan March haritu memang banyak Guardian dan Watsons buat sales. Siapa yang tak sempat grab apa-apa memang rugi tapi tak rugi sangat pun kalau dah ada tak kan nak membazir beli benda tak guna pulak. Watsons dan Guardian memang tempat favourite I. I rasa tempat favourite semua perempuan la. Tak sah kalau tak masuk dua dua ni bila keluar pergi shopping mall.


Jadi sales haritu I sempat la beli pencuci muka baru sebab yang ada ni dah nak habis. Beli sunblock dan hair oil jugak. Sunblock memang kena simpan stok banyak-banyak sebab I baru tersedar betapa pentingnya sunblock kalau tak nak tua sebelum usia. Hair oil tu I terpengaruh sebab Joan Kim, youtuber favourite I suka pakai hair oil ni so nak cuba jugak la best sangat ke hahaha. Sebelum ni I guna minyak kelapa sebagai serum/hair oil untuk lembutkan rambut. Itu pun dah nak habis tinggal lagi sikit je.


Pure Beauty wet tissues pulak untuk stok bila-bila masa je. I memang pengumpul wet tissues sebab senang nak tanggal makeup, senang nak lap tangan busuk lepas makan sambal belacan bila kat luar, senang nak lap apa-apa je lah. Bagi I wet tissues ni kena bawak kemana sahaja I pergi sebab senang nak guna, paket pun kecil je tak susah nak sumbat dalam handbag.


Simple Face Wash - RM 15.++
Lucido-L Hair Oil - RM 16.++
Pure Beauty Wet Tissues - RM 11.++
Sunply Skin Aqua - RM 32.00


Atas ni harga lepas sales kecuali hair oil tu tak ada sales tak silap I. Lepastu I sempat jugak beli dua lipstick Maybelline dengan harga RM 15 dan RM 20. Masa tu maybelline Watsons dan Guardian buat sales best gila harga lipstick dan produk lain pun banyak yang murah. Tapi bila nak beli code lipstick yang I nak memang tak ada laa dah habis. 


Korang nak I buat review produk yang mana dulu?





37 comments

  1. Hair vitamin tu sesuai untuk rambut kering.. kak shaz guna jenis ni. Mmg best..

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah baru nak cuba harap sesuai la dengan rambut

      Delete
  2. review yg sunblock tu dulu. hihi

    ReplyDelete
  3. betul! dulu tak suka nak pakai sunblock tp bila tahu function dia dan tak nak nampak tua sebelum usia mmg wajib la pakai sunblock :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun baru nak mula semula pakai sunblock ni

      Delete
  4. Yes!! SIqah pun suka wet tissues. Guna untuk tanggal mekap je. Please review hair vitamin oil :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan nak guna wet tissues je lagi2 bila dekat luar

      Delete
  5. Comelnya packaging wet tissue tu. Ada berapa helai dalam tu? Ana pun akan make sure Bawa wet tissue dlm beg. Looking forward review on sunply tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna dia cantik kan haha ada 20 helai je sis ana.insha Allah nanti airah buat review

      Delete
  6. Amboi murahnya...akak memang every month terjah Guardian ataupun Watson..kadang time sales diorang tu akak akan terjah hari- hari...harga murah berbaloi- baloi kan...wipes tu kena ada dalam handbag dan memang perlu buat stok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tempat favourite semua perempuan hahaha airah kadang tak ada nak beli apa pun kena masuk jugak drugstore

      Delete
  7. memang byk produk best di watson

    ReplyDelete
  8. woww new team member. Welcome to the club untuk produk-produk tu. harap dia beri kesan tuk sis jadi lebih cantik.. haha best nya ada sale dapat gak rasa beli benda-benda caam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh join kawan-kawan diaorang yang ada dekat rumah ni.

      Delete
  9. Ai pakai wet tissue tu untuk jadikan makeup remover. ok, memuaskan. Tanggal segala makeup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la airah pun baru guna memuaskan untuk tanggalkan makeup

      Delete
  10. hehe actually masa sales guardian tu, ainy pun borong banyak jugak barang. bebetul murah pulak. jadi terus beli banyak2 buat stok kat rumah. hehe. berbelanjalah dengan bijak gituhhh. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan bila ada sales ni kalau nak topup stok dekat rumah.kena jimat

      Delete
  11. Hehehe.. Sama la kita . Pantang nmpk guardians dan watsons mesti masuk beli lagi2 time sales.. Kita suka yg pure beauty wet tissue . Cpt buat haul... Xsbr nk tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sales ni lagi rambang mata nak pilih kan haha okay insha Allah

      Delete
  12. Sunply skin aqua 1st. Haha. Anyway memang mommy suka guardian dan watson. Sebab apa eh? Tengok je macam nak beli macam-macam. Hahaha adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah. hahahah samaaaa suka rambang mata lepastu stress rasa nak beli semua

      Delete
  13. Wah borong kat guardian ye. Bestnya shopping kat guardian. Akak suka. Selamat bermanjakan diri dengan skin & hair care baru yaaa

    ReplyDelete
  14. Banyak nya item yang bagus ni... resonable price also... kan?

    Memang cool ur new team member..

    ReplyDelete
  15. Senang kalau bawak wet tissue tu g memana kan..senang nak g solat n remove make up..review sunblock tu nnt k!

    ReplyDelete
  16. Buat review pure beauty wet tissue tuh boleh tak? Dah lama duk usha wet issue..katanya bagus..

    ReplyDelete
  17. Review hair vitamin oil ... macam menarik ni

    ReplyDelete
  18. selalu tak sempat nak serbu klau watsons & guardian buat sales.

    ReplyDelete
  19. Boleh tahan harga produk ni semua nampak macam murah jer untung orang perempuan ada sale selalu semua produk penjagaan diri mereka...

    ReplyDelete
  20. Hey!! Sep sikit.. Kita pun pakai cleanser simple. Kadang-kadang memang kena mencuba yang baru, baru tahu produk mana paling sesuai

    ReplyDelete
  21. ni antara farmasi yang akk suka terjah...semua ada..in one roof tak payah fikir nak mencari tempat lain hehehe

    ReplyDelete
  22. Nak review hair oil tu plissss sissss...
    Kita tengah cari hair oil jugak ni....
    Hihihi

    ReplyDelete
  23. saya tak pernah beli hair oil. Rambut dah nak habis botak dah ni sebab gugur je. boleh guna hair oil tu kaa. hehe hari tu mmg dlm masa yg smaa gurdian dan watson buat sales ! sempat juga beli bebeapa produk .

    ReplyDelete
  24. woow banyaknya produkk! masyukk

    ReplyDelete
  25. Kalau masuk drugstoe dua beradik ni mesti ada produk baru dekat tangan kan

    ReplyDelete