Dalam tiga minggu lepas jerawat asyik hinggap je dekat muka I. Seminggu tu wajib ada jerawat baru yang nak naik. Lepas satu-satu. Stress juga rasanya bila tengok jerawat ni -.- Walaupun tak banyak tapi lepas satu hilang satu lagi nak naik kau dah kenapa......
I check juga I ada makan apa-apa yang tak sesuai ke. Okay makanan elok je macam biasa tak ada benda baru. Air lebih dua liter setiap hari. Mungkin hormon atau sarung bantal tak tukar kot. Kalau nak betul betul jaga kulit, sarung bantal kalau boleh tukar la dua hari sekali ke. Ini kalau betul-betul nak jaga tau. Kalau nak jaga tipu tipu sikit, seminggu sekali boleh tukar.
Tapi untuk jerawat kali ni I salahkan hormon boleh tak hahaha. Disebabkan I dah lama gila tak beli ubat jerawat, tea tree oil (read review : How I Treat My Acne) yang I selalu guna untuk jerawat tu pun memang dah berzaman habis, I guna Nixoderm Ointment untuk jerawat ni.
Produk : Nixoderm Ointment
Isi : 17.7g
Harga : RM10 ke bawah rm10 macam tu
I beli Nixoderm ni dulu sebab senang nak simpan dalam beg ubat kalau kena gigit dengan nyamuk ke serangga ke. Packaging dia kecil dan comel je so senang nak sumbat celah beg. Dah lama sangat Nixoderm ni tapi tak habis-habis lagi. Nixoderm ni boleh digunakan pada luaran je tau jangan pergi makan ke apa.
Boleh digunakan pada bahagian jerawat, blackhead, gatal-gatal pada kulit, ruam dan lain-lain yang penting untuk luaran sahaja.
Cara untuk menggunakan Nixoderm seperti yang disarankan ialah cuci bahagian yang terlibat dengan air suam dan sabun yang tidak memedihkan. Sapukan Nixoderm rata-rata pada waktu malam dan pagi. Gosok perlahan-lahan.
Cara I pakai pada jerawat pula, I tak buat skincare kalau pakai benda ni pada jerawat. Atau I buat skincare pada bahagian yang tak kena Nixoderm ni. Lepas cuci muka, sapu je pada jerawat.
Rujuk gambar di bawah. I akan pakai Nixoderm ni waktu malam sebelum tidur sebab tekstur dia bukan jenis meresap dan boleh nampak putih putih lagi walaupun dah sapu rata. Jadi kalau tak nak nampak pelik macam ada sesuatu pada kulit, sapu la waktu malam sahaja.
Tekstur dia bagi I ada kasar-kasar sikit. Bukan macam krim biasa yang lembut dan mudah serap tu. Bau dia pun agak kuat dan Aiman memang tak suka hahaha. I tak kisah pasal bau dia. Bau macam mana I tak reti nak explain tapi agak kuat la. Mungkin bau dari precipitated sulphur yang ada dalam ni.
Dalam Nixoderm ni ada active ingredients sebab tu dapat membantu jerawat dan blackhead.
Benzoic Acid 6% berfungsi untuk mengawal ph level dan sebagai pengawet. Salicylic Acid 2.5% digunakan untuk merawat acne dan exfoliant. Kalau cari produk untuk merawat jerawat ke apa boleh la cari yang mengandungi Salicylic acid.
I nak ingatkan bila pakai produk ni akan ada rasa pedih-pedih sikit. Untuk kulit I ada rasa pedih pada sesetengah tempat macam hidung. Pada pipi tak ada rasa sangat. Pedih berangin macam tu. Tapi rasa pedih dia tak lama. Dalam 2-3 minit macam tu tak rasa dah.
Kesan Nixoderm ni pada kulit I, dalam masa semalaman je jerawat I dah kecut. Ada juga yang jerawat tak kecut tapi makin dia nak keluar. Kalau dah kecut tu bagus la, kalau yang makin dia nak keluar I biar je dia keluar tapi setiap malam memang akan sapu.
I baca juga ada yang bagitahu Nixoderm ni tinggalkan parut jerawat. Bagi jerawat I, ada yang tinggalkan parut dalam seminggu macam tu baru pudar, ada yang dua tiga hari je dah hilang dah kesan jerawat ke apa. I rasa semuanya bergantung pada jenis kulit, jenis jerawat dan cara awak nak rawat jerawat ke parut tu.
Kalau ada parut pakai la produk yang dapat pudarkan parut. I cuma teruskan skincare routine I macam biasa nanti lama-lama dia pudar la. Semuanya kena tengok feedback kulit sendiri sebab kulit orang semua tak sama, pakai produk pun lain-lain. Kena cuba dulu tapi kena la juga ambil berat bahan yang digunakan sesuai atau tak.
I suka Nixoderm ni sebab multipurpose. Boleh guna bila-bila masa dan senang nak simpan. Bawak travel pun senang. Lepas dah habis ni I akan beli lagi dan simpan stok. Kalau dah cuba macam jenis ubat jerawat dan macam tak best boleh la cuba Nixoderm pula. Harga dia pun murah sangat.
Pros
- Bekas kecil senang bawa
- berkesan untuk jerawat
- Multipurpose
- Murah
- Senang cari
Cons
- Bau tak sedap
- Tak serap sangat pada kulit so nampak putih-putih
nampak menarik.. in shaa Allah akan try jugak nnti...
ReplyDeleteAerill Hassan
kalau ada jerawat or ruam boleh la cuba nanti
DeleteAaaa Nixoderm... Mmg sy ngan besfren saya sukaaa... Kdg itchy sbb infection pon gatai letak. Diampunya tindak balas tuuu 😂
ReplyDeleteproduk ni sesuai untuk semua kan kalau ada gatal2 pun boleh try sesuai simpan je dalam beg
DeleteKita pun pakai Nixoderm ni untuk jerawat! Kita sapu malam sebab "ketidakserapan" dia tu. Bangun esok, jerawat kecut dah.
ReplyDeletehahahah aha nanti ada nampak putih lagipun airah memang suka buat acne treatment waktu malam
DeleteTak serap? Nampak berbelak la ekk?
ReplyDeleteTapi takpe. Janji mujarab utk jerawat.
ada kesan putih2 macam tu je
DeleteWah terbaik la produk sebegini.
ReplyDeleteMudah kalau naik jerawat boleh pakai terus.
Bolehlah pakai buat remaja yang tengah merembes hormon tu
betul tu salah satu produk untuk merawat jerawat
Deleteskrg ni mcm2 ubat jerawat ada. yg pasto produk digunakan tidak bahaya dan selamat. kak no jerawat susah nak mai. kalau ada tampal kentang jer.. 😄
ReplyDeletewah home remedy ni.firsttime dengar
DeleteBoleh la Rawlins cuba untuk parut-parut kat badan kan. Ada juga terbaca testimoni yang ianya boleh membantu mengurangkan kesan parut. Hehe. TQ sharing info nie.
ReplyDeletewah banyak jugak function dia kan.airah kalau parut jerawat baru tu guna jugak yang ni
DeletePernah gak pakai ni..tapi bila da jerawat tu kecut..kulit kt bahagian tu pulak jadi kering kontang..pastu kena rawat pulak kulit yg kering tu..hihi..maybe kurang sesuai dengan kulit i kot
ReplyDeleteaha produk yang merawat jerawat ni biasa buat kulit kering jugak. kena topup dengan moisturizer, serum semua tu
DeleteKawan saya pakai nicoderm nie dan hasilnya mmg memberangsangkan. Jerawat kecut dlm masa yg singkat. Definitely sangat di sarankan utk guna
ReplyDeleteOhhh begitu tipsnyaaa. Nanti bleh cuba. Kadang ada jerawat yang sering tumbuh di lokasi sama. Geram betul.
ReplyDeleteMacam best je produk ni. Nanti bolehlah beli satu cuba kat anak yang ada jerawat penuh kat muka dia. Terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteAh, this product is new to me. I use oxy more if got pimple. It dry faster. Next time I can try this product. The only thing I don't like is it left a white cream on the skin.
ReplyDeletePdoduct yg lama bertahan.. luez tak pernah guna tapi ramai kwn2 yg guna.. even diaorg bawa bila g hiking
ReplyDeleteeh macam bagus je! dekat mana lagi ye ada jual
ReplyDeletedekat drugstore ada. watsons, guardian, farmasi pun mesti ada
DeleteKat watson rm19.90 harga dia.. Agak mahal tapi berbaloi,jerawat sy kecut alhamdulilahh tinggal parut je skg
DeleteWah bagus produk ni. Boleh cuba ni kalau ada masalah jerawat. Kalau kt badan ok x?
ReplyDeleteboleh ! kalau ada ruam ruam pun boleh pakai
DeleteSo macam mana sis, berkesan dalam masa beberapa hari? Ada jugak jerawat kecik-kecik ni.
ReplyDeletesehari je dah kecut. kalau nak totally hilang tu maybe tiga hari. bergantung jugak pada kulit masing-masing dan skincare routine
DeleteNever heard about this product before. Tapi kalau berkesan, it wouldn't be a harm for me to try rasanya. Thanks for sharing😉
ReplyDeleteMommy buat masa ni biarkan je jerawat tu. Kemudian berparut. Amik masa nak hilang. Haha mommy penakut nak guna produk
ReplyDeletenanti nak try lah kalau jumpa!
ReplyDeleteThis brand and product has been around for many years. Its still going strong! all the best
ReplyDeleteDkt mna ad jual prdk ni😁
ReplyDeletedrugstore macam watsons, guardian ada. farmasi pun ada
DeleteProduct dr zaman kecik pakai sebab gatal and ruam. Bila dah remaja tumbuh pla jerawat baru tahu function ubat ni selain untuk ruam😂
ReplyDeleteairah pun ada try untuk ruam gatal haritu memang selesa rasa lepas pakai
ReplyDeletePakai ni pada tempat yang ada jerawat ke. Atau seluruh muka
ReplyDeleteuntuk jerawat mmg ok ke? sebab x thu lh nk pkai ape ..hihi
ReplyDeleteKalau untuk jerawat pasir ok keee kt dahi
ReplyDeleteKalau untuk jerawat pasir ke kt dahi ok ke boleh hilang x
ReplyDeleteBoleh hilang.. Untuk jeragat, utk panau pun boleh.. Saya guna
Deletekalau sapu kt muka utk jd night cream okay tk eak ��
ReplyDeleteTak sesuai. Dia untuk kawasan bermasalah je
Deleteboleh guna untuk exzema tak?
ReplyDeletetak pasti sebab saya tak ada eczema
Deleteboleh guna untuk exzema tak?
ReplyDeletekalau muka gatal2 boleh letak dok.dah naik biji kecil2 niii.stressss
ReplyDeleteBoleh cuba. Bergantung pada kulit masing-masing
DeleteBeli kat mne sis?
ReplyDeleteDrugstore ada. Guardian ada
ReplyDeleteNak tnya kalau kita nak Pakai ni malam. First cleanser, toner pstu Bru sapu nixoderm ni ke
ReplyDeletekat mana jual bnda ni
ReplyDelete