Novel Review | Hero Seorang Cinderella by Anjell



Review novel kali ini hasil penulisan Anjell bertajuk Hero Seorang Cinderella. Antara novel yang I sangat enjoy je baca. Kalau nak tahu kenapa kena baca sampai habis. Untuk novel ni ada diadaptasi kan dalam bentuk drama lakonan Fattah Amin dan Fazura.


Tak silap I masa drama ni la diaorang berkenalan dan bercinta dan sekarang dah kahwin dah pun. I suka gila tengok majlis perkahwinan diaorang berdua ni. Sempurna dari a-z. Baju persalinan cantik, pelamin cantik, orang nya pun cantik je sedap mata memandang hahaha.


Novel : Hero Seorang Cinderella
Muka surat : 704 
Karya : Anjell


Okay berbalik kepada novel Hero Seorang Cinderella ni I ambil masa dalam tiga hari jugak nak habiskan. I tak macam dulu dah novel setebal mana pun sekali hadap je dah habis. Lepas spm dulu la paling best nak khatam novel. Dari pagi sampai malam. Baca novel je dah kenyang sebab tu kurus je kot dulu. Sekarang ni gemuk T.T


Sekarang ni nak membaca novel kena curi masa. Tak dapat dah sekali hadap haha.


Sinopsis cerita ni ala-ala cerita cinderella sikit. Nura Medina yang terpaksa duduk sebumbung dengan mak tiri dan kakak tiri yang jahat, suka membuli. Ayah dia pula macam tak ambil kisah sangat pasal dia sebab konflik dengan ibu Medina ni dulu. Bab ayah dengan ibu Medina ni memang best jalan cerita dia. Tak sangka I bila baca part ni hihi sengaja tak nak bagitau nanti tak surprise.


I tak pasti sama ada jalan cerita novel dan drama sama, lebih kurang ataupun ada yang diubah tapi lepas baca novel ni serius tak sabar nak tengok drama pula.


Masa Medina ni ada konflik dengan keluarga dia la, Tengku Ian datang menghulurkan bantuan. Bantuan dalam kesempitan. Novel ni sangat sweet lagi-lagi bila I bayangkan Medina tu Fazura dan Tengku Ian sebagai Fattah Amin. Selalu baca novel tak tau nak bayangkan muka siapa haha.Watak sampingan dalam novel pun membantu sangat nak hidupkan cerita.


Jalan cerita dia simple. Konflik dalam ni pun tak terlampau stress. Memang enjoy je membaca. Kadang I menangis jugak bila part sedih tu, bila bahagian yang sweet tersengih sorang-sorang. Kiranya novel ni sesuai la dengan jiwa I bila I boleh mendalami sampai begitu sekali, sampai nangis-nangis sesorang. Atau I yang cengeng? ahaha


Watak Medina pun I suka. Kadang-kadang macam ganas sangat, kadang tu lembut je. Disebabkan keadaan sekeliling yang membuatkan perangai dia jadi keras.


Banyak jugak pengajaran yang I boleh dapat dalam novel ni. Macam biasa semangat setiakawan tu memang akan ada dalam setiap novel. Kena sentiasa percaya dengan pasangan masing-masing dan sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling. Kita tak tahu ada orang yang dengki ataupun berniat jahat dengan kita. Kalau setakat dengki biasa tu tak apa, tapi kalau dah sampai menyakiti tu bahaya.


I bagi novel ni empat bintang. Peminat novel kena baca.
















22 comments

  1. lagi suka layan novel dia dari tgk drama..hihi

    ReplyDelete
  2. Teringat pula kat Fattzura. Hihi.

    Nway, jemput join Giveaway Siqah pulak ye :D

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  3. lebih kurang dengan drama tapi bab sweet tu memang gedik habis sebab chemistry fattzura memang menjadi

    ReplyDelete
  4. Dah tengok cerita dia dulu, sebab tu dah tak cari novel. Hihi. Maklumlah fenomena Fattzura masa tu..
    Sekarang kekangan masa nak baca novel-novel..

    ReplyDelete
  5. iye la. tak di sangka dari lakonan terus menjadik kenyataan.
    harap mereka bahagia, anak ramai, hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  6. Drama HSC lebih kurang sama je ke ngan novel dia ?? Tak pernah baca novel dia. Tapi tak pernah miss tengok drama HCS. Best gila. Suka tengok gandingan FattZura. :)

    ReplyDelete
  7. Ala kita ni bukan kaki novel tapi kalau tengok drama adaptasi novel kita tahu hehehehehe

    ReplyDelete
  8. Drama dia kita layan. Nampak sweet sangat Fazura dalam tu. Nyampah dengan Zizie + Uqasha. Dalam citer tu lah. Actually ada juga novel ni. Jenuh juga nak menghabiskannya. Tebal tu. Hehe

    ReplyDelete
  9. Ala..tak puas pula baca ulasan. Bella dah la mmg bukan kaki novel sb nk baca 1 chapter tak taula bola boleh habis. Drama pun kita tak tgk. Lost kejap. Usha drama lah sb dah lebih kurang mcm novel. Hehe

    ReplyDelete
  10. Dulu memang rajin sangat baca buku tapi semenjak masuk universiti sampailah bekerja sekarang memang tak ada masa dah. Rindu nak membaca. Kena jugalah curi masa ni. Hihi.

    ReplyDelete
  11. dulu saya ada kolwksi kecik novel
    lama2. suka beli dan baca. lg2 novel
    cinta. tapi lepas hilang minat simpan
    lama anai2 pula yg baca. hehehe

    love this drama.. tapi kalau baca novel
    feeling dia lain

    ReplyDelete
  12. Boleh suggestkan novel nie pada kakak sy. Sebab dia peminat novel. Nampak menarik juga jalan cerita novel nie. To sy x minat lah cerita2 cinta

    ReplyDelete
  13. Tengok drama pun dah best apa ntah lagi novel. Samalah dulu nobel tebal dalan masa sehari boleh habiskan. Sekarang nih makan masa betul nak habiskan novel tau

    ReplyDelete
  14. Oohh akak suka baca novel, kalau bagi choice nengok movie atau baca buku, I will def pilih baca buku, macam puas gitu hihi

    Perniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

    ReplyDelete
  15. Dah tengok fattzura, tak lalu nak baca novel dah. Bersemut. Sampai ke jinjang pelamin tau. Hehehe. Happy semua peminat bila tengok mereka. Nura Medina lakonan fazura sampai tudung shawl Ariani tu pun ruby beli. Penangan novel dijadikan drama bersiri. Haha

    ReplyDelete
  16. Saya sendiri memang x suka baca novel. Tak tahu kenapa. Dulu Duba jugak nak baca. X sampai 2 muka muka dah tido. Haha. Btw nice sharing

    ReplyDelete
  17. Dulu masa sekolah memang rajin baca novel. Sekarang mak anak dua, tak sempat dah baca novel. Baca blog je. Suka gak tengok fattah amin, dan fazura..sweet couple

    ReplyDelete
  18. Sama la.. dulu novel tebal macam nie.. sehari dua boleh habiskan... Sekarang nie, banyak buku / novel bertahun tak habis2...

    ReplyDelete
  19. Tengok drama hero seorang Cinderella best. bila dah selalu sangat buli, terus diri jadi kebal dan lali. Tapi bagus, dia tak lah sejenis baik, berdiam diri. Paling suka tengok bila dia balas balik apa orang buat kat dia. Haha

    ReplyDelete
  20. hehe.. 1st novel yang menggabungkan Fattah dan fazura dalam drama dan akhirnya berkahwin dalam dunia realiti.. aduii.. sweet bersemut deme ni kan.. moga kekal sweet till jannah.. tak mustahil kan.. doakan diorang.. eh.. citer pasal novel.. TB terasa teringin pulak nak baca novel ni.. nak tengok jalan cerita sama ke tak

    ReplyDelete
  21. Dah lama tak baca novel ni..Jenuuh gk nak habiskan satu novel ni kan..tapi hari tu layan gak la drama Hero Seorang Cinderella ni..drama dgn jalan citer novel tak sama ek?

    ReplyDelete
  22. too bad i don't read novel as i prefer more on motivation and learning type. howeveri wish to read more in conclusion here... lolz.. it seems like nice story there..

    ReplyDelete