Magic Jelly. Protect, Repair, Enhance

Kecantikan memang tak dapat dipisahkan dengan perempuan. Bukan perempuan sahaja, lelaki pun dah mula ambil langkah drastik untuk menjaga penampilan diri. Yang paling dititikberatkan mesti la kecantikan kulit muka. 


Pernah tak rasa kulit macam kering, kusam dan masa tu jugak la jerawat nak naik. Bak sudah jatuh ditimpa tangga. Masa tu la semua benda nak jadi pada kulit, semua benda berlumba-lumba nak hinggap pada kulit muka ni hahaha. I pun sama. Masa tu la kulit mengelupas sebab kering, masa tu jugak jerawat nak naik ! Geram je.





Sekarang dah tak risau dah semua benda nak serang dalam satu masa sebab dah ada stok Lovera Magic Jelly. Bagi yang tak tahu lagi, Lovera Magic Jelly ni adalah produk ajaib serbaguna. Banyak yang boleh dirawat dengan hanya satu produk. 


Bukan itu sahaja, Magic Jelly ni boleh digunakan untuk satu badan. Tak terhad hanya pada muka sahaja. Jadi bagi I dah jimat dah dekat situ sebab tak payah nak guna banyak produk. Beli sebotol ni je dah boleh guna untuk macam-macam benda.



Magic Jelly boleh digunakan sebagai :
 - Face moisturizer
- Mengecutkan jerawat
- Serum rambut
- Melebatkan dan memanjangkan bulu mata
- Pelembap bibir
- Makeup primer
- After shave gel
- Menghilangkan parut
- Penyegar wajah
- Sunburn gel
- Ruam pada badan bayi
- Lotion Badan
- Makeup remover



Dan banyak lagi la manfaat lain yang boleh diperolehi dalam hanya satu botol sahaja. Sebab tu I dah tak risau kalau kulit kering dan ada jerawat tambah lagi dengan merah-merah allergic, boleh je sapu Magic Jelly sebab berguna untuk semua masalah. Kenapa banyak sangat manfaat dia? Kalau nak tahu Magic Jelly ni mengandungi glycerin yang dapat melembapkan kulit dan membentuk lapisan perlindungan menghalang dari kehilangan lembapan pada kulit. Sebab tu Magic Jelly boleh digunakan sebagai pelembap dan sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja. 


Bila kulit terasa kering tu pakai je terus Magic Jelly. Selain itu, Magic Jelly mengandungi Aloe yang dah beribu tahun digunakan untuk pelbagai fungsi. Aloe sebagai anti radang dapat membantu kalau ada jerawat yang merah dan sakit tu, supaya jerawat tu boleh bertenang. 





Magic Jelly Lovera ni ada kelulusan KKM dan harga pun berbaloi dengan kualiti dan manfaat yang ada pada produk ni. Selain itu, Magic Jelly ni halal tanpa ada bahan berunsurkan haiwan. Hanya bahan semulajadi digunakan. Jadi tak perlu risau nak beli dan guna Magic Jelly.



- Tiada bahan kimia terlarang
- Tiada paraben
- Tiada pewarna tiruan
- Tiada mercury
- Tiada steriod
- Tidak menghakis kulit 
- Tiada kesan sampingan



Boleh tengok ribuan #MagicJellyTestimonials di facebook ataupun instagram okay. Packaging dia dari plastik jadi tak risau terjatuh ke tak mudah pecah. Botol kalis cahaya matahari yang melindungi kandungan gel di dalam supaya komposisi kimia tidak berubah apabila terkena haba dan akan memberi kesan kepada pemakai.


I suka packaging jenis pump macam ni. Senang nak ambil produk dan lebih bersih. Botol dia pun tak kecil sangat tapi masih muat nak letak dalam handbag tanpa tambahan beban berkilo-kilo hahaha. Senang juga nak selit celah mana-mana.










Cara penggunaan Magic Jelly pun senang je. Bergantung pada tujuan penggunaan produk ni. Kalau I suka pakai sebagai pelembap lagi-lagi pada tangan sebab kerja dalam aircond lama sangat, kulit pun rasa kering dan tak selesa. Memang berguna sangat. Selalu I akan basuh tangan dan sabun dulu, kemudian keringkan tangan dan sapu je Magic Jelly ni.


Kalau nak jadikan sebagai pelembap picit je produk pada tangan. Dalam satu pump pun dah cukup untuk satu muka. Kemudian sapu rata pada muka. Urut sikit bagi produk serap dengan cepat. Bagi kulit I, produk ni serap cepat ! Tak leceh nak tunggu kering.


Kalau ada jerawat pun boleh sapu lebih sikit pada jerawat ataupun parut. Bila malam boleh pakai lebih sikit sebab proses untuk pembaikan kulit dan pertumbuhan semula sel pada waktu malam ni lebih cepat.  Jadi bila bangun pagi esok boleh la merasa kulit lembut dan lembap. Nak sapu pada bulu mata pun boleh untuk melebatkan dan memanjangkan bulu mata.


Untuk rambut pula boleh dijadikan sebagai serum rambut. Rambut akan lebih lembut dan mudah diurus. Caranya lepas cuci rambut, masa basah-basah sikit tu sapu je Magic Jelly ni. Tak perlu bilas.





Tekstur Magic Jelly ni macam gel. Cepat serap dan tak ada bau wangi yang kuat. Bau dia lembut je. Kalau tak dekatkan pada hidung, tak perasan pun ada bau. Boleh la beli Magic Jelly untuk pelbagai kegunaan kecantikan mahupun rawatan. Bagi yang ingin mencuba produk ini, bolehlah mendapatkannya dengan harga seperti berikut :-

Produk : Lovera Magic Jelly
Isi : 60ml
Harga : RM70





Dekat mana nak beli? Boleh check media social Lovera Malaysia di


Instagram : @LoveraMalaysia
FB : Lovera Malaysia
Website : www.Lovera.com.my
e-Mail : hello.lovera@gmail.com
Hotline : +6011 3234 8255



11 comments

  1. Produk yang bagus sekarang untuk orang perempuan mudah bagi menjaga kecantikan kalau tak pandai jaga tak tahu lah hehehehe....

    ReplyDelete
  2. Banyak kelebihan dan ke baikkan produk ini....bonda pun rasa ingin mencuba produk lovers malaysia ini...pasti ramai yg sudah mencubanya dan merasakan banyak perubahan struktur kulit..

    ReplyDelete
  3. Hebat sungguh produk kecantikkan ini..banyak kelebihan dan keistimewaannya...pasti ramai yg sudah mengetahui produk Lovera Malaysia ini...bonda juga ingin mencubanya...

    ReplyDelete
  4. Ana dah guna LOVERA ni. Memang best sangat. Macam-macam boleh guna. Selalunya ana guna sebagai moisturizer muka. Kulit pun jadi lembap dan sihat. Kalau untuk syafi ana jadikan minyak rambut. Jadi wangi rambut dia lepas tu.

    ReplyDelete
  5. cam best yer magic jelly ni. 1 botol ada macam-macam kegunaan. Berbaloi beli satu ni.

    ReplyDelete
  6. memang best pakai magic jelly ni..pakai pagi, sebelum tidur. pakai sebelum makeup pun ok..bagus kan satu botol boleh buat untuk semua

    ReplyDelete
  7. Wow, I love an all-in-one product like this Magic Jelly. Price also looks friendly. Will get a bottle for myself. Thanks for the recommendation.

    ReplyDelete
  8. This is nicea. I just hope that I could grab this in our local beauty store. Awesome review.

    ReplyDelete
  9. I like looking at and I think this website got some really useful stuff on it!

    ReplyDelete
  10. Hi, i believe that i noticed you visited my website so
    i came to return the desire?.I am trying to find things to enhance my web site!I suppose
    its ok to use a few of your concepts!!

    ReplyDelete