SIMPLE Cleansing Oil

Apa itu double cleansing? Dari apa yang I faham melalui pembacaan I, double cleansing ni penggunaan dua cleanser dari jenis yang berbeza. Cleanser tu pencuci muka la kan. Jadi guna dua jenis pencuci muka untuk bersihkan muka dari segala kotoran.


Dua jenis tu pulak tak kisah la dari jenis oil atau balm ataupun water based yang macam pencuci muka biasa tu. Tapi yang selalu dipraktikkan , langkah pertama guna pencuci muka jenis oil atau balm dan langkah kedua baru guna water based cleanser sama ada jenis gel, foam atau lain-lain.


Kepentingan double cleansing untuk kulit muka pula untuk mencuci kotoran lebih mendalam. Tambahan lagi kalau yang jenis suka makeup tebal tu memang digalakkan buat double cleansing supaya segala makeup tak tertinggal pada kulit. Jadi kulit lebih bersih.


Kalau pakai sunscreen atau sunblock pun wajib buat double cleansing sebab pencuci muka biasa tak menanggalkan kesemua sunscreen tersebut.


Double cleansing ni tak wajib pun sebenarnya tapi bagi I jadi wajib bila pakai makeup tebal dan pakai sunscreen. Memang nak cuci betul-betul hilangkan semua pada kulit muka. Kalau kulit I terdedah dengan udara luar terlalu lama pun, balik rumah I akan buat double cleansing.





Jadi harini I nak buat review untuk cleansing oil pertama yang I guna. Sejak buat double cleansing, ni la produk pertama yang I baru nak pakai haha. Sebelum ni tak berapa kisah pun.


Produk : Simple Hydrating Cleansing Oil
Isi : 125ml
Harga : RM30++


Produk ni senang je nak dapat di drugstore. Boleh check Watsons, Guardian, Caring atau farmasi lain. Harga pun berbeza-beza jadi kalau nak jimat compare harga dulu. 


I dah guna cleansing Oil Simple ni lama juga la dari masa dia baru nak keluar di pasaran tapi tak habis-habis lagi walaupun dah guna banyak kali.





Apa yang I suka mengenai cleansing oil Simple ni, dia tak pedihkan mata langsung kalau nak guna oil cleansing ni pada bahagian mata. I ada baca review sesetengah oil cleansing pedihkan mata tapi brand Simple ni tak. I tak pernah lagi cuba oil cleansing jenama lain jadi susah sikit nak buat perbandingan.


Bila nak pakai pun tak ada la rasa over berminyak pun. Just nice. Tekstur oil pun tak terlalu pekat macam minyak kelapa.


Dekat packaging ada tulis untuk dissolves makeup dan no greasy residue. I memang wajib pakai oil cleansing ni bila makeup. Kalau rasa makeup tak heavy sangat I akan guna terus oil cleansing ni. Bila makeup heavy siap eyeshadow, blusher semua, kalau rajin I akan guna makeup remover dulu untuk buang makeup, kemudian baru guna oil cleansing. Step macam ni tak selalu la sangat buat sebab tak selalu pun makeup heavy haha.


I akan guna dalam lima drop oil ni. Dekat packaging tulis guna 2-3 drops je tapi I rasa macam tak cukup so I guna je ikut hati sendiri. Semua nya bergantung pada jenis kulit masing-masing okay. Dah tuang oil dekat tangan, sapu pada muka dan urut. I selalu buat urutan secara menaik ke atas, mula dari bahagian leher dan dagu.


Lepas dah habis urut dan rasa tak ada makeup yang tertinggal lagi boleh la cuci dengan air suam atau air biasa. I biasa guna air biasa je tak ada masa nak sediakan air suam hahaha. 


Walaupun tak guna air suam, I rasa tak ada la kesan berminyak dia tu macam merimaskan atau terlalu berminyak pada muka. Rasa okay je, lepas cuci muka guna pencuci muka biasa yang water based tu dah hilang dah rasa berminyak. Tak ada minyak yang tertinggal dan kulit rasa bersih.




Atas ni adalah tekstur oil cleansing ni. Jernih je dan mesti la berminyak kan dah nama pun oil cleansing tapi warna oil ni akan berubah sikit bila dah lama sebab bahan dia guna natural oil. I cuba tunjuk kesan pembersihan dia dalam gambar dekat atas tu. Yang hitam tu mascara dan bawah dia lipstick.


Untuk kulit I masa guna Simple cleansing oil ni tak ada breakout dan tak clog pores jugak. Tak ada kesan iritasi sebab tu I suka guna buat masa sekarang.


Antara bahan dalam dia ialah Vitis Vinifera Seed Oil, Isopropyl Palmitate, Sorbeth-30 Tetraoleate, Phenoxyethanol, BHT, Helianthus Annuus Seed Oil, Isopropyl Myristate, Retinyl Palmitate, Tocopheryl Acetate.


Oil dia daripada pure grapeseed oil. Tak ada perfume atau colour. Setakat ni I guna memang okay pada kulit dan rasa bersih. Tak mengeringkan kulit pun dan paling penting lambat betul nak habis -.- I akan beli produk lain bila apa yang I guna sekarang dah habis je. Kalau dah lambat habis, lambat lagi la I nak cuba produk lain haha.


Next I nak cuba yang jenis balm pula. Korang pernah buat double cleansing jugak tak? 


25 comments

  1. Tak pernah lagi buat double cleansing. Biasanya guna micellar water je nak remove makeup or sunscreen.

    Simple Cleansing Oil ada dalam wishlist. Might buy one in the future.

    ReplyDelete
  2. kin pun buat double cleansing jugak, tp kin pakai nutox. best jugak. jemput la baca entri kin:

    https://www.asyiqin.com/2018/03/muka-lebih-bersih-dengan-teknik-double.html

    ReplyDelete
  3. Kita memang patut double cleansing kulit muka kita, biar betul-betul bersih baru la jerawat sebijik pun takut nak naik hihihi

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang akak rasa triple cleansing baru bersih. Hahaha. Pertama akak guna wipes makeup remover. Kemudian akak guna Brightening Cleanser yang guna cotton pad tu. Lepas tu baru Facial Wash. Sebab kalau pot tersumbat memang akan jadi tak selesa kat kulit. Produk simple ni bagus utk semua jenis kulit. Kalau kulit sensitif akak rekemen produk ni. Hehe

    ReplyDelete
  5. kita dalam proses menggunakan produk simple ni baru ja guna set kitnya yg berharga rm25..so far nampak la perubahan di wajah ana..sebab tgk ada vitamin..

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. Baru tahu pasal double cleansing sebab akak bukan jenis kaki makeup. Tapi double cleansing ni macam best jer. Pencuci muka pon dah habis tu. Boleh lah try nih.

    ReplyDelete
  7. First time luqman dengar pasal double cleansing..maksudnya double cleansing nih sesuai untuk orang yang make up je la kan..kalau tak pakai make up cukup dengan sekali cuci sahaja tak perlu double cleansing pon..betul x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf mencelah, xsemestinya yang pakai mekap je kne buat double cleansing..yg xpakai mekap pon kena, yela, da seharian kerja mesti muka berminyak kn. atau orang yg pakai sunblock kena buat double cleansing..barula muka kita ni betul2 bersih..tukang masak pon kne buat taw, da seharian main gn minyak mstila kne kat muka.. nk tahu lebih lanjut boleh baca blog iman rahim.. xkisah la laki ke perempuan ke

      Delete
  8. Simple ni anak baru cuba cleansing dia. So far ok sangat sebab jerawat nasi kat dahi dah nampak berkurangan. Sebelum tu guna Himalaya tapi nampaknya takde perbezaan pun. Jerawat masih tumbuh. Simple kot yang sesuai dengan muka anak 14 tahun.

    ReplyDelete
  9. Baru tau pasal double cleansing ni. Ana guna yang pencuci biasa tu je sebab tak pakai make up kan. Tu pun susah nak cr produk yang tak keringkan kulit. Tp simple ni ramai yang puji produk dia bagus. Bolej cuba nanti.

    ReplyDelete
  10. Emi buat double cleansing jugak tapi tak guna oil based cleanser pun. First emi guna cleanser yg banyak buih utk hilangkan mekap. Pastu second baru guna cleanser yg natural ingredients based. Yg organic and tak berbuih. Mcm tu okay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. double cleansing hnya menggunakan oil cleanser dulu then baru water cleanser..kalau micellar water atau selain tu bukan dikira double cleansing..maaf mencelah..hehe

      Delete
  11. baca bahan-bahan, satu apa pun tak tahu hehe..as long as ianya selamat, ok la kan..double cleasing maksudnya double protection, agak2 memang jerawat takkan keluar langsung ke macam mana?

    ReplyDelete
  12. Betul jugak tu. Kadang-kadang cucian kali pertama tu bukannya bersih sangat pun. Bila ada cucian double cleansing macam ni bersih la muka kita.

    ReplyDelete
  13. macam bagus je sebab tak nampak berminyak sangat,. anyway lelaki boleh ke pakai

    ReplyDelete
  14. wahhh...baru tahu kelebihan double cleansing...selama ni main belasah jer..janji rasa muka bersih..tapi produk simple ni mmg dah famous kan dan dipercayai...

    ReplyDelete
  15. Baru tahu - Kalau pakai sunscreen atau sunblock pun wajib buat double cleansing sebab pencuci muka biasa tak menanggalkan kesemua sunscreen tersebut. TQ ya... Pasni kena gak laaa pakai. Double cleansing oil sebab tiap nina pakai. Sunscreen

    ReplyDelete
  16. kena cuba la buat double cleansing. sbb sejak byk g event dan make up kan..walaupun jenis muka xdemasalah tapi kena lajugak bermanja dgn kulit muka bagi ia bernafas

    ReplyDelete
  17. Tak pernah try lagi double cleansing ni. sebab jenis tak bermekap dan alhamdulillah kulit normal. cumaanya bila umur dh tua ni perasaan nak mula jaga kulit tu membuak2 pulak. haha. terima kasih diatas perkongsian ni. memang nak serang drugstore untuk penjagaan kulit muka.

    ReplyDelete
  18. Okay fine, nak beli sekarang jugak ! Tgh cari2 juga face cleanser sbb xjumpa lagi mana yang sesuai dgn keperluan muka. Nampak mcm yg nie betul2 dekat dgn keperluan muka. Plus, ia x memedihkan mata. Yeay !!

    ReplyDelete
  19. Rasanya tak pernah lagi cuba double cleansing ni. Dah lama juga tak pakai produk jenama simple ni. Dulu ada lah. Harga pun berpatutan tak salah nak mencuba bukan.

    ReplyDelete
  20. I use simple Cleanser n scrub. I like the texture. Never use the makeup remover. Looks good and I love non oily texture.

    ReplyDelete
  21. I try avoiding double cleansing because my skin is quite sensitive but i do 'double cleansing' in a different way; I use to completely different cleansers and alternate them by days. This has worked wonders for me.

    ReplyDelete
  22. I tried this before and its good for the price that we pay for, plus this product is also good for sensitive skin users.

    ReplyDelete
  23. tried simple as well but it's not for my skin.

    ReplyDelete