Susu Kambing Untuk Bulan Ramadhan



Sebelum ni bila orang cakap pasal susu kambing je mesti ada yang cakap rasa dia tak sedap ataupun bau tak menyenangkan. Ada juga yang suka susu kambing tapi nak dapatkan susu kambing pula susah. Walaupun I suka minum susu, tak pernah terfikir pun nak rasa susu kambing sebab I rasa buat apa susah susah nak cari susu kambing kalau dah banyak susu dekat pasaraya.


Sejak I google khasiat susu kambing ni rasa teringin pula nak beli haha. Dan hanya satu jenama je yang I terfikir bila fikir susu kambing. Lazz ! Dah banyak kali dengar iklan dekat radio, dengar lagu tema susu ni, tengok iklan dekat tv lagi, dekat social media lagi tapi baru sekarang nak mencuba. I ada juga terbaca yang susu biasa dekat pasaraya tu lebih banyak gula dan tak elok la untuk kesihatan ni bila banyak gula. Niat nak minum susu untuk kesihatan tapi gula lagi banyak.


Kalau korang tak tahu lagi antara kebaikan minum susu kambing ni

- Tidak menyebabkan alahan.
- Membantu sistem imunisasi tubuh.
- Bersifat alkali.
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
- Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
- Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu




Kenapa susu kambing Lazz? Masa I search pasal khasiat susu kambing ni banyak positif review susu kambing dari Lazz. Susu Lazz ni dalam bentuk serbuk jadi senang sangat nak simpan dan senang juga nak bancuh bila nak minum. Ada juga yang dalam bentuk sachet kecil tu lagi la senang nak bawa minum kemana-mana. Nak bawa travel pun senang !


Jadi dalam bulan ramadhan ni I berkesempatan la nak rasa susu kambing Lazz ni. Ada banyak perisa yang sedap seperti susu kambing Lazz Asli, Lazz Kurma, LAZZ Choco dan Lazz Cafe. Antara kebaikan susu kambing Lazz ialah

- Rendah Risiko Alergik.
- Mengurangkan Kulit Sensetif
- Melegakan pedih perut dan ulu hati
- Mengeluarkan Angin
- Melawaskan dan Baik untuk Penghadaman.
- Cegah anemia


Banyak lagi khasiat susu kambing Lazz ni kalau dah rasa baru tahu tau. Macam I untuk bulan ramadhan ni I akan bancuh satu mug susu kambing Lazz semasa sahur. Bila dah minum susu kambing masa sahur insha Allah kenyang sampai petang. Aiman selalu tanya I tak lapar ke dan memang I rasa tak terlalu lapar. Boleh tahan lagi dan boleh aktif lagi buat kerja.


Berbanding dengan puasa tahun lepas memang I tak larat sikit sebab nak kerja, balik kerja nak masak lagi, nak pergi solat terawih lagi. Ada hari-hari nya nak pergi tawaf bazar ramadhan lagi. Penat ! Tapi tahun ni bila minum susu kambing Lazz rasa okay pula. Banyak kerja boleh buat sebab banyak tenaga. Kenyang pun lebih lama.




Apa yang I suka susu kambing lazz ni rasa dia sedap. Tak ada bau yang tak menyenangkan pun. Kalau yang Lazz kurma tu ada rasa manis kurma dan kalau nak tahu susu kambing Lazz tak ada gula tambahan. Yang asli pun tak rasa muak. Kalau yang choco dan Lazz cafe lagi la sedap sebab rasa coklat dan rasa kopi. Sesuai nak jadikan sarapan juga kalau bukan dalam bulan ramadhan. Bila bulan ramadhan I lagi suka bancuh yang kurma tu sebab yang tu paling favourite.


Nabi Muhammad s.a.w juga menggemari susu kambing kerana terdapat keberkatan dan kesihatan jika diamalkan. Boleh dijadikan amalan sunnah seisi keluarga. I memang akan bancuhkan untuk Aiman susu kambing Lazz ni. Ajak dia minum sekali dan dia pun suka. Satu family boleh minum susu Lazz.


Kalau yang ada masalah tak dapat berpuasa sebab ada gastrik boleh cuba minum susu kambing Lazz ni. Kalau nak lebih kenyang boleh campur dengan oat ataupun nestum. Sifat alkali susu kambing dapat neutralkan asid berlebihan dalam perut dan hilangkan pedih. Memang sesuai sangat untuk mereka yang ada gastrik. Rugi kalau tak dapat berpuasa dalam bulan ramadhan ni kan jadi boleh la cuba tips dan resepi untuk kekal kenyang seharian berpuasa.





Masa scroll facebook I ada terbaca dekat page Lazz Susu Kambing untuk ikhtiar hamil dengan amalkan susu kambing. Ini tahun kedua I kahwin tapi I tak ada la ambil berat sangat nak ikhtiar hamil sebab rasa tak apa kot muda lagi. Tapi bila dah ada stok Lazz dekat rumah ni apa salahnya amalkan. Dekat page Lazz pun ada diaorang syorkan set untuk ikhtiar hamil dan memang banyak feedback positif pasangan yang ikhtiar hamil dengan susu kambing Lazz ni. 


Lazz pun banyak kongsi tips tips pemakanan kalau dalam usaha nak hamil. Kalau korang pun sedang ikhtiar hamil boleh la cuba minum susu kambing Lazz. Kalau nak lebih banyak informasi boleh follow page facebook Lazz.


Untuk pembelian boleh ke lama web http://www.lazzdelivery.com/ senang sebab ada penghantaran sampai depan pintu rumah lagi. Tak payah dah susah nak keluar pergi kedai. Untuk lebih banyak info boleh ke instagram @lazzsusukambinghq ataupun whatsapp 0182777290.










34 comments

  1. follow your gfc, I saw this brand alot in instagram. I not yet try this brand milk, shall check out their website soon, I saw got some flavors to try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya this milk got three to four flavor and I love all the flavor

      Delete
  2. never try susu kambing of this brand yet.. seeing your review it seems delicious and i wanna try that as well. im a fans of milk actually

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too ! you should try this brand.It taste good

      Delete
  3. Memang suka juga dengan susu kambing cuma sekarang dah bertukar dengan suplemen. Tapi boleh juga mencuba ni! Lagi pula bulan puasa ni pun sesuai sangat dengan amalkan minuman sunnah kan. InsyaAllah akan dapatkan nanti! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pun ambil supplement juga cuma memang suka sangat minum susu kambing ni hihi

      Delete
  4. Akak ni jenis tak berapa minum susu yang warna putih ni. Kalau susu berperisa tu mungkin boleh. Lazz pun ada perisa chocolate kan?. Itu je la yang kena dengan tekak. Memang tahu banyak khasiat susu kambing ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang caffe tu pun sedap kak. boleh la try yang tu juga huhu memang ada sesetengah orang tak suka minum susu tapi kena cari juga altenatif lain untuk kalsium

      Delete
  5. InsyaAllah, ada rezeki kalian berdua, selamat berpuasa bersama LAzz!

    ReplyDelete
  6. banyk dengar pasal susu kambing ni. antara jenama yg dipercayai. bau dia kuat tak? sebab khai tak minum susu ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada bau yang tak sedap pun. try la yang coklat atau cafe. sesuai untuk orang yang tak minum susu

      Delete
  7. Kak nina pun minum susu kambing Lazz. Suka rasanya yang sedap, tidak hamis. Paling syiokkkk suka LazzCafe! Tiap hari mesti mau nak pekena secawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ! fav airah memang Lazz cafe tu. suka minum pagi-pagi rasa bertenaga je

      Delete
  8. Wahhhhh..nampak macam best je susu kambing ni. Onie one of yang suka minum susu kanbing..hehe.. lelagi oerisa choco..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la suka minum susu sebab banyak manfaat untuk badan

      Delete
  9. Wahhhh banyak betul yer dia punya khasiat. Dan yang paling penting tak bau hanyir kambing. Agak turn off sikit bila bau hanyir kambing nie. Okay, petang nie nak pergi dapatkan kat pasaraya terdekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ada yang tak suka bau susu kambing ni tapi jenama Lazz tak ada bau busuk atau bau yang tak sedap pun

      Delete
  10. Pernah tengok iklan susu lazz nI kat tv3.Ingat susu ni untuk budak je. Baru tahu untuk dewasa pun ada

    So far tak pernah try lagi. Macam sedap je yang coklat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try. memang sesuai untuk seisi keluarga

      Delete
  11. Mula2 tak boleh nak minum susu kambinh sebab rasa nak termuntah . Tapi banyak khasiat dari susu kambing berbanding susu lembu . Teringin nak cuba jenama Lazz ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia try la susu Lazz yang perisa coklate atau cafe.Rasa dia sedap tak rasa susu kambing sangat

      Delete
  12. Goat milk has been scientifically proven over and over again to be a better option than cow's milk. Especially with the puasa month, it's a great share to encourage others on these benefits

    ReplyDelete
    Replies
    1. true. theres a lot of benefit from this susu kambing

      Delete
  13. Katanya Lazz mmg sedap dr yg lain.. xpernah cuba lagi tp mcm nak rs je.. beli perasa coklat tu mmg cepat la habisnya..

    ReplyDelete
  14. Susu kambing ini sedap.. Sha dah pernah minum..

    ReplyDelete
  15. Bestnya susu kambing..kalau nak tau akk mmg suka mnum susu kambing..nanti boleh try yg lazz ni pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun dulu macam tak minat minum susu kambing tapi sekarang suka minum Lazz.

      Delete
  16. Tak pernah try lagi susu kambing Lazz ni, in fact memang tak pernah minum susu kambing dari mana mana brand sekali pun..biasa minum susu lembu jee hehe takpe lahh nanti kalau jumpa kat mana-mana pasaraya boleh beli.

    By the way, Airah punya flatlay cantik sangat (╥﹏╥) I'm jealous haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun first time try susu ni dah jatuh hati hihi

      terima kasih. ni pun biasa je flatlay nya haha

      Delete
  17. Sedap susu kambing Lazz ni, masa preggy minum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la banyak manfaat dia untuk semua peringkat umur seisi keluarga

      Delete