Radian Filem Pembersih Muka 3 dalam 1

Pemilihan pencuci muka yang bagus memastikan kulit terhindar daripada kotoran dan habuk yang melekat pada wajah. Pencuci muka menjadi salah satu langkah permulaan untuk memastikan kulit dapat menyerap produk yang akan digunakan seterusnya. Jika rutin penjagaan dari Korea mempunyai lebih dari lima langkah, untuk mereka yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya dan urusan seharian masihkah ada masa untuk melakukan setiap langkah ini?



Wanita mahupun lelaki sangat mementingkan kecantikan kulit bak artis Korea tetapi dengan jadual masa yang tidak mencukupi mereka harus bijak untuk memilih produk yang bersesuaian. Kini Radian Filem Pembersih Muka mempunyai manfaat 3 dalam 1 yang sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan selalu melakukan perjalanan jauh. Nak tahu kenapa?







Radian Filem Pembersih Muka berfungsi sebagai penanggal solekan disamping menjaga kelembapan dan kesihatan kulit. Pertama kali menggunakan Radian Filem Pembersih Muka ni I memang tertanya-tanya sangat keberkesanan dia sebab produk Radian ni lebih berinovatif.



Bila tengok packaging dia sangat sleek dan moden. Tak terbayang pun dalam ni mengandungi pencuci muka ! Warna packaging dia pun cantik serba hitam dan minimal. Paling best siap ada cermin lagi sesuai betul nak simpan dalam handbag.



Kenapa dipanggil Filem Pembersih Muka kerana isi produk yang senipis filem ataupun lebih tepat lagi senipis plastik. Nipis je tapi bila tengok kesan dia membersihkan wajah memang best. Tesktur filem lembut dan senang nak keluarkan dari bekas. 



Cara nak gunakannya pula keluarkan satu atau dua filem dari bekas. Masa nak guna pastikan tangan kering. Kalau basah nanti filem tu melekat antara satu sama lain dan bentuk dia dah tak sama nanti. Untuk muka I, I guna satu filem sahaja. Kalau Aiman pakai dia lebih suka guna dua filem.



Bila dah keluarkan, letak atas tapak tangan dan letak air sikit. Gosok sampai keluar buih. Lebih banyak filem, lebih banyak buih. Untuk kulit I, satu filem dah cukup untuk membersihkan satu muka termasuk makeup !



Kenapa filem ini 3 dalam 1 sebab berfungsi sebagai penanggal makeup jugak. I dah test dengan pakai bb cushion, concealer, mascara, lipstick, blusher dan memang makeup I masa test tu agak tebal hihi. Bila cuci semua hilang termasuk mascara. Tak nak tengok dengan mata kasar sahaja I test cuci guna micellar water pula nak tengok ada kesan makeup atau mascara lagi tak. Jawapannya tak ada.






Bagi yang selalu melakukan perjalanan jauh di dalam atau luar negara, produk ni bagi I berguna sangat nak jimat ruang. Bekas dia yang kecil dan memuatkan 50 filem dalam satu bekas compact. Kalau guna dua filem sehari boleh bertahan dalam 25 hari guna satu bekas tu sahaja. Produk lain pun tak perlu bawa dah sebab Radian Filem Pembersih Muka boleh berfungsi sebagai pencuci, penanggal makeup dan memberi kelembapan pada kulit. I suka selit bekas compact ni dalam handbag bila perlu cuci muka dekat mana-mana surau senang nak guna.



Bila I guna filem pembersih muka ni kulit tak ada rasa tegang pun macam sesetengah pencuci muka yang terlalu kasar pada kulit. Kulit rasa lembap je tak ada rasa kering dan I cuba juga dua tiga hari macam tu cuma cuci muka guna Radian Filem Pembersih Muka tanpa buat skincare routine lain. Satu sebab nak test, lagi satu sebab malas jugak nak buat skincare routine lain hahaha. 



Kulit I tak rasa berminyak pun bila tak buat skincare routine lain tapi hanya cuci muka je. Jerawat pun tak naik so okay la I nak bawak produk ni travel nanti.






Radian Filem Pembersih Muka dirumus dengan bahan semulajadi seperti

Royal Jelly
Dihasilkan dari madu lebah asli Australia. Kajian saintifik menunjukkan royal jelly membantu dalam pembaharuan sel-sel kulit dan meningkatkan pengeluaran kolagen. Royal jelly juga berfungsi sebagai pelembap dan anti penuaan untuk kulit.


Aloe Barbadensis
Tidak menyebabkan kerengsaan dan alahan kulit. Kalau baca entry I yang lepas, kulit I tak sesuai dengan aloe vera yang I beli dekat drugstore. Buat kulit bengkak, gatal dan merah. Tapi produk ni mengandungi aloe dan kulit I sesuai je. Aloe Barbadensis juga berfungsi sebagai antioksidan, anti radang, anti mikroba dan melindungi kelembapan kulit.


Minyak Pati Mawar
Terkenal sebagai pelembap dan pemutih kulit yang dapat mengurangkan kedutan, jeragat dan pigmentasi serta memelihara keanjalan kulit. Ejen anti radang pada minyak pati mawar juga membantu mengecutkn jerawat.


Asid Sitrik
Berkesan memperbaiki tekstur kulit. Selain itu, membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati, mengurangkan pigmentasi dan melembutkan epidermis membuatkan kulit nampak lebih cerah dan berseri.


Witch Hazel Plum
Sebagai pembersih dan toner muka dari alam yang tidak mengakibatkan kerengsaan kulit. Menghasilkan kulit yang lembut, licin dan berseri. Witch Hazel Plum juga membantu menenangkan iritasi kulit, sangat bagus untuk kulit jenis berminyak dan mampu meredakan jerawat.






Satu box Radian Filem Pembersih Muka mempunyai 1 bekas compact dan 3 pek Isian semula. 1 pek Isian semula mempunyai 50 filem manakala 1 box mengandungi 200 filem.


3 box Radian Filem Pembersih Muka -  RM 471


Radian Filem Pembersih Muka tidak memedihkan mata dan sesuai untuk semua lapisan umur dan jenis kulit. 

9 comments

  1. first time dengar ada brand ni.. menarik =)

    ReplyDelete
  2. yup.. mmg betul .. senang nak bawak masa travel

    ReplyDelete
  3. Manarik betul kelainan dia. Tak payah bawa tiub cleanser dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau bawak tiub tu leceh sikit takut tertumpah terpenyet haha

      Delete
  4. penanggal make up adalah salah satu yg mesti ada kan.
    kita pompuan ni akan make up... dan kalau tak dibersihkan bebetul, kulit rosak.

    ReplyDelete