Bengkel Personaliti Bersama Puan Azie Sam

Walaupun ini bukan pertama kali I join Bengkel Personaliti atau mana-mana bengkel tapi rasa macam dah lama sangat tak join bengkel macam ni. Last join mungkin masa zaman belajar atau sekolah dulu I pun dah tak ingat haha. Jadi bila Kelab Blogger Ben Ashaari ataupun #KBBA9 anjurkan bengkel macam ni terus excited sangat nak join !






Pagi lagi dah gerak dari JB ke KL. First time datang jauh-jauh semata nak join nampak tak kegigihan dia. Alhamdulillah semua berbaloi sebab banyak sangat ilmu yang I dapat. Mungkin bagi sesetengah orang fikir bengkel macam ni bukan ada apa sangat, ataupun dah yakin dengan personaliti diri sendiri jadi dah tak perlukan bengkel macam ni.



Bagi I tak. Bengkel ni banyak membuka mata I dan belajar macam mana nak tampil lebih yakin, dan macam-macam tips boleh dapat. Kalau nak tahu lebih lanjut nanti I share serba sedikit dalam entry ni okay teruskan membaca haha.



Ini pertama kali I jumpa dengan Puan Azie Sam dari Seni Imej Training & Consultant ni. Terus follow instagram dia sebab suka sangat tengok penampilan dia. Baju cantik dari atas sampai bawah lepastu nampak berkeyakinan. Cara dia sampaikan ilmu semua pun I suka. Tak rasa bosan atau mengantuk dan banyak aktiviti.







Jadi untuk bengkel kali ini Puan Azie kongsikan empat pekara :
1. Wow first impression
2. Create your own personality style 
3. Colour make your soul
4. Mix and match outfit




"Imej bukan kecantikan luaran sahaja"



Untuk jaga imej ni semudah ABC je. Apa itu ABC?


A - Apperance
B - Behavior
C - Comunication


Bila dah cukup semua ni insha Allah la personaliti kita pun berubah. Kalau apperance macam biasa la penampilan diri kita. Tengok semula diri sendiri tu kemas ke tak? Bersih ke tak? Tak pakai baju mahal-mahal tak apa bagi I, asalkan semua pakaian, cara pemakaian sedap mata memandang.







Behavior pula termasuk la body language. Senyuman tu penting dan senyum la ikut tempat dan keadaan. Jangan kemain over pulak senyum. Dan paling penting bila pertama kali berjumpa dengan orang, gunakan Kata Ganti Nama Diri yang tepat seperti tuan, puan, dato, datin. Orang pun rasa dihormati. I pun dah kena start praktik kan benda ni.







Sempat la buat aktiviti untuk lihat first impression orang pasal kita. Disebabkan I pertama kali jumpa semua orang jadi segan-segan lagi nak buat aktiviti hahaha.




Aktiviti seterusnya kena jawab soalan untuk tahu apa personaliti kita. Jeng jeng jeng







Sama ada Natural, Dramatic, Classic atau Romantic.




Kalau jawapan banyak
A - Seorang yang natural seperti Fara Fauzana dan Dato Fadzilah Kamsah
B - Seorang yang romantik seperti Siti Nurhaliza
C - Seorang yang klasik seperti Dato Zeti Akhtar Aziz
D - Seorang yang dramatik seperti Diva AA



Kalau nak tahu lebih banyak mengenai personaliti ni kena la join bengkel-bengkel macam ni. Bila tahu personaliti diri sendiri senang nak jaga penampilan dan senang juga nak tahu mana yang perlu kita perbaiki dalam penampilan sendiri.


Walau apa pun personaliti kita yang penting adalah T.O.P. 
Time
Occasion
Place



Kena pilih personaliti ikut masa, jenis majlis atau keadaan yang akan kita hadiri dan tempat. Jangan jadi orang yang tak hormat majlis dengan datang tak ikut tema yang telah ditetapkan okay.




Colour Make Your Soul


Ada apa dengan warna ni? Kalau nak senang memilih warna pakaian kita pada hari tersebut, download siap-siap colour wheel. 







Cara nak guna Colour Wheel ni senang je. Bila tak tau nak padankan baju warna ini dengan tudung warna apa kan
1. Pilih warna dari kumpulan yang sama ( Kalau pilih warna pink, amik la baju pink pekat sikit, tudung pink cair sikit )
2. Ambil colour sebelah-sebelah ( Kalau pilih baju warna oren, boleh pakai tudung warna kuning. Sebab kedua-dua warna ni sebelah menyebelah di dalam Colour Wheel *rujuk Colour Wheel )
3. Warna yang bertentangan dengan kumpulan warna ( Kalau pilih kumpulan kuning, boleh pakai dengan warna dari kumpulan violets)






Seterusnya aktiviti ukur badan untuk tahu bentuk badan diri sendiri macam mana. Bila dah tahu bentuk badan sendiri senang nak pilih design baju mana yang bersesuaian. Puan Azie siap bawa beberapa design baju lagi untuk tunjuk dengan lebih jelas pakaian macam mana yang perlu dipilih ikut bentuk badan.



Kalau macam I bentuk badan pear. Ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bentuk badan pear. Kalau korang pun sama mempunyai bentuk badan pear, kurangkan pakai baju yang ada corak atau hiasan focus dekat bahagian pinggul. Nanti nampak bahagian tu bertambah besar. Paling kurang sesuai kalau pakai peplum T.T  I memang suka sangat design peplum ni tapi kena kurangkan pakai.






Okay setakat itu je yang I mampu share. Kalau ikutkan banyak sangat tips dan benda baru yang I belajar dalam bengkel personaliti ni tapi tak mampu nak taip banyak-banyak hahaha. Untuk tahu lebih lanjut boleh la join bengkel personaliti macam ni sebab tak merugikan pun. Banyak pengetahuan baru. Lagi-lagi kalau join dengan Puan Azie ni, I suka dengar cara dia bercakap dan share pengalaman dia. Enjoy je !



Disebabkan bengkel ni juga I dapat merasa datang MaTiC. Pertama kali masuk MaTiC hahaha. Cantik dan selesa bilik yang digunakan untuk bengkel ni. Tapi sedih tak sempat nak tangkap gambar ootd ke apa di setiap penjuru penjuru yang cantik ni sebab kejar masa -.- Next time serius kena datang lagi. Thank you MaTiC untuk tajaan lokasi.



Bersama Pengarah MaTiC.




Tunggu next entry I untuk Bengkel Kecantikan Bersama Puan Shuhada Alauddin dari Peek-A-Box pula ya.

3 comments