Kena Tinggal Dekat Pulau Ni

Pantai dan pulau memang akan jadi tempat kegemaran I untuk bercuti. Disebabkan I pun tak tau berapa lama lagi I duduk dekat Johor ni jadi I nak buat bucket list edisi pulau-pulau di Johor. Dah alang-alang duduk dekat Johor ni dekat la sikit kalau nak pergi mana-mana pulau berbanding tetiba nanti tercampak dekat Penang ke, KL ke, itu pun dah dikira jauh kan. 



I memang dah lama google dan kumpul maklumat pulau mana yang best dekat Johor ni. Hasil google memang banyak la pulau-pulau menarik yang boleh dilawati dan banyak gila aktiviti air yang boleh buat. I memang tak ada la nak buat aktiviti air yang mencabar sangat tu tapi kalau setakat mandi laut, snorkelling, naik boat ke apa memang suka. 









Boleh baca entry pulau dan Pantai I dekat bawah ni okay.





Jadi untuk bucket list pulau-pulau di Johor yang pertama ialah



1. Pulau Rawa/Rawa Island






Pertama kali I tahu mengenai Pulau Rawa ni bila tengok vlog Mina Rosli pergi Pulau Rawa dengan kawan-kawan dia. Seriously best ! Yang paling menarik dekat Pulau Rawa ni, pelawat yang datang ada had maximum jadi tak ada la rasa sesak sangat pulau tu.



Selain itu, dekat Pulau Rawa ada slide yang terus terjun dalam air laut. Serius nak cuba ! Tapi I Jenis gayat jugak jadi….. fikir dua tiga kali dulu kot nanti hahaha. Dekat Pulau Rawa ni hanya ada dua resort sahaja, Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort. Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. Resort ni pun dah siap pakej makanan semua jadi senang kalau nak pergi sini tapi harga agak mahal la.



Tahun lepas pun I dah plan nak pergi tapi bila tengok harga dia okay sekian terima kasih. Kena kumpul duit cukup-cukup dulu.



2. Pulau Sibu






Pulau Sibu pun cantik juga. Semua pulau yang dalam busket list I ni semua ada pantai yang cantik, air yang jernih, tak macam moden sangat sebab tak ada aktiviti lain selain aktiviti air dan tengok laut, tengok hutan macam tu la.



Dekat Pulau Sibu ni bila I google apa menarik boleh tahan cantik juga coral dekat sini. Cantik dan banyak ! Boleh nampak dengan jelas dalam camera blogger yang I baca tu. I sendiri pun excited tengok. Tak Sabar rasanya hahaha.



Pulau Sibu ada beberapa pulau kecil sekitar dia macam Pulau Sibu Hujong dan Pulau Kukus jadi biasa snorkelling dekat area pulau-pulau ni la.



3. Pulau Besar






Bila pergi pulau ni memang tak akan lari dari aktiviti air yang sama je macam island hopping, mandi laut, tengok coral, naik bot dan lain-lain lagi. Yang berbeza nya keadaan pantai, air jernih ke tak hahahaha Kalau jenis tak suka sangat bercuti ke pantai mungkin rasa boring juga la tapi bagi I yang suka sangat dengan pantai ni duduk diam tepi pantai tak buat apa pun I suka jeee.



Pulau Besar atau Pulau Babi Besar ni Pulau yang sama je. Pulau Besar ni bila I tengok gambar Suasana dia macam kampung-kampung tepi pantai tu. Best ! Sunset dekat sini pun cantik juga.



4. Pulau Aur dan Pulau Dayang






Saje je I sekalikan dua pulau ni sebab dekat-dekat je. Paling I suka dekat Pulau Aur trek jungle trekking dia. Nampak best dengan view yang cantik. Dua-dua pulau sama je air kemain jernih dan nampak jelas coral dia. 



Ada beberapa pulau lagi yang I tak listkan sebab pulau ni je yang macam menarik sikit walaupun aktiviti dia sama je hehehe. Kalau nak tahu pulau-pulau menarik di Johor google je okay confirm list panjang je sebab banyak tempat menarik yang boleh dilawati dekat Johor. Sebab I bukan orang Johor jadi macam excited sikit la nak pergi jalan-jalan sini.




Harap umur panjang dan ada rezeki nak jelajah pulau-pulau ni dan duit pun ada. Kalau duit tak ada hehhhh berangan jela.

4 comments

  1. Teringin sangat nak pergi Pulau Rawa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn airah pun memang dah lama nak pergi tak ada budget lagi hahaha

      Delete
  2. bestnya tinggal kat pulau.. mmg tenang jer.. done follow sini juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang favourite bercuti dekat pulau ni hihi thankyou follow

      Delete