Perlu Ke Makan Texas Chicken

Baru pertama kali nak cuba Texas Chicken | Sebelum ni dah banyak kali juga la ajak Aiman pergi makan Texas Chicken sebab bila baca review blog orang lain, tengok vlog dekat youtube ramai juga suka Texas Chicken ni. Dekat Ipoh pun ada cawangan baru buka jadi bila balik Perak je dah plan sesiap nak pergi. Dah sampai Perak macam-macam benda nak buat kemain busy jadi plan nak makan Texas Chicken pun entah kemana -.-



Kali ni ada cawangan baru Texas Chicken dekat City Square memang tak lepaskan peluang nak rasa. Texas Chicken ada jemput blogger untuk join event diaorang tapi masa tu hari kerja pulak so tak dapat join. Weekend baru ada masa nak pergi.






Texas Chicken Johor Bahru City Square, Lot J3-21, Level 3.



Sebelah KFC je senang nak cari. Masa I jalan-jalan dalam City Square tu nak cari watsons dah ternampak Texas Chicken ni. Masa I pergi dah la weekend, orang dia kemain padat lagi dalam tu. Nak cari tempat duduk pun susah sebab memang ramai sangat orang. Rimas pun ada juga. Lepas tu ambil keputusan, I cop meja, Aiman pergi beratur beli makanan.



Mula-mula kongsi meja dengan orang lain, kemudian nampak pekerja dia tengah bersihkan meja yang dah kosong terus tukar tempat. Relevan lagi tak banyak kali pindah bila makan ni nanti kahwin banyak……..hahaha. 



Bagi I sebab Texas Chicken ni baru lagi dekat JB so memang ramai umat manusia nak mencuba termasuk I. Ruang tak berapa luas dan meja pun tak berapa banyak jadi kena bersabar tunggu turn dan tunggu meja kosong. I rasa nak tunggu meja kosong tak lama sangat pun sebab lepas makan orang terus keluar. Tak ada masa nak tunggu lama dekat situ sebab rimas ramai orang hahaha.



Ikutkan menu I memang tak biasa dan tak tau pun apa yang sedap. Jadi I bagi je Aiman pilih apa dia nak. 








2pcs chicken.


Ayam spicy. Tak pernah ambil yang original kalau makan dekat mana-mana haha. Set sekali coke, coleslaw dan honey butter biscuit.








Menu kedua Mexicana Burger. Set sekali coke dan fries. Air dia kena ambil sendiri dekat kaunter lain. 



Okay tiba masa untuk rasa dia pulak macam mana hahaha. Untuk dua-dua menu ni bagi I rasa dia biasa sahaja. Tak ada yang special dan memang tak ada la sedap sangat. Ayam dia rangup, boleh tahan tapi rasa pedas dia kejap je masa baru nak makan tu. Lepas tu tak pedas dahhhhh. I tak suka honey butter biscuit dia. Aiman pun tak berapa suka. Rasa dia macam berserbuk bersepai macam tu. Tapi ok la nama pun biscuit kan tapi tak sedap sangat la. Lagi suka roti macam KFC.











Burger dia okay je. Sedap dan pedas sikit tapi biasa macam burger yang lain haha. Patty dia tu ayam, boleh tahan lembut dan crispy. Ada lapisan cheese, salad, tomato, onion dan tortilla chips. Chips tu tak berapa rasa rangup dia dah. Okay laa kalau teringin burger.



Lapar la pulak taip entry makanan ni. Mungkin menu yang I pilih ni biasa je kot. Kalau korang dah selalu makan Texas Chicken dan ada menu favourite tolong recommend dekat I, boleh la cuba menu lain pula lepas ni. Perlu ke makan Texas Chicken? Perlu la, I mesti la nak cuba semua makanan yang ada di dunia ini. Tiberrrr







33 comments

  1. makanan baru mesti ramai nak cuba kan.. kalau MN kalau ramai macam tu MN tapau jelah balik rumah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sebab baru semua orang nak pergi hahaha.airah pun sebab rezeki ada meja kosong.kalau tak nak makan tempat lain je

      Delete
  2. haritu ain pergi yang review and try ayam keju berapi. yangg ni paling ain sukaaa. sedap betoll dengan tekak yang suka pedas ni..

    ReplyDelete
  3. nampak sedap semua, tetiba teringin nak makan ayam goreng :D

    ReplyDelete
  4. Haih nampak sedap yang ni Airah,bulan ni husniey banyak makan fast food entah kenapa semua macam sedap dan rasa nak try.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha samaaaaa airah pun rasa banyak sangat makan fast food kena start diet ni

      Delete
  5. Luckily I just did a popcorn chicken & egg wrap for breakfast... Adoi... but still craving for Texas chicken d... Hahahhaha
    Sure gonna hunt this and eat!!

    ReplyDelete
  6. I pun suka texas chicken.. memang sedap... crispy and nice.. yummy! nak pergi makan sekarang.. haha~

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi Terjah Texas Chicken. Kalau ada yang dekat mungkin boleh terjah. Sesekali boleh la pekena fast food. Nanti leh try cuba.

    ReplyDelete
  8. Texas chicken ni ayu plg suka jalepeno dia. Sedap giler. Burger dia pun besar mmg puas hati. Plg best air dia blh refil byk kali

    ReplyDelete
  9. No matter what I always prefer KFC original recipe. Its the best compared to any other fried chicken i tasted so far. Loyal to KFC hehehe

    ReplyDelete
  10. Akak baru makan kat texas chicken ni ahad lepas. Rasa quite ok. Ada rasa tersendiri. Paling best air dia free refill

    ReplyDelete
  11. Kita dah makan banyak kali juga Texas Chicken ni dah rasa ayam sedap juga boleh memberi kekenyangan kepada oarng yang nak makan cepat dan kenyang.

    ReplyDelete
  12. Lia suka juga makan Texas chicken ni sebab suka ayam goreng rangup ni . Ada juga menu lain dia yg sedap & tak sempat cuba lgi .

    ReplyDelete
  13. belum rasa lagi texas chicken ni..sedap ke..macam kfc ke..tapi nampak sedap jugala..kalau dah namanya ayam, semua sedap..hehee

    ReplyDelete
  14. Dalam banyak ayam goreng sis memang suka texas chicken ni dari dulu lagi. Selalu jugak makan sebab dekat dengan rumah sis.

    ReplyDelete
  15. Wah menariknya! Terasa lapar ayam la pulak di awal pagi ni..hurm..

    ReplyDelete
  16. Banyak orang suka makan Texas Chicken, Abby juga suka pake bingitz hehee... senanglah orang Johor nih sebab sudah dapat nikmati ayam di Texas Chicken Johor Bahru City Square.

    ReplyDelete
  17. Emi kurang gemar texas chicken, tapi makan la jugak. Lagi prefer ayam kfc lagi, hehe. Last makan texas chicken ni pun beberapa bulan lepas kalau tak silap

    ReplyDelete
  18. One thing I like the most about texas chicken is their honey buiscuit. Seriously, sedap gilos. Memang tak dapat kat tempat-tempat lain. Burger kat situ pun not bad. Juicy and crunchy

    ReplyDelete
  19. Memang suka makan texas chicken sedap dan murah. air dia pun boleh refill kan. tapi suami suka makan kfc lagi katanya. Tapi texas pun not bad juga

    ReplyDelete
  20. I hardly eat fast food but I think kfc has more spices to it. So it taste better.

    ReplyDelete
  21. hehe... pernah makan Texas Chicken ni sekali je masa mengandung dulu.. itupun sebab kenangan pahit termakan KFC ada lalat.. wekk.. sejak tu tak makan ayam KFC lepas tu hubby bawak pi makan kat Texas Chicken ni.. sedap la pulak.. haha.. tapi kali tu je makan sebab masa tu tekak macam tak lalu dah ayam2 ni.. sekarang ni bila baca entri ni teringin pulak nak makan.. wahahaha

    ReplyDelete
  22. Tengah pikir nak buat gathering dgn kwn2 sekolah menengah kat mana. Tq bagi cadangan kat Texas ni.

    ReplyDelete
  23. Yeahh..suka sangat Texas Chicken ni..suka yg ayam keju tu..mmg sedap dan hingga menjilat jari..ehh

    ReplyDelete
  24. Sejujurnya onie baru sekali makan TEXAS CHICKEN ni,hahha...member kata TEXAS CHICKEN ni lagi sedap dari fast food yang lain. tapi tulah, kita pun sebenarnya kalau masuk sini macam tatau nak order apa, sebab tak biasakan,haha

    ReplyDelete
  25. Rawlins pernah try Texas Chicken - menunya lazat tapi masa tu sentap dengan servis dan juga kebersihan kedai tu. Pastu memang tak pergi dah.

    ReplyDelete
  26. KFC masih menjilat jari.
    Texas ni kalau sejuk tepungnya keras.

    ReplyDelete