Simple Facial Wash Review



Cleanser antara step terpenting untuk membuang kotoran pada wajah agar produk yang akan digunakan selepas itu mampu diserap lebih baik pada kulit. Bila double cleansing dah semakin popular dan semakin terbukti keberkesanan nya, I memang akan praktikkan double cleansing bila pakai makeup dan bila dah keluar seharian.






Kalau seharian duduk rumah I akan guna pencuci muka biasa je dah. Kalau korang pakai sunscreen, sunblock memang wajib double cleansing okay. Bila hari biasa I lagi suka guna pencuci muka Simple Refreshing Facial Wash. Pencuci muka ni I dah banyak baca feedback positif dan kebanyakkan orang memang suka pencuci muka Simple.



Pertama sebab pencuci muka Simple ni sesuai untuk kulit jenis sensitif dan sangat lembut pada kulit. I akan pakai pencuci muka ni waktu pagi sahaja. Bila malam I pakai yang jenis lebih berbuih.






Pencuci muka Simple ni tak ada warna. Warna jernih sebab memang tidak mengandungi pewarna atau pewangi. Bau dia pun macam ada tak ada je bau nya. Tekstur agak melekit hahahha. I tak sure nak cakap tekstur dia macam mana sebab bukan jenis gel. Macam gam melekit sikit tapi bila dah buat buih pakai dekat muka tak ada rasa melekit sangat pun.



Dekat tube tu ada tulis dermatologically tested, non comedogenic dan hypoallergenic. Dermatologically tested tu macam tak ada apa sangat bagi I, tak penting. Comedogenic pula produk tu boleh buat pori tersumbat, whitehead atau blackhead serta acne. Tapi yang ni tulis NON, so tak akan buat kulit ada masalah-masalah tersebut. 



Ingredients. Water (Aqua, Eau), Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Panthenol, Disodium EDTA, Sodium Hydroxymethylglycinate.





Aiman tak suka pencuci muka ni sebab rasa tekstur melekit dia dan tak banyak buih. I suka je sebab kulit rasa bersih dan tak ada langsung rasa tegang. Kulit I pun tak naik jerawat dan lepas cuci muka kulit rasa lembut. I lebih recommend pencuci muka ni untuk mereka yang kulit sensitif, combination skin macam I. Kalau berminyak tu tak pasti mungkin akan rasa kulit tak cukup bersih kot.






Untuk packaging botol I lebih suka packaging yang boleh nampak isi dalam produk macam ni dari yang tak nampak sebab susah nak agak pencuci muka dah nak habis ke belum. I bukan jenis yang simpan stok banyak-banyak dekat rumah. Stok yang I simpan banyak mandian badan, berus gigi, ubat gigi je hahaha. Kalau produk skincare semua dah nak habis baru I beli.



Tapi bila dah pakai lama-lama ni penutup tube dia boleh bawak gaduh. Susah nak buka dan lepastu susah nak tutup -.- I tak tau apa masalah dia hahaha. Untuk satu tube ni boleh bertahan dalam tiga bulan ke empat bulan kot. Disebabkan I pakai campur dengan pencuci muka lain jadi lagi lama la boleh guna. Dah lama rasa tak beli pencuci muka baru.






Okay setakat yang I guna sekarang dia tak buat kulit I berjerawat, kulit rasa bersih sahaja tapi kalau muka I naik jerawat masa nak period tu, pencuci muka ni tak ada la membantu untuk jerawat. Kena guna acne treatment. Mungkin tak akan repurchased.



22 comments

  1. hahahaha penutup dia mintak penampar tapi packaging dia cantik. Kalau jumpa boleh try :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaha betul sabar jela dengan penutup dia

      Delete
  2. Pencuci muka yg bnyk buih yg mne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try jenama hadalabo, garnier yang kuning tu best jugak

      Delete
  3. bau dia mmg masam ke . bau masam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh saya punya tak bau masam pun

      Delete
    2. scrub dia gak berbau..dan sy x brp suka...hahahah

      Delete
  4. Hmm ,sebelum ni pakai yg biru die ada buble sikit ,tpi lma2 dia berbau then muka naik laa jerawat ..then smlm try laa bli yg ni uishhh licih ekk kulit ,tpi skrg tgh cri untk hkngkn bekas jerwat ni... Tlng bg cdgn ya awk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya kalau berkesan untuk kulit. Kalau bekas jerawat kena guna produk yang ada brightening dan ada vitamin c. Boleh cuba garnier serum essence nanti try la cari.Nano white punya serum pun berkesan juga

      Delete
  5. Cara penggunaan dia tu mcm mana eerkk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci muka macam biasa je. bagi berbuih sikit pastu cuci

      Delete
  6. Replies
    1. sesuai tapi depends pada kulit juga. try cari trial kecil dulu okay

      Delete
  7. Lelaki boleh ka pkai skincare simple ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh! lelaki perempuan boleh pakai. tak kisah sama ada itu skincare untuk lelaki atau perempuan. kalau sesuai dengan kulit pakai je

      Delete
  8. Boleh je. Sbb kulit lelaki or perempuan semua sama diperbuat dri tanah juga, beza jnis kulit kita. Whether u dry/normal/combination/oily. Thats all :). For sure awak kna tau jnis kulit awak dlu, baru leh cari cleanser/skincare yg sesuai. Hehe. Notice me if i'm wrong :)

    ReplyDelete
  9. haiii kalau normal skin but kusam dan berminyak boleh ke pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Try in syaa Allah berkesan sebab saya oily skin pon makin lama makin kurang minyak

      Delete
    2. betul tu try je kalau sesuai dengan skin. cuba pakai trial pack yang kecil dulu sebab rasa simple ada trial pack

      Delete
  10. assalammualaikum.. produk simple ni bahan2 halal tak?

    ReplyDelete