Cleanser antara step terpenting untuk membuang kotoran pada wajah agar produk yang akan digunakan selepas itu mampu diserap lebih baik pada kulit. Bila double cleansing dah semakin popular dan semakin terbukti keberkesanan nya, I memang akan praktikkan double cleansing bila pakai makeup dan bila dah keluar seharian.
Kalau seharian duduk rumah I akan guna pencuci muka biasa je dah. Kalau korang pakai sunscreen, sunblock memang wajib double cleansing okay. Bila hari biasa I lagi suka guna pencuci muka Simple Refreshing Facial Wash. Pencuci muka ni I dah banyak baca feedback positif dan kebanyakkan orang memang suka pencuci muka Simple.
Pertama sebab pencuci muka Simple ni sesuai untuk kulit jenis sensitif dan sangat lembut pada kulit. I akan pakai pencuci muka ni waktu pagi sahaja. Bila malam I pakai yang jenis lebih berbuih.
Dekat tube tu ada tulis dermatologically tested, non comedogenic dan hypoallergenic. Dermatologically tested tu macam tak ada apa sangat bagi I, tak penting. Comedogenic pula produk tu boleh buat pori tersumbat, whitehead atau blackhead serta acne. Tapi yang ni tulis NON, so tak akan buat kulit ada masalah-masalah tersebut.
Ingredients. Water (Aqua, Eau), Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Panthenol, Disodium EDTA, Sodium Hydroxymethylglycinate.
Tapi bila dah pakai lama-lama ni penutup tube dia boleh bawak gaduh. Susah nak buka dan lepastu susah nak tutup -.- I tak tau apa masalah dia hahaha. Untuk satu tube ni boleh bertahan dalam tiga bulan ke empat bulan kot. Disebabkan I pakai campur dengan pencuci muka lain jadi lagi lama la boleh guna. Dah lama rasa tak beli pencuci muka baru.
Okay setakat yang I guna sekarang dia tak buat kulit I berjerawat, kulit rasa bersih sahaja tapi kalau muka I naik jerawat masa nak period tu, pencuci muka ni tak ada la membantu untuk jerawat. Kena guna acne treatment. Mungkin tak akan repurchased.
hahahaha penutup dia mintak penampar tapi packaging dia cantik. Kalau jumpa boleh try :D
ReplyDeletehahahahhaha betul sabar jela dengan penutup dia
DeletePencuci muka yg bnyk buih yg mne ye
ReplyDeleteboleh try jenama hadalabo, garnier yang kuning tu best jugak
Deletebau dia mmg masam ke . bau masam2
ReplyDeleteeh saya punya tak bau masam pun
Deletescrub dia gak berbau..dan sy x brp suka...hahahah
Deletetu klu scrub simple
ReplyDeleteHmm ,sebelum ni pakai yg biru die ada buble sikit ,tpi lma2 dia berbau then muka naik laa jerawat ..then smlm try laa bli yg ni uishhh licih ekk kulit ,tpi skrg tgh cri untk hkngkn bekas jerwat ni... Tlng bg cdgn ya awk
ReplyDeleteWah bestnya kalau berkesan untuk kulit. Kalau bekas jerawat kena guna produk yang ada brightening dan ada vitamin c. Boleh cuba garnier serum essence nanti try la cari.Nano white punya serum pun berkesan juga
DeleteCara penggunaan dia tu mcm mana eerkk???
ReplyDeletecuci muka macam biasa je. bagi berbuih sikit pastu cuci
Deletesesuai x untuk kulit kering
ReplyDeletesesuai tapi depends pada kulit juga. try cari trial kecil dulu okay
DeleteLelaki boleh ka pkai skincare simple ni?
ReplyDeleteBoleh! lelaki perempuan boleh pakai. tak kisah sama ada itu skincare untuk lelaki atau perempuan. kalau sesuai dengan kulit pakai je
DeleteBoleh je. Sbb kulit lelaki or perempuan semua sama diperbuat dri tanah juga, beza jnis kulit kita. Whether u dry/normal/combination/oily. Thats all :). For sure awak kna tau jnis kulit awak dlu, baru leh cari cleanser/skincare yg sesuai. Hehe. Notice me if i'm wrong :)
ReplyDeletethank you explain. yes betul la tu
Deletehaiii kalau normal skin but kusam dan berminyak boleh ke pakai
ReplyDeleteBoleh. Try in syaa Allah berkesan sebab saya oily skin pon makin lama makin kurang minyak
Deletebetul tu try je kalau sesuai dengan skin. cuba pakai trial pack yang kecil dulu sebab rasa simple ada trial pack
Deleteassalammualaikum.. produk simple ni bahan2 halal tak?
ReplyDelete