Suka Dubuyo :')

Disebabkan selalu sangat melayan cerita korea, drama korea, runningman, kecintaan terhadap makanan korea amat tebal. Mungkin bukan la kecintaan terhadap makanan korea sangat cuma sering tergoda, tertarik, terpengaruh bila tengok orang korea makan, I pun termengada nak cuba. Bukan I sorang je, Aiman pun sama suka terpengaruh nak mencuba jugak. 



Kalau korang ada nak recommend kedai makanan korea yang best please tinggalkan dekat komen box sebab I akan masukkan dalam list wajib pergi haha. Boleh baca antara entry makanan korea yang I dah pergi dan rajin nak share dekat blog. Kadang I dah pergi tapi tak rajin sangat nak share hihihi. Kalau nak senang boleh terus guna search box (browse the blog) dekat sidebar sebelah kanan. Taip ke apa korang nak cari then tekan search. Senang.



Entry makanan korea.




Entry Kfry tu pun ada dalam dua tiga entry sebab suka sangat makan sana cuma sekarang dah tak berapa berkenan sangat nak makan sana. Cawangan Johor punya kualiti dah kurang berbanding masa awal-awal I pergi masa belum famous sangat macam sekarang.








Kali ni I nak share makan dekat Dubuyo pula. Berdasarkan apa yang I baca, dulu nama dia Dubu-Dubu tapi dah ditukar kepada Dubuyo. Dubu-Dubu pun comel jugak sebutan dia haha. Yang I pergi ni cawangan baru buka dekat Paradigm Mall Johor Bahru. Last time I nak pergi makan, tak buka lagi. Kali ni pergi nasib baik dah buka. Tersasar jauh la jugak sebab plan pergi Paradigm nak makan laksa, tetiba ‘eh jum tengok dubuyo dah bukak ke belum’, hahaha. 



Dekat Aeon Dato Onn ada satu lagi cawangan. Masa jalan-jalan situ I tak terasa nak try Dubuyo pun sebab tengok macam tak sedap je haha. 



I seriously terlupa nak tangkap gambar menu dia. Kalau tak lepasni boleh plan nak makan apa pulak tsktsk. Tapi kalau korang nak tengok apa menu yang ada boleh ke laman web Dubuyo ok. Untuk kali ni menu yang I pilih jenis dah siap set untuk dua orang makan. 







Dalam set ni ada Soondubu Jjigae. Soondubu Jjigae ni adalah soft tofu stew jadi please expect makanan yang mempunyai banyak tofu dalam dia. Lepastu untuk Soondubu Jjigae ni boleh pilih sama ada nak seafood, chicken or beef. Kiteorang pilih yang seafood.



Kalau seafood ada la udang, kupang, sotong dalam dia. Rasa dia agak pedas tapi pedas yang sangat light untuk I. Sedap ! Penuh dengan flavor dari bahan-bahan dia. Makan dengan nasi panas-panas atau hirup macam tu je pun boleh. Tapi bab terlalu banyak sangat tofu dalam dia muak pulak I nak habiskan tofu tu hahaha 









Menu kedua yang ada dalam set ni boleh pilih Honey Garlic Bulgogi, Korean Spicy Wings atau Honey Mustard Wings. I pilih yang Honey Garlic Bulgogi dan boleh pilih juga sama ada nak ayam atau daging. Semestinya daging ! Bosan dah makan ayam -.-



Honey Garlic Bulgogi ni datang lambat sikit dari makanan lain. Rasa dia manis-manis sikit. Ada bawang yang banyak, sayur campur dan telur. Bawang yang buat daging nampak banyak… padahal…..







Yang ni pun sedap je ratah dan makan dengan nasi.








Kemudian ada dua Dubuyo Rice. I tak pasti sebab makan banyak sangat ke apa tapi rasa nasi dia buat cepat gila rasa kenyang. I baru makan separuh dah rasa kenyang…… tapi masih boleh habiskan dengan jayanyaaaa.



Banchan ataupun sidedishes dia free flow. Boleh la ulang nak makan banyak mana. Kiteorang dua kali je ulang sebab kimchi dia sedap. Yang lain tak berapa sedap.



Untuk air ada dua pilihan sama ada Roasted Barley Tea atau Korean Green Tea. Sebab dah biasa minum green tea pilih green tea juga laa. Boleh pilih sejuk atau panas. Green tea dia biasa je tapi kenapa selalu rasa Sushi King punya green tea lebih sedap….







Dessert dia favourite I. Manis sangat dan sedap ! Serius wajib cuba. Dia macam tofu jugak kot I pun tak pasti hahaha. 



Kesimpulannya, semua menu untuk set ni I suka. Semua sedap dan boleh ditelan. Dia punya servis pun tak ada la lama sangat nak tunggu makanan sampai lagipun masa tu tak ramai sangat orang. Disebabkan Dubuyo ni baru buka, sampai bulan August tak silap I boleh dapat free 4 pcs kimbap. Tapi jangan berhadap kimbap dia best sebab kalau boleh kimbap tu diaorang nak potong senipis yang boleh T.T benda free kan.













Sambil makan boleh la tengok MV penyanyi korea dekat situ. Total I makan dekat sini RM 53.65. Okay la tak ada la berpatutan sangat. Restoran Dubuyo ni berdekatan dengan ice skating rink.







Dubuyo Paradigm Mall
lOT 3F-22 & 23, 3RD Floor
Paradigm Mall Johor Bahru

6 comments

  1. samalah dengan sha, kalau keluar mesti nak cari restoran korea hahaha pastu kena perli :p;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejamnya perli2 hahaha airah memang suka try makanan korea

      Delete
  2. pernah makan kat Seoul Garden je la :)

    ReplyDelete
  3. i love korean food too. muahhahah *gelak jahat

    ReplyDelete