Kalau tengok entry dekat blog I kebanyakkannya berkaitan dengan kecantikan dan review produk kecantikan. Memang 80% 90% entry I banyak produk kecantikan la. I memang suka cuba skincare dan tulis review dekat blog jadi orang lain pun boleh refer sama ada produk tu bersesuaian atau mungkin tak dengan kulit diaorang. Bila dah suka bab skincare dan kecantikan ni kadang ada juga rasa bestnya kalau dapat buat produk sendiri hihihi.
Hey berangan tak salahkan hahaha. I suka juga bab jual-jual, buat bisnes ni tapi kalau nak menjual dengan orang rasa em emmm berat mulut sikit. Tapi nasib baik bisnes tudung berjalan dengan lancar sebab atas talian je ihik. Kalau korang pun ada angan-angan nak buat produk sendiri boleh jadi kenyataan dah dengan Zyphyto.
Apa itu Zyphyto? Zyphyto ni adalah 100% syarikat bumiputera untuk produk kesihatan dan kecantikan terus dari kilang. Zyphyto akan membantu usahawan dan bakal usahawan mencapai impian untuk mempunyai produk sendiri di atas jenama sendiri.
Jadi kalau korang nak buat produk, dah ada idea tapi tak jumpa kilang yang bersesuaian, I akan terangkan serba sedikit kenapa Zyphyto patut menjadi pilihan.
Zyphyto juga mempunyai anak syarikat iaitu Zy Herbal Science Sdn Bhd ataupun lebih dikenali sebagai saudagarherba.com. Bukan sahaja mengilangkan produk kecantikan dan kesihatan tetapi juga menjalankan aktiviti perniagaan sebagai pembekal bahan mentah. Antara bahan mentah yang dipasarkan termasuklah ekstrak herba, serbuk, cecair yang mendapat permintaan tinggi bagi usahawan produk kesihatan dan kecantikan.

Antara herba yang dijual oleh saudagarherba.com ialah dukung anak, goji berries, habatus sauda, halia, hempedu bumi, kacip fatimah, mahkota dewa, manggis, misai kucingm pecah beling, pegaga, roselle, stevia, tongkat ali, tunjuk langit dan pelbagai herba lain. Jika anda mencari sesetengah herba yang sukat didapati di Malaysia bolehlah cari di saudagar herba.

Kilang Zyphyto bertaraf GMP dan mendapat kelulusan KKM. Pensijilan GMP ni memberi pengiktirafan kepada pengilang yang telah melaksana dan mengamal kriteria yang ditetapkan. Jadi setiap formulasi produk, penyelidikan dan pembangunan produk, rekaan, pengeluaran, pembungkusan dan penghantaran berpatutan dengan kualiti yang diberikan.

Untuk Pakej Chomey, usahawan tidak perlu risau jika mempunyai modal yang rendah dan tidak mempunyai pengetahuan dalam pembuatan produk. Ini kerana Zyphyto tidak mempunyai had minimum untuk setiap pembuatan produk. Dengan hanya RM3000, usahawan boleh merealisasikan impian untuk mempunyai produk dengan jenama sendiri.
Pakej Chomey adalah satu konsep Pakej Harga Berpatutan dengan nilai terendah bagi pembelian secara borong.Mereka akan memberikan servis pembungkusan, servis design dan printing, mendapatkan not KKM untuk produk anda dan kelas bimbingan pemasaran. Jadi kalau korang nak buat produk Hanya serahkan sahaja pada Saudagar Herba dan korang boleh fokus dengan cara untuk memasarkan produk tersebut.

Memang best la untuk bakal usahawan yang ada idea dan usaha untuk mendapatkan ilmu sebab Zyphyto boleh membantu anda. Antara produk yang boleh dikilangkan ialah produk makanan seperti jus, serbuk, tablet dan sachet ataupun produk kosmetik dan skincare seperti foundation, sabun muka, lipmatte dan banyak lagi.

Usahawan juga tidak perlu risau akan formula dan kualiti produk daripada Saudagar Herba. Kebanyakkan bahan yang digunakan diimport dari luar negara untuk memastikan kualiti bahan yang digunakan berada di tahap tertinggi. Produk yang dikeluarkan akan lebih ekslusif, unik serta tidak mudah ditiru.

Dengan menggunakan bahan berkualiti, keberkesanan produk juga dijamin memuaskan hati usahawan dan bakal pelanggan. Kebanyakkan pengguna produk dan usahawan yang menggunakan Pakej Chomey memberikan komen dan maklum balas yang positif.
Zy Phyto Holdings Sdn Bhd sangat memahami masalah usahawan dan bakal usahawan di luar sana dan mereka sedia membantu setiap proses pembuatan produk anda. Korang dah tak perlu sakit kepala nak fikir macam mana nak buat produk sendiri. Kalau dah ada idea atau tak ada idea pun boleh je ke Saudagar Herba.


terbaek.. semoga terus sukses dalam perniagaan :)
ReplyDeleteinsha Allah Amin
Deletesalam..
ReplyDeletehi airah..yaya singgh sini smbil follow awk..
xfolow lg rupanya..heeee=p
bgus juga kalau ad produk jnma sdri kan..lebih bgus kalau produk tu mmg dijamin bkualiti..hm..good info.tq share airah =)
wslm. thankyou follow nanti airah terjah semula.
Deletetu la sesuai sangat kalau usahawan nak mulakan perniagaan sendiri
Mudah je lah nak buat produk sendiri. Semua disediakan. Tak perlu fikir bahan-bahan dah..
ReplyDeletebetul tu.tunggu nak usaha je
DeleteMudah je sebenarnya nak buat produk jenama sendiri, modal pun takdelah tinggi.
ReplyDeletebila dah ada syarikat macam ni memudahkan usahawan nak cipta produk sendiri
Deleteehhh....,macam terminat pula bila baca artikel nii.Mudah lah lepas ni bakal usahawan tak usah sakit kepala dan tak perlu lagi gunakan orang tengah untuk mulakan bisnes.
ReplyDeleteboleh ke Zyphyto je then diaorang akan bantu macam mana nak tingkatkan business
DeleteMenariknya entry ini. Ika punteringin nk buat lip matte sendiri. Nk pilih warna sendiri yg cantik dan menarik tahu. Tapi adakah kos nya mahal?
ReplyDeletetak mahal pun Ika. macam pakej chomey ni serendah rm3k je
DeleteAda duit boleh petik jari. Tapi petik jari je tak boleh gak. Kena la tau marketing. Then baru boleh produk jalan.
ReplyDeletekalau pakej chomey ni diaorang siap ajar kelas macam marketing lagi tau macam mana nak pasarkan produk
DeleteAi baru habis buat research pasal ZY Phyto ni.. Rasa macam nak ada produk sendiri pula.
ReplyDeletejum Ai kita jadi business partner haha
DeletePeluang baik utk ada produk sendiri ni
ReplyDeletebetul tu. nak berjaya kena usaha
Deletewow! great to hv own business and develop something great as own branding.. nice product.. great opportunity to own a business..
ReplyDeletetrue ! everyone can have their own name and brand
Deletebestnya kalau ada product keluaran sendiri kan..peluang baik ni..nak research la ZY Phyto ni..mana tau dah pencen nanti bleh buat bisnes plak kan
ReplyDeletebetul tu SA. airah pun dah terjebak ni nak kumpul duit dan mulakan bisnes sendiri
DeleteKilang ni dekat jr dengan umah kita. InshaAllah, ada jugak niat nak keluarkan produk baru ni, cuma belum ada rezeki lagi,hehe
ReplyDeletewah bestnya senang la nak buat appoinment nanti sebab dekat je
DeleteWow. Mudah rupanya nak buat jenama sendiri. Bajet pon xperlukan banyak. Masih lg mampu. Semoga berjaya buat semua usahawan2 di luar sana.
ReplyDeletebetul tu antara modal perniagaan yang paling murah
Deletemenarik ni, yang produk chomey food tu tak silap haritu viral dekat khairul yoi kan... ugh... harap buat produk mohonlah buat produk yang berkualiti tinggi dan bebas bahan kimia yang berbahaya sebab sekarang i noticed terlalu ramai nak jadi founder... :(
ReplyDeletealamak airah tak perasan yang viral tu hahaha tapi memang best produk keluaran zyphyto sebab ada sijil semua lengkap
DeleteThis is good for everyone to startup a business. Pakej Chomey looks good to me. maybe I should try it out too
ReplyDeleteya true.Modal pun rendah je
DeleteAda gak plan nk keluarkan produk jenama sendiri.. Tapi kalau boleh tak nak produk kecantikan / kesihatan.. Masih mengusha gak beberapa produk yang boleh dibangunkan sendiri
ReplyDeletewahhhh bestnya ada plan nak berbisnes. semoga berjaya
Deleteproduk yang ditawarkan dengan moadal yangcukup rendah ni membuka peluang anak melayu khasnya untuk menceburi bidang keusahawanan...apatah lagi yang berasaskan herba mmg dipercayai
ReplyDeletebetul tuuu. memang antara peluang yang berbaloi nak grab kalau nak jadi usahawan. nak bukak bisnes dengan modal sikit
DeleteSekarang mah serba gampangbyah, termasuk mau buat produk dengan nama sendiri pun boleh. Bantuan ZY Phyto nih buat para calon usahawan
ReplyDeletesemua senang dengan zyphyto
Deletenama pakej pun chomey aje😁
ReplyDeleteaha tengok nama pakej pun dah ala-ala comelnya haha
DeleteMemang best kalu ada produk jenama sendiri. Tapi kena ada minat jugak..jangan nanti dah usaha2 lps tu tutup, byk jugak yg sis tgok bukak sekejap lps tu tutup
ReplyDeletebetul tu sebab tu penting pergi kelas dan dapatkan ilmu berniaga yang betul
DeleteWow, boleh ada produk sendiri dengan modal hanya serendah RM3000. First time tahu pasal company ni. Patutlah ramai orang dah ada produk sendiri skang. Kos tak tinggi utk start-up business cosmetic. Not bad, nanti bokeh try usha-usha. Mana tau one day nak ada business dan produk sendiri jugak kan? Hehehe
ReplyDeleteye kot ada impian nak buat bisness sendiri, kita dah tau man anak tuju kan
ReplyDeleteOh wow! I see many people come out with their own brand and make more money that selling other people products. Thanks for the information.
ReplyDeleteBagusnya ada dah kilang oem munculkan diri. Dulu jenuh juga nak mencari. Kami lebih suka tanya usahawan lain. Sebab risau production tak ikut dateline dan kilang hilang tetiba. Yang timbang kati produk skincare memang tak patut la buat bisnes gitu. Kalau nak berniaga, pastikan produk bagus utk kegunaan manusia. Barulah berkat rezeki.
ReplyDeletewow sis, boleh jadikan sumber inspirasi.
ReplyDelete