Althea Angels | Welcome Gifts Box

Alhamdulillah tak sangka terpilih sebagai salah seorang Althea Angels. I memang excited sangat bila projek bab kecantikan ni. I tengok ramai juga la blogger yang I kenal dari alam maya ni terpilih sebagai salah seorang Althea Angels. Tahniah !



I je yang lambat sangat update pasal ni padahal dah lama dah tahu. Banyak sangat benefit yang akan diperoleh bila jadi salah seorang Althea Angels dan I pun tak sabar nak share dengan pembaca blog I hihi.





Salah satu hadiah yang Althea Angels dapat ialah Welcome Gift Box. Welcome Gift Box ni bersempena dengan ulangtahun Althea yang ke tiga. Sebelum ni memang I tak pernah beli skincare atau makeup dengan Althea tapi awal-awal dah daftar dekat website dia. Selalu jugak  singgah tengok skincare semua tapi tak beli beli. Paling I suka dia punya konsep semua warna pink termasuk la kotak parcel tu pun warna pink !



Lepas ni memang kerja kumpul kotak pink Althea jela hihi. 





Semua barang yang ada dalam Welcome Gift Althea Angels. Tengok la warna dia semua pink pastel warna lembut so sweet geram I. Rasa sayang nak guna semua sebab comel !





Benda pertama yang ada ialah pink pouch. Pouch ni boleh tahan besar jugak. Boleh guna nak letak makeup dan boleh muat banyak benda. I balik kampung memang guna pouch ni untuk letak makeup. Boleh la muat mascara, eyeliner, bb cushion, primer, lipstik beberapa batang, lipbalm, dan banyak lagi.



Tote bag Althea Turns 3. This one pun cute je design dia. I guna bawak pergi office letak lappy, charger, dan barang lain. (Rujuk gambar kedua untuk tote bag)





Yang warna putih ni cermin. Cermin ni tak besar sangat tak kecil sangat. I dah lama nak cermin yang boleh pegang macam ni simpan dalam handbag. Finally...... Senang kalau nak check muka ada apa-apa yang tak kena ke, ada makanan terlekat celah gigi ke, lipstick masih ada ke, keluarkan je cermin dan tengok la diri sendiri.






Paling excited nak cuba ialah Daily 10-second wash-off mask ni. Ada dua jenis iaitu rose dan green tea. Dua-dua I dah guna dan tak sabar nak share full review dekat entry seterusnya jadi tunggu okay.





Seterusnya yang macam paper dalam gambar atas tadi ialah miniature DIY Birthday Book Box. Comel ! Boleh jadi deko untuk meja I.


I tak sabar nak share lebih banyak projek dan kolaborasi dengan Althea. Kalau nak shopping di Althea boleh ke Althea.kr

4 comments

  1. mcm mn nak join boleh bg link dak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh check this link https://my.althea.kr/althea-angels

      Delete
  2. Detox skin ni dah tinggal sikit dah. Nanti nak repeat beli lagi

    ReplyDelete