Bila nak buka Family Mart dekat negeri lain?

Hai, dah lama rasanya tak menaip entry makan-makan. Sama ada makan benda yang sama berulang-ulang sampai tak ada modal nak update blog atau tak sempat nak tangkap gambar makanan, semua makanan dah lesap haha. Jadi harini punya entry nak update pertama kali I singgah Family Mart. Orang yang duduk kawasan KL dengan Selangor mesti dah kenal sangat dengan Family Mart.


I yang duduk jauh di selatan ni mana nak cari Family Mart dekat sini tsktsk. Mohon Family Mart cepat cepat buka cawangan dekat JB ni. Lepastu bila dah buka cawangan tu buka banyak sikit. Kalau buka satu je confirm setahun baru habis beratur nak beli makanan.






Ikutkan plan nak singgah Family Mart masa otw nak balik dari kenduri cousin I dekat Kajang. Tapi disebabkan rush nak hantar anyah naik bas so masa otw nak balik JB baru la dapat singgah. Itu pun macam berbelah bahagi nak singgah ke tak. Waze cawangan mana paling dekat dengan highway hihi


I pergi cawangan yang dekat dengan Uitm Shah Alam tak silap. Niat nak merasa ice blend frappe dia tapi nan hadoooo. Masa tu tengah promo lepastu pergi yang cawangan dekat dengan ramai student pulak memang cepat la habis kan. Sedih tak dapat merasa lagi. Tengok semua orang update air tu sedap la itu la ini laa I pun mesti la nak jugak !


Tapi sebab dah tak ada sila move on. Hujung bulan ni nak balik Perak boleh singgah mencari lagi hihihi





Jadi apa je yang I rasa dekat Family Mart ni mesti la wajib beli soft serves ice cream dia. I beli perisa matcha dengan melon sebab dua tu je yang ada. Dua minit keluar kedai tak sempat nak tangkap gambar ice cream dah cair macam asdfghjkl. Cepat gila cair ! Nak makan pun dah badmood sebab ice cream duk menitik dekat tangan eii. I dah la tengah rimas dan cepat rimas sekarang jadi I makan mana yang I nak lepastu suruh Aiman buang sebab I dah badmood hahahhahhh


Muka Aiman dah macam seriously nak buang......... Jadi Aiman pun cepat cepat habiskan ice cream dia dan sambung makan ice cream I. The end.









Lepastu I beli strawberry sando dia. Itu nama yang tertulis dekat packaging haha. I tak tau sando tu apa dah google pun macam tak faham..... Yang ni macam sandwich cake. Cake dia lembut gila dan sedap makan sesejuk. Strawberry tu pun bukan hiasan dekat tepi je sebab bahagian dalam pun ada strawberry jugak. Yummy !


Masa dalam kereta sempat makan satu bahagian tu je sebab ingat lagi satu makan nanti la tak lapar lagi. Last-last dah sampai rumah tinggal je dalam kereta....... Masa Aiman nak ambil I dari kerja baru perasan tertinggal. So bye-bye





Lagi satu ni pun sama favourite Aiman, chocolate mousse. Rasa dia pahit tapi sedap. Bahagian atas tu white chocolate tak silap I, lepastu layer tengah tu yang pahit coklat, bawah macam lapisan kek. 





Last sekali adalah set oden ni. Wajib beli ! I ambil yang fish cake set lepastu tambah la benda benda lain. Odeng yang macam panjang tu memang tak ada laa dah habis padahal itu yang paling nak rasa sekali -.- semua nak habis pun. Kuah tomyam dia memang sedap dan rasa nak makan lagi....... Dekat Perak pun ada kedai jual oden macam ni tapi tak sempat nak rasa lagi. Tolong buka Family Mart dekat Perak jugak.


Kalau korang ada menu favourite dekat Family Mart ni share dengan I okay nanti nak rasa jugak hahaha. Yang Hungry People ala-ala Family Mart jugak pun kena pergi. Siapa dah pergi?








48 comments

  1. ekin yang tinggal dekat selangor ni pun tak berkesempatan nak pergi family mart ni..tsk tsk tsk... tengok orang macam best je pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apeni ekin tak pergi2 lagi.airah kalau dekat setiap hari pergi hahahaha

      Delete
  2. Salam, wah, boleh cuba ni. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. Tengah lapar ni tengok pulak makanan macam2 kat sini.. hahaha.. ku sengsara..

    ReplyDelete
  4. Kat area rumah sis dah ada Family MArt ni, anak syiok le..lebih2 lagi aiskrim tu..walaupun cepat cair tapi sodap...hehehe. Sis suka beli odon tu..mcm2 sis ambik, kuah dia fuhh sedap. Kalau tak tau nak makan apa..mmmg singgah family mart makan ni je..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya dekat dengan rumah. aha ais krim dia cepat betul cair stress nak makan hahaha. airah rasa setiap hari boleh kot kalau nak makan udon tu je

      Delete
  5. first time eat the fishcake set and fall in love with it. I wanna go buy again as I tried that time is dear belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love the fish cake set too ! lets eat together

      Delete
  6. Hahaha kte pun suka sangat family mart ni plak2 ais krim & oden dia. Dulu terjebak dgn famiky mart ni bukan apa, sebab selalu naik lrt gi event..kat kl sentral kan ada family mart tu jd biasa masa nak tgg abeskan masa gi event lepak la makan dulu kat family mart

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaa.airah baru sekarang nak merasa haha.lepasni nak pergi branch lain pulak

      Delete
  7. ni kedai feveret seisi famili..kalau asuk macam x reti nak keluar dah..pilihan makanan dia pun banyak dan sedap2....alamak baca ntri ni terus rasa nak singgah sat lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la kalau dekat boleh singgah bila2 je airah jauh ni singgah kadang2 je hahaha.makanan dia memang sesuai dengan citarasa semua orang kan

      Delete
  8. Dekat Shah Alam ni baru bukak dua cawangan. Satu dekat seksyen 7 satu lagi dekat kota kemuning kalau tak silap. even dah ada dekat shah alam dan dekat dengan rumah, saya tka menyempat lagi nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bestnya sampai dua cawangan area sana lagipun sana ramai orang kan hahaha.kena pergi merasa tuuu

      Delete
  9. ala ciannya dah beratur panjang tapi tak dapat rasa air frappe tu. bertabahlah, kawasan tu memang ramai adik adik bbnu yang lapar dan penat belajar. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu laa teringin lepasni kena pergi mencari lagi

      Delete
  10. Makanan kat family mart ni memang sedap sedap ya sis airah. Hmm. mana nak cari ni, kalau dekat shah alam ni mama tak perasan ada. Mujur sis cakap. Baru tau dan nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah laman web dia,banyak list kedai dekat area sana.airah pun sampai tak tau nak pergi mana satu

      Delete
  11. suka benar yer org singgah ke Family Mart nie. sy yang dapat akses dgn mudah utk ke family mart nie pon rasa xterpegi. xtahu apa yg menarik sgt. tp ramai yg suka datang

    ReplyDelete
  12. Apa yang gilerrr sangat korang kat Family Mart ni dulu masa buka 7E tak ada pun orang macam ni hehehehehe. Tapi betul kita pun selalu pergi sini sebab makanan pelik-pelik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab oden ! hahahahha dan ice cream.best la semua makanan dia

      Delete
  13. omg reading this tgh2 malam makes me so hungry, I am a huge family mart fan and i'm glad you're able to try it now. The tomyam oden is one of my favorite!

    ReplyDelete
    Replies
    1. same ! im craving for that tomyam oden againnnnnnnnnnn

      Delete
  14. aida dok baca aje pasal famili mart ni jugak.
    sebab kat melaka pun takde. tak dpt nak merasa lagi.
    nanti nak sgt merasa, nak ajak asben gi kat area cheras / kajang.
    ada member, tiap weekend singgah beli.
    pastu share kat fb. aduhai... buat org terliur!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang selalu share dekat media social yang buat kita teringin tu kannn. kena pergi rasa nanti aida

      Delete
  15. Memang nampak ramai yg updated pasal family mart ni. Tap x berkesempatan lg nak mencri. Teringin sgt nk mkn oden tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum sama2 pergi mencari.haritu pun singgah semua orang makan oden dia

      Delete
  16. Akak suka ais cream matcha dia tu..adudu..sedapnyaaaa...
    Bila la nk.buka dekat Penang ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa patut family mart ni buka dekat semua negeri tak ada la orang kempunan

      Delete
  17. TB baru 1st time dengar pasal Family Mart ni.. ish.. malunya rasa.. huhu.. dok KL mesti ada Family Mart ni kan.. tapi TB baru tahu hari ni.. hahahaha.. dekat situ harga murah-murah ke? nape orang suka pi family mart ni ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL lagi banyak TB. kena pergi nanti hahaha sebab makanan dia sedap lepastu unik sikit ada oden, semua

      Delete
  18. Tak pernah singgh walaupun selalu nmpak..sebab selalu ade je ramai orang datang..hahaha..nak masuk, nak pikih macam, alahaii..crowdednyaaa...tapi nak juga cuba..nanti bolehla pergi bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari masa yang kurang orang sikit.masa airah haritu memang kena beratur, tempat duduk pun tak ada so makan dalam kereta jela

      Delete
  19. Lia wish sangat Family mart bukan dalam penang island .Penang mainland ada 3 cawangan. Suka sangat semua barang dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh penang ada ke tak pernah tau pun.memang seronok la dapat pergi sana

      Delete
  20. Rasa nak makan oden sekarang juga... sedap giler kan.

    ReplyDelete
  21. Kat kelantan ni takde Family Mart 😌. Redho je lah

    Mija

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak negeri tak ada lagi :( patut buka dekat semua negeri

      Delete
  22. Memang sedap aira hehe.Dekat cheras ni dah ada.Memang tiap2 hari penuh.pening kepala tgk.pikir 10x nk singgah ke tidak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah kalau dekat tiap hari kot beratur beli oden

      Delete
  23. Moi kalau masuk sini mesti cari sandwich dulu ! Sebab fluffy and sedaps. Then chocolate mousse. Yang oden apa semua tu moi kureng minat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang sedap ! kalau beli tu je cepat la Moi bayar lepastu balik. tak payah tunggu lama kan

      Delete
  24. kedah pun bila nak ada tah hahaha bukak la kat aman tu :3

    ReplyDelete